FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bersalin di rumah kembali popular

+5
noni
zamasy20
eriy
izah84
Lord Vlad
9 posters

Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Bersalin di rumah kembali popular

Post by Lord Vlad Tue 14 Aug 2007, 10:47 am

Bersalin di rumah kembali popular


Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
- copy from utusan online

JIKA anda seperti kebanyakan wanita lain, sakit bersalin sudah tentu menjadi antara kebimbangan biasa yang perlu ditempuhi sebelum mendapat anak.
Anda mungkin pernah mendengar ibu-ibu bercerita pengalaman mereka bersalin. Tentang betapa sukar dan sakitnya untuk melahirkan seorang manusia ke dunia ini.
Masakan tidak. Bayangkan tatkala tiba saat hendak bersalin, kepala bayi perlu diteran keluar melalui faraj ibunya yang mengembang pada diameter maksimum, kira-kira 10 sentimeter sahaja.
Itu belum lagi kemungkinan bayi terlalu besar di mana doktor mungkin terpaksa melakukan hirisan di sekitar bukaan faraj bagi memudahkan bersalin serta mengelakkan koyakan lebih teruk.
Gambaran ini seolah-olah memberikan impresi kepada kita bahawa selepas ini, tiada seorang wanita pun yang akan melahirkan anak secara semula jadi lagi.
Kalau ada pun yang sanggup melalui proses bersalin secara biasa seperti nenek moyang kita zaman dahulu, sesetengah orang mungkin berfikiran, ``tentu ada yang tidak kena dengan dia.''
Berdasarkan kajian tentang tahap keterukan kesakitan, sakit wanita bersalin dikenal pasti sebagai sakit nombor satu dalam banyak-banyak kesakitan, selepas sakit terbakar teruk dan amputasi.
Sebenarnya, apa yang mungkin anda tidak tahu, di sebalik pelbagai bantuan ubat-ubatan pelalian atau pembedahan caesarean bagi mengurangkan kesakitan, bersalin secara semula jadi kembali meraih popularitinya.
Kebanyakan ibu bapa kini menyedari akan faedahnya kepada si ibu, terutama sekali manfaatnya kepada si anak, jika dibandingkan dengan kesan sampingan ubat-ubatan yang sering digunakan semasa kelahiran.
Bagi Pengarah Eksekutif, Taman Pendidikan Raihan, Zuhairah Ali, beliau pantas mengatakan `tidak' jika ditawarkan beranak menggunakan bius penahan sakit.
Di sebalik lembut tutur katanya, beliau sudah empat kali bersabung nyawa melahirkan empat orang heronya secara normal, tanpa bantuan ubat-ubatan penahan sakit.
Hasil bibit cinta yang disemai Zuhairah bersama suami, Zainal Kassim, mereka dikurniakan dengan Za'em Ariff, 18, Amer kamil, 15, Ahmad Imran, 11, dan Ismael Ali, 8.
Lebih istimewa, dengan sokongan padu suami, anak ketiga dan bongsunya dilahirkan di rumah.
``Berdasarkan banyak pembacaan saya, teknik kelahiran normal rata-ratanya tidak begitu invasif seperti jika menggunakan bantuan dadah (ubat-ubatan).
``Justeru, bersalin secara biasa juga meninggalkan kesan sampingan mahupun risiko yang lebih sedikit, terutamanya kepada bayi,'' katanya.
Menurutnya, bayi yang berada di bawah pengaruh ubat-ubatan tidak mendapat pengalaman pertama yang sepenuhnya di luar rahim berbanding yang dilahirkan secara normal.
``Saya juga berasa lebih yakin apabila bayi diqamatkan oleh suami. Bayi berada dalam keadaan `sedar' sepenuhnya,'' kata Zuhairah yang memilih bersalin cara bercangkung di atas kerusi bentuk U.
Teknik itu, katanya, memudahkan bayi keluar kerana ia tidak perlu melawan graviti seperti bersalin cara berbaring.
Ditanya tentang kesihatan anak-anaknya yang mungkin lebih baik berbanding mereka yang dilahirkan dengan bantuan, Zuhairah bagaimanapun berkata, ia banyak bergantung kepada pakej.
``Alhamdulillah, anak-anak saya sihat tetapi dalam masa yang sama, saya suka juga mengingatkan bahawa, proses membesarkan anak-anak bukan hanya semasa kelahiran.
``Ia bermula dari dalam kandungan lagi, bagaimana ibu menjaga makanan misalnya, kemudian semasa bersalin dan menyusukan bayi.
``Kalau boleh, peringkat umur sehingga enam tahun, jangan ajar dan manjakan anak dengan memakan makanan ringan atau segera. Ia perlulah dikawal,'' katanya panjang lebar.
Menyentuh mengenai penyusuan bayi, Zuhairah memberitahu, dia mendapat banyak manfaat daripada menyusukan anaknya secara eksklusif selama dua tahun.
Yang paling disenanginya adalah rasa ikatan yang rapat di antaranya dengan anak-anak, faedah kesihatan anak-anak yang baik, mengecutkan rahimnya dan bentuk badan yang sederhana, tidak terlalu gemuk atau kurus.
Di samping itu, kata Zuhairah, bersalin di rumah baginya adalah jauh lebih selesa, dengan kehadiran suami dan keluarga selalu menemaninya di sisi dan memberikan sokongan.
Beliau turut mengimbas kembali pengalaman pertamanya melahirkan anak (ketiga) di rumah.
``Mudah, sebab masa tu saya baru lepas berendam dalam tab mandi, sebahagian tip yang boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa sakit bersalin,'' cerita beliau.
Bagi mengurangkan rasa sakit, Zuhairah membanyakkan selawat dan melakukan teknik pernafasan semasa hamil. Beliau juga bergerak aktif seperti berjalan kaki ke sana dan ke mari.
Untuk bersalin di rumah, katanya, seseorang ibu itu perlu membuat persediaan seperti memilih dan bekerjasama rapat dengan doktor dan bidan berpengalaman.
Persediaan-persediaan lain yang diperlukan sebagai back up termasuklah kemudahan ambulans dan bekalan oksigen.
``Bila rasa sakit, baru panggil bidan. Doktor biasanya tidak akan ikut serta semasa proses bersalin di rumah,'' katanya.
Zuhairah turut menurunkan beberapa petua bagi mengurangkan rasa sakit bersalin secara biasa seperti membayangkan bahawa si bayi mengalami tekanan yang lebih berbanding diri sendiri.
``Berkatalah pada diri sendiri yang proses itu akan berakhir tidak lama lagi.
``Kalau boleh, jangan duduk sahaja semasa sakit. Dengan banyak berjalan, graviti akan membantu `menurunkan' si bayi dan mengurangkan kesakitan,'' katanya.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Bersalin di rumah kembali popular Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by izah84 Wed 15 Aug 2007, 1:46 am

saya adalah slh seorg dari bayi yg d lahirkan d rumah..adik beradik sy 4 org,d lahirkan d rumah.cuma sorg je d lahirkan d hosp.tu pun sbb Sn tkut krn jarak antara saya dan adik yg agak jauh..ibu saya kata dia takde mslh bersalin d rumah..

masa adik sy yg bongsu lahir d rumah,waktu tu umur sy 11 tahun.masa tu tgh mlm..lebih kurang jam 1 pagi..ayah saya panggil bidan dtg kat rumah.pastu dlm sejam,sy dgr suara bayi menangis.rasa mcm nak terpa je masuk dlm bilik.tp ayah tak bg..

bila pintu bilik d buka,sy tgk bnyk sgt darah kat atas plastik yg bentangkan kat atas lantai.sy tg perut ibu dah kempis..pastu tgk kat sblh ibu ada seorg bayi yg comel sgt..
izah84
izah84
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Bersalin di rumah kembali popular Kelant10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 170
Umur : 40
Tarikh Register : 19/01/2007
Reputation : 3
Points : 6540

Character sheet
Mutiara Kata saya: ikhlas utk segalanya..

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by eriy Tue 09 Oct 2007, 4:35 pm

saya dilahirkan di hospital..kakak saya 3 orang ibu bersalin di rumah..dan paling menakjubkan saya terhadap ibu saya..kakak saya yang ke 3 ibu bersalin seorang..

ibu saya cuma ditemani oleh dua orang kakak saya..waktu itu ibu saya sarat mengandung dan ayah saya tak ada masa itu.rumah pun jauh dari hospital (kawasan kampung)
ibu dah sediakan air panas untuk rendamkan alat untuk memotong pusat bayi....kain baju..benang utk mengikat tali pusat..
bila ibu dah rasa sakitnya ibu meneran dalam posisi duduk kain diletakkan di bawah..lepas tu ibu jadi bidan sendiri potong pusat kuarkan tembuni sendiri...
bayangkan beranak sendiri bidan sendiri...tak tau la kalau saya boleh lakukan seperti ibu..
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6551

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by zamasy20 Sat 15 Dec 2007, 2:15 am

sal2
Sekarang ni bukan semua ibu yg hamil boleh bersalin di rumah. Semasa antenatal, ibu2 akan disaring terlebih dahulu mengikut kesesuaian utk bersalin di rumah (ikut senarai koding yg ditetapkan oleh kkm).
Namun begitu, kami perlu melawat rumah utk memastikan rumah ibu tu selamat dan sesuai utk ibu tu bersalin di rumah.
Bila sampai masanya ibu tu utk bersalin, kami akan pergi ke rumah ibu tersebut dan sambut kelahiran bayinya.
Maknanya ibu tu tak bole bersalin secara sendiri/disambut oleh orang lain selain staf kesihatan yang terlatih.
Wink Wink
zamasy20
zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender : Female
Jumlah Post : 388
Umur : 64
Tarikh Register : 06/10/2006
Reputation : 0
Points : 6595

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by eriy Thu 20 Dec 2007, 10:46 am

ooo..macam tu..tapi rasanya lagi bagus bersalin kat rumah..semua ahli keluarga ada..ibu pun rasa bersemanagt utk melahirkan..
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6551

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by zamasy20 Thu 27 Dec 2007, 11:55 pm

sal2
hishh..eriy..
mane pulak semua ahli keluarga boleh tengok...
udah tak ade privasi la utk ibu yang bersalin tu..
malu le dia...eriy nii.. Embarassed Embarassed
zamasy20
zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender : Female
Jumlah Post : 388
Umur : 64
Tarikh Register : 06/10/2006
Reputation : 0
Points : 6595

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by eriy Fri 28 Dec 2007, 12:48 am

laa...zamasy ni...maksud saya..ahli keluarga ada kat rumah la..time bersalin tu mana leh tengok..suami dier ok la... Very Happy
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6551

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by noni Mon 07 Apr 2008, 2:57 pm

mslah takut klu ibu yg highrisk atau takut apa2 jd cth nya prolong labour,plasenta privious,atau keadaan bayi tak ok.Kot lah bby ttiba biru je bila kuar,tak ke naya dah lah sucker takde....bahaya wow....
noni
noni
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Bersalin di rumah kembali popular Johor_10
Jawatan : surirumah takde tangga
Gender : Female
Jumlah Post : 1148
Umur : 44
Tarikh Register : 28/12/2007
Reputation : 24
Points : 6594

Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by yana_rozi Fri 11 Apr 2008, 10:54 pm

Bahaya kalau bersalin kat rumah ni. Sekarang ni macam2 kes jadi.
apa2 pun, bersalin kat hospital lagi selamat.

rabbit
yana_rozi
yana_rozi
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : NuRsE U29
Gender : Female
Jumlah Post : 86
Umur : 50
Tarikh Register : 10/04/2007
Reputation : 0
Points : 6437

Character sheet
Mutiara Kata saya: Life must goes on ....

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by sHy Fri 11 Apr 2008, 11:56 pm

saya pon dilahirkan dirumah...

...Ahehehehehehehe...
sHy
sHy
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Admin WAPC
Gender : Male
Jumlah Post : 296
Umur : 41
Tarikh Register : 27/11/2007
Reputation : -2
Points : 6222

Character sheet
Mutiara Kata saya: One Long Journey, Start With One Step..!!!

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by awan_biru85 Sat 12 Apr 2008, 12:46 am

eriy wrote:saya dilahirkan di hospital..kakak saya 3 orang ibu bersalin di rumah..dan paling menakjubkan saya terhadap ibu saya..kakak saya yang ke 3 ibu bersalin seorang..

ibu saya cuma ditemani oleh dua orang kakak saya..waktu itu ibu saya sarat mengandung dan ayah saya tak ada masa itu.rumah pun jauh dari hospital (kawasan kampung)
ibu dah sediakan air panas untuk rendamkan alat untuk memotong pusat bayi....kain baju..benang utk mengikat tali pusat..
bila ibu dah rasa sakitnya ibu meneran dalam posisi duduk kain diletakkan di bawah..lepas tu ibu jadi bidan sendiri potong pusat kuarkan tembuni sendiri...
bayangkan beranak sendiri bidan sendiri...tak tau la kalau saya boleh lakukan seperti ibu..

wah kreatif abis ibu eriy ni....first time dengar..... Suspect
awan_biru85
awan_biru85
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Sn u29
Gender : Female
Jumlah Post : 202
Umur : 38
Tarikh Register : 03/03/2008
Reputation : 0
Points : 6146

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://emifadhila.blogspot.com/

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by eriy Sat 12 Apr 2008, 7:55 pm

zaman dulu susah nak pegi hospital..memang berisiko tinggi tapinak buat camner dah nak bersalin..
pas tu kampung jauh dari hospital..susah nak dapatkan transport..

memang dah tak ada cara lain lagi...
time ibu bersalin kakak yang masih kecil nak minta gendong pla..camner la ibu bersalin time tu...ngeri la pla rasanya..pas bersalin tak lama tu bangun pegi bagi makan ayam...sempat juga ibu ingat ayam ayam walaupun sakit baru bersalin he..he..he..
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6551

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by twentytwo Sun 13 Apr 2008, 10:08 am

SKRG PUN DH MCM2 TMPT ORG TERBRANAK...KAT KETE,BILIK AIR.TP KES YG TAK DISENGAJAKAN LAA.. Laughing Laughing Laughing
twentytwo
twentytwo
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : assisstant
Gender : Male
Jumlah Post : 281
Umur : 46
Tarikh Register : 24/03/2008
Reputation : 0
Points : 6073

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by eriy Sun 13 Apr 2008, 5:46 pm

he..he..he.. betul tu..kesian kan..lebih kesian lagi kalau ada yang tak ambil peduli..tak memberi pertolongan..buat tak tau je..
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6551

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by twentytwo Sun 13 Apr 2008, 6:12 pm

eriy wrote:he..he..he.. betul tu..kesian kan..lebih kesian lagi kalau ada yang tak ambil peduli..tak memberi pertolongan..buat tak tau je..

dan lagi ramai yang menolong tengok je...siap ade yg chai hari,time psl nak wat nombor..sampai ati tol laa..hai...manusia manusia... Cool
twentytwo
twentytwo
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : assisstant
Gender : Male
Jumlah Post : 281
Umur : 46
Tarikh Register : 24/03/2008
Reputation : 0
Points : 6073

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by eriy Sun 13 Apr 2008, 9:11 pm

betul tu..bersalin dalam keta tepi jalan..bukan sibuk bantu tapi sibu ambik no plat keta tu huhu..
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6551

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Bersalin di rumah kembali popular Empty Re: Bersalin di rumah kembali popular

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum