FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tiga Spesies Arnab Paling Popular Di Malaysia

Go down

Tiga Spesies Arnab Paling Popular Di Malaysia Empty Tiga Spesies Arnab Paling Popular Di Malaysia

Post by Info Bola Sepak Tue 17 Sep 2013, 2:18 pm

Tiga Spesies Arnab Paling Popular Di Malaysia FW295842_KL_44__100913__UM_ARBA_OPEN_2013-scr
Arnab baka Holland LopOleh Kharizal Mat Khalid

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Holland Lop, Netherland Dwarf dan Mini Rex adalah antara kumpulan baka arnab yang paling menjadi rebutan masyarakat negara ini untuk dijadikan sebagai haiwan kesayangan.

Menurut seorang anggota Kelab Arnab Malaysia (MRC), yang juga pengkaji arnab, Shirrly Teo, 28, baka-baka itu banyak dipelihara di rumah dan ada yang menjadikannya sebagai perniagaan yang menguntungkan.

"Tiga baka ini paling laris di pasaran berbanding spesies Jersey Wooly, Dwarf Hotot, Dutch, English Anggora, English Lop dan American Fuzzy Lop. Harganya berbeza kerana semakin cantik bulunya maka lagi tinggi nilainya," katanya kepada Bernama pada pertandingan UM ARBA Open All Breed Double Rabbit Show 2013 di sini baru-baru ini.

Tiga baka itu memang diimport dari Amerika Syarikat daripada orang tengah yang kebanyakkannya dibeli secara atas talian (Online).

"Biasanya kos penghantaran melebihi RM6,000 untuk enam ekor arnab yang bermutu tinggi, selain itu mereka yang membelinya perlu mendapatkan Sijil Sah Kesihatan dari negara itu selain permit untuk urusan import eksport," katanya.

SETIAP BAKA ADA KEISTIMEWAAN

Shirrly berkata penjual haiwan ini biasanya menawarkan harga antara RM350 hingga RM3,000 bagi baka Holland Lop dan antara RM200 hingga RM5,000 bagi baka Netherland Draf.

"Pembeli akan menilai arnab dari segi bulunya samada tebal atau nipis, saiznya samada kecil atau besar serta bentuk mukanya yang comel. Namun begitu setiap baka ada keistimewaannya yang tersendiri," katanya lagi.

Makanan arnab yang dimport dari Amerika Syarikat adalah yang terbaik bagi pembesaran dan kesihatan haiwan itu seperti Timothy Hay dan Pellet kerana mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan arnab.

"Kita tidak digalak memberi makanan seperti sayuran dan air yang tidak bersih kerana boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan kurap, haiwan ini juga sensitif kepada cuaca yang panas dan memerlukan pengudaraan yang baik di dalam sangkarnya," katanya lagi.

Kini Shirrly mempunyai lebih 150 ekor arnab sebagai perniagaan sampingannya.

"Jika dihitung memang perniagaan ini tidak mendatangkan untung yang besar namun apa yang penting adalah minat untuk membela haiwan ini," katanya yang juga anggota Persatuan Pencinta Arnab Selangor (PECINTA).

SANGGUP BERBELANJA

Penggemar arnab, Jeyanthi Nadesen, 33, mempunyai seekor arnab seberat lapan kilogram yang dinamakan sebagai Opapa dari baka English Lop dan dibeli dengan harga ribuan ringgit.

"Kos untuk menjaga Opapa ialah RM200 sebulan, saya tidak kisah menghabiskan wang kerana Opapa adalah baka induk untuk semua arnab yang saya jual di Kota Damansara," katanya.

Jeyanthi berkata walaupun Opapa bersaiz besar namun binatang peliharaannya itu amat manja dan tidak pernah menggigitnya walaupun berada dalam keadaan lapar.

Bagi Zubaidi Hasyim, 45, yang menamakan arnabnya 'Kak Tun', akan membersihkan sangkar 'Kak Tun' empat hari sekali bagi memastikan 'Kak Tun' hidup selesa dan tidak dihinggapi sebarang penyakit.

"Anak saya yang menamakannya sebagai 'Kak Tun' kerana begitu gemar dengan kecomelan Kak Tun melalui iklan di televisyen. Saya juga mempunyai hampir 150 ekor lagi arnab yang saya namakan seperti Melur, Dara, Aduka dan Taruna," katanya lagi.

Pertandingan itu menarik penyertaan lebih 206 ekor arnab oleh pemiliknya dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand bagi mencari arnab yang paling cantik.

Juaranya ialah 'Monster' dari spesies Holland Lop, milik Sally Koh, 25, dari Malaysia, dengan menerima hadiah berupa makanan dan keperluan arnab bernilai RM3,000.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Tiga Spesies Arnab Paling Popular Di Malaysia Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6752

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum