Rahsia Memborong di China – Kenapa Pentingnya Usahawan Memborong dari Sumber ?
Page 1 of 1

Posted on March 1, 2011 by Shahabudeen
Memborong adalah satu cabang dalam perniagaan yang sangat penting bagi usahawan. Sama pentingnya seperti bidang pemasaran.
Jika anda membeli satu produk dengan harga RM 200 dan
menjualnya dengan harga RM 300. Anda mendapat RM 100 keuntungan hasil
dari pemasaran yang dilakukan.
Namun jika anda juga mengambil berat mengenai pemborongan.
Barangan yang anda beli dengan harga RM 200 itu tadi mungkin dapat
dibeli dengan harga hanya RM 100. Dan jika anda menjualnya dengan harga
sama RM 300. Keuntungan anda sudah berganda menjadi RM 200.
Jadi pemborongan adalah juga satu bidang yang dapat meningkatkan jurang keuntungan anda.
Jika anda seorang usahawan yang berkecimpung dalam bidang jual-beli
barangan, anda tidak boleh mengelak dari memborong dari sumber.
Sumber ini bermaksud, tempat sesuatu barangan itu dibuat. Pada masa
kini, China adalah kilang kepada dunia. Hampir 60-70 % barangan
disekeliling kita ini diperbuat dari China.
Saya pernah ke India, Thailand dan Vietnam untuk melihat potensi memborong dari sana, tetapi saya agak kecewa.
India tidak mempunyai infrastruktur yang memudahkan usahawan untuk
memborong di sana. Walaupun harganya boleh setanding China, namun dari
segi kualiti dan design nya agak tidak menepati pasaran di Malaysia.
Di Vietnam dan Bangkok pula, pasaran borongnya agak kecil dan terhad.
Harganya pula jauh lebih mahal jika nak dibandingkan dengan China.
Jadi China adalah pilihan utama yang paling sesuai dan menepati
pasaran kita. Orang Cina di Malaysia dan usahawan seluruh dunia sudah
lama meneroka pasaran ini. Namun usahawan Melayu masih berteka-teki
untuk meneroka pasaran ini.
Memborong di China bukanlah sesuatu yang sukar. China adalah sebuah negara moden yang terbuka dan terdapat ramai penjual di sana yang menanti untuk melayani anda.
Satu perkara yang menarik di China adalah polisi kerajaan China yang
menyediakan kompleks-kompleks yang dibina khas untuk usahawan asing
datang memborong di China. Kompleks-kompleks ini diasingkan mengikut
jenis produk, samada kasut, jam tangan, baju, kain/fabrik, alat
permainan, perabot, barangan hotel dan hardware mempunyai plaza
memborongnya yang tersendiri.
Namun perlu juga diakui, China adalah sebuah negara yang berlain dari
segi cara berniaga, budaya, bahasa, mindset, sejarah dan ekonomi. Untuk
lebih berjaya dalam pemborongan kita perlu belajar memahami iklim
setempat negara ini.
Kenapa Memborong dari China ?
Murah
Barangan di China adalah yang termurah di dunia. Namun pemborongan
bukanlah bermakna anda ke China sekali, berjumpa dengan penjual di sana
sekali dan ini jaminan anda untuk mendapat harga murah.
Harga murah yang sebenar akan didapati selepas anda beberapa kali
berurusan dengan mereka. Mereka di China lebih menumpukan kepada peniaga
yang ingin berurusan untuk jangka masa panjang dan dalam kuantiti yang
banyak.
Dengan margin keuntungan yang tinggi, anda akan dapat lebih banyak
keuntungan, dengan lebih banyak keuntungan, anda dapat mengembangkan
perniagaan anda. Anda juga boleh bersaing dengan pesaing anda dari
bangsa lain dengan sama rata.
Terdapat senario di mana usahawan merungut dengan pesaingnya yang
menjual dengan harga yang lebih rendah dari harga modal yang diperolehi
dari usahawan ini. Sebenarnya itu bukan keadaannya, keadaannya adalah,
pesaing itu mengambil barangan dari sumber, manakala usahawan ini
mengambil barangan ini dari pembekal/orang tengah.
Pilihan yang luas
Di China, pilihan yang ditawarkan oleh peniaga di sana tersangat
luas. Cuba bayangkan jika anda ingin memborong dari Yiwu. Jika anda
berhenti selama 2 minit di sebuah kedai, anda perlukan tempoh 3 tahun
untuk menghabiskan semua kedai-kedai yang ada.
Dengan pilihan yang banyak seperti ini, anda boleh menjadikan
perniagaan anda lebih kreatif dan anda boleh menepati kehendak pasaran
dan pelanggan anda. Anda tidak lagi perlu bergantung kepada barangan
yang dilonggokkan oleh pembekal anda di Malaysia.
Contohnya jika anda seorang pengusaha butik, anda boleh memilih kain
yang anda ingin letakkan di butik anda dari jutaan pilihan yang ada.
Namun jika anda mengambil dari orang tengah, anda hanya dapat menjual
apa yang dibekalkan. Lagi teruk pula jika pembekal ini juga menjual
barangan yang sama kepada pesaing anda. Tidakkah mempunyai pilihan ini
satu kelebihan bagi perniagaan kita ?
Kualiti Barangan Yang Semakin Baik
“Made in China” sudah menjadi satu trademark untuk barangan murah dan
berkualiti rendah. Tetapi ramai tidak tahu menahu bahawa jenama-jenama
besar seperti Adidas, Nike, Reebok, Puma, Timberland dan Apple juga
menghasilkan barangan mereka di China.
Jadi di China sebenarnya terdapat barangan yang berkualiti rendah dan
barangan berkualiti tinggi juga. Kita sebagai pemborong adalah penentu
untuk memilih barangan yang berkualit tinggi atau yang berkualiti rendah
mengikut kesesuaian pasaran kita.
Teknologi Tinggi
Barangan di China juga sekarang semakin tinggi kualitinya. Persaingan
yang tinggi di Chna dan meningkatnya permintaan dari pasaran seluruh
dunia, menjadikan pembekal di China mencari jalan untuk menjadi lebih
kreatif dengan meningkatkan teknologi barangan yang dikeluarkan.
Barangan baru seperti telefon bimbit mempunyai ciri-ciri yang jauh
lebih baik daripada ciri-ciri yang ada pada telefon jenama besar
walaupun harganya jauh lebih rendah. Dalam masa beberapa tahun lagi
pula, kualiti dan teknologi di China akan menjadi lebih baik dari apa
yang dicipta di negara barat.
Jadi ini adalah peluang yang baik bagi usahawan Malaysia untuk
menjadi pendahulu pasaran. Usahawan yang menjadi pendahulu pasaran,
adalah usahawan yang bakal mendapat keuntungan yang paling tinggi
sebelum sesuatu pasaran menjadi tepu dengan persaingan. Jadi usahawan
perlu mengarap peluang untuk menjadi pendahulu pasaran.
Perbezaan Pembelian Dari Kilang dan Pusat Memborong di China
Posted on March 27, 2011 by Shahabudeen
Ramai antara usahawan kita yang ingin memborong di China
inginkan untuk terus membeli dari kilang. Ini adalah kerana persepsi
mereka bahawa membeli dari kilang adalah murah dan mudah. Namun
keadaannya berbeza di negara China.
Di China, rantaian pemborongan di China bermula dari kilang. Namun
tidak semua kilang ini menghasilkan produk yang penuh siap. Ada kilang
yang hanya menghasilkan komponen-komponen tertentu bagi sesuatu barangan
yang siap. Contohnya ada kilang membuat butang baju, ada kilang yang
membuat benang dan ada kilang membuat fabrik.
Jadi peniaga di China akan menempah barangan dengan kuantiti yang
besar dari kilang yang berasingan dan menyediakan barangan siap. Namun,
terdapat juga kilang yang menyediakan keseluruhan produk.
Peniaga ini akan meletakan barangan yang dah siap ini di kedai-kedai
borong mereka. Kedai-kedai borong ini pula akan dikumpulkan dalam satu
plaza borong mengikut kategori masing-masing. Terdapat plaza kasut,
plaza jam tangan, plaza fabrik, plaza perabot, plaza barangan hotel,
plaza barang mainan dan pelbagai jenis plaza lain.
Barangan Yang Telah Siap
Di kedai-kedai borong ini, anda biasanya tidak dapat membeli barangan
dengan pembelian runcit seperti 1-2 helai. Anda perlu membeli paling
kurang pun 5 helai. Namun harga bagi pembelian yang kecil adalah mahal.
Apabila anda membeli dalam bilangan 100 helai, harga yang anda dapat
adalah jauh lebih murah. Harga dikurangkan mengikut kuantiti pembelian
kita.
Jadi sewaktu Rombongan Memborong ke China
kami, kami tidak membawa usahawan melawat ke kilang-kilang. Kami akan
membawa mereka ke plaza-plaza borong ini. Ini adalah tempat pertama
untuk mereka bermula untuk memborong.
Lampu hiasan
Setelah perniagaan anda sudah berkembang maju dan anda mampu untuk
membeli dalam kuantiti yang besar, contohnya 2000-3000 helai baju.
Barulah sesuai untuk anda pergi ke kilang-kilang.
Untuk membeli barangan yang sudah siap adalah lebih baik anda membeli
dari plaza borong berbanding di kilang. Dalam kebanyakan situasi, harga
yang diperolehi di plaza borong adalah lebih murah berbanding di
kilang.
bagaimana ini boleh berlaku ?
Katakan seorang peniaga yang mempunyai kedai borong di plaza borong
di China menempah 10,000 helai baju dari kilang dan mendapat harga RM
5.50. Peniaga ini menjual di plaza borong dengan harga RM 6.50. Anda
pula pergi ke kilang yang sama dan menempah 1000 helai baju. Anda
mungkin dapat harga baju yang sama ini dengan harga RM 7.50. Beginilah
logiknya.
Lebih tinggi tempahan anda, lebih murah harga barangan yang anda perolehi.
Jadi sebelum memilih untuk ke kilang atau plaza borong, anda mungkin
perlu mengkaji kuantiti yang anda mampu tempah. Jika kuantiti tidak
banyak, cuba dahulu dengan plaza borong.
Tentang pemilihan kilang yang tulen, saya akan tulis di masa hadapan.
Pemilihan kilang yang tulen adalah sangat penting. Jika tidak, anda
tidak semena-mena akan ditipu oleh pekilang tersebut. Waktu lain anda ke
kilang tersebut, mungkin kilang itu tidak ada lagi di tempat itu.
Jika anda berhubung dengan peniaga di China, semua peniaga ini akan
mengaku mempunyai kilang tersendiri. Mereka yakin bahawa dengan berkata
sebegini, pelanggan dari luar negara akan lebih percaya kepada mereka.
Namun ini adalah satu penipuan. Anda perlu mengetahui cara sebenar untuk
memilih kilang yang tulen dan dijamin oleh kerajaan China.
terima kasih
Shahabudeen Jalil
Yiwu, satu lagi bandar borong yang menarik…
Posted on July 12, 2008 by Shahabudeen
Salam sejahtera,
Selain dari Guangzhou dan Shenzhen. Yiwu adalah satu lagi bandar yang
menarik sebagai lokasi memborong barangan. Kebanyakkan barangan disini
adalah barang-barang kecil seperti pin rambut, cekak, gelang tangan,
mainan kanak-kanak, alat tulis dan lain-lain lagi.
Terdapat 3 tempat borong utama dengan keseluruhan lebih kurang 65,000 lot kedai-kedai borong untuk kita terokai.
Selain dari itu, di Yiwu ini terdapat ramai sangat orang-orang Arab sehinggakan kedai-kedai borong pun mempunyai signboard dengan bahasa Arab. Selain dari orang Arab terdapat orang dari seluruh dunia yang bertumpu ke sini untuk memborong.
Buat permulaan, sila lihat video yang diambil oleh thestar ini..
https://www.youtube.com/watch?v=5Kxye7ouqAM
Sila lawat www.kursusborongchina.com untuk menyertai Kursus Memborong di China.

Similar topics
» KISAH CINTA DARI CHINA
» Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan
» MITOS Kebiasaan Tokoh-Tokoh di China
» Kehamilan - Pentingnya persediaan awal
» Perbincangan Isu-Isu Profesion JTMP Bersama Bahagian Sumber Manusia KKM

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak