FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

sajian popular pulau pinang

5 posters

Go down

sajian popular pulau pinang Empty sajian popular pulau pinang

Post by Fieza Tue 10 Jun 2008, 7:19 pm

Sajian popular Pulau Pinang

Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF


Selain menikmati keenakan makanan signatur Pulau Pinang, pengunjung berpeluang melihat pelbagai kebudayaan unik dari negeri utara Semenanjung Malaysia ini. sajian popular pulau pinang Va_02.1

<HR noShade SIZE=1>


CITRAWARNA Malaysia 2008 kembali lagi. Sejak dianjurkan pada tahun 1999 bagi menggantikan Pesta Malaysia, acara ini sentiasa mendapat sambutan yang cukup meriah daripada pengunjung tempatan dan pelancong asing.
Ini kerana menerusi acara sebegini, pelancong asing yang melawat ke Malaysia dapat mengetahui dan mendasari budaya-budaya unik yang terdapat di Malaysia.
Justeru, bagi menyokong usaha kerajaan dalam mempamerkan dan menonjolkan keistimewaan acara Citrawarna kali ke-10 pada tahun ini, Hotel The Legend, Kuala Lumpur menganjurkan Cita Rasa Makanan dan Budaya Pulau Pinang.sajian popular pulau pinang Va_02.2

<HR noShade SIZE=1>


Kemeriahan program yang dilancarkan di hotel itu baru-baru ini begitu terasa tatkala memasuki ruang dalam Restoran Di-Atas Brasserie. Pilihan dekorasinya cukup mempamerkan budaya masyarakat Pulau Pinang seperti payung kertas berwarna-warni, replika feri dan beca yang biasa digunakan di negeri itu.
Kunjungan ke sini pasti membangkitkan selera makan sebaik sahaja terbau aroma nasi kandar yang begitu menyelerakan. Hidangan nasi kandar yang disajikan dalam keadaan masih panas bersama lauk-pauk seperti ayam goreng berempah, kari kepala ikan dan daging begitu mengujakan.sajian popular pulau pinang Va_02.3
SEPANJANG promosi berlangsung, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan negeri Pulau Pinang.
<hr noShade SIZE=1>

Lebih istimewa lagi menu tradisi ini dimasak oleh chef jemputan yang dibawa khas dari Pulau Pinang iaitu Chef Abdul Kinchi yang sudah 50 tahun berpengalaman dalam penyediaan nasi kandar.
Chef Abdul Kinchi, 69, atau lebih dikenali sebagai Bapa Nasi Kandar mula menceburkan diri dalam dunia masakan nasi kandar sejak zaman datuknya yang menjual nas kandar di Seberang Prai, Pulau Pinang. Pasti beliau mempunyai rahsia tersendiri bagi memastikan hidangannya menambat hati pelanggan?
"Sebenarnya, saya tidak mempunyai sebarang rahsia. Tetapi, saya akan pastikan ketika memasak, ramuan dan perencah yang digunakan adalah segar manakala jumlah herba mesti mengikut sukatan yang betul," katanya yang memasak sejak berusia 17 tahun dan kerjaya sebagai chef telah membawanya menjelajah ke seluruh negara termasuk Thailand dan Indonesia.
Selain daripada nasi kandar, para pengunjung turut berpeluang merasai sajian lain yang popular di Pulau Pinang.
Singgahlah ke gerai rojak pasembor, sup Cina dan soto ayam terlebih dahulu sebelum mengisi perut dengan laksa Pulau Pinang, sate dan popiah basah.
Kepada anda yang gemarkan masakan bergoreng, jangan ketinggalan mencuba char koay teow yang dihidangkan di atas daun pisang. Sajian mi rebus, asam laksa, murtabak dan mi hokkien pula dimasak dengan cara yang tersendiri.
sajian popular pulau pinang Va_02.4

<HR noShade SIZE=1>
Selepas kenyang dengan menu utama, akhiri jamuan anda dengan menikmati kuih tradisi Nyonya yang terdiri daripada ang koo, kuih talam, seri muka durian, bubur cha cha dan cendol. Aneka buah-buahan, pastri, ais krim, kek dan biskut turut disediakan.
Sebelum pulang, para pengunjung berpeluang mencuci mata untuk singgah di gerai-gerai yang menawarkan pelbagai produk. Antaranya ialah gerai kraftangan yang bercirikan Pulau Pinang, lukisan batik dan lukisan inai tangan.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : sajian popular pulau pinang Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

sajian popular pulau pinang Empty Re: sajian popular pulau pinang

Post by zamasy20 Wed 11 Jun 2008, 3:18 pm

Eemm...best gak...boleh tak fieza jadi pemandu pelancung bila teman p sana nanti? Cool Wink
zamasy20
zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender : Female
Jumlah Post : 388
Umur : 64
Tarikh Register : 06/10/2006
Reputation : 0
Points : 6595

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

Back to top Go down

sajian popular pulau pinang Empty Re: sajian popular pulau pinang

Post by nizamsha Wed 18 Jun 2008, 1:59 am

Ok pakat pi penang ramai....fieza nak belanje...
nizamsha
nizamsha
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Padam Api ler....
Gender : Male
Jumlah Post : 1264
Umur : 40
Tarikh Register : 14/09/2007
Reputation : 1
Points : 6125

Character sheet
Mutiara Kata saya: My life is on fire.....Put it off For me......Got no Hose to lay....No Nozzle to use....I AM TRAP.... MAYDAY, Fire Fighter Down........

Back to top Go down

sajian popular pulau pinang Empty Re: sajian popular pulau pinang

Post by zamasy20 Wed 18 Jun 2008, 10:51 pm

Moh le kite... Wink
zamasy20
zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender : Female
Jumlah Post : 388
Umur : 64
Tarikh Register : 06/10/2006
Reputation : 0
Points : 6595

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

Back to top Go down

sajian popular pulau pinang Empty Re: sajian popular pulau pinang

Post by noni Fri 18 Jul 2008, 6:34 pm

ni yg tak sabar nak g penang ni.....nak kena penangan belanja si fieza ni.... tepuk
noni
noni
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : sajian popular pulau pinang Johor_10
Jawatan : surirumah takde tangga
Gender : Female
Jumlah Post : 1148
Umur : 44
Tarikh Register : 28/12/2007
Reputation : 24
Points : 6594

Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............

Back to top Go down

sajian popular pulau pinang Empty Re: sajian popular pulau pinang

Post by Info Bola Sepak Sat 21 Jul 2012, 11:01 am

belanja aku sama fieza..... aku nak gak.....
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : sajian popular pulau pinang Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749

Back to top Go down

sajian popular pulau pinang Empty Re: sajian popular pulau pinang

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum