FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) | Kelantan perit

Go down

Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) | Kelantan perit Empty Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) | Kelantan perit

Post by Info Bola Sepak Mon 10 Sep 2012, 4:29 pm

Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) | Kelantan perit Mijo-dadic

Mijo Dadic

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my

KELANTAN tidak dapat menurunkan dua pemain importnya, Keita Mandjou dan Mijo Dadic apabila gagal mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) ketika berdepan pasukan kelab Iraq, Al-Arbil dalam saingan suku akhir pertama Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Iraq, pada 18 September ini.

Tambah perit apabila pemain pertahanan import, Obinna Nwaneri juga tidak dapat beraksi kerana menerima kad merah ketika menentang Terengganu, Mei lalu.


Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang mengesahkan perkara itu, berkata, pengurusan Kafa sudah membuat rayuan selain bersedia menurunkan dua pemain importnya, Mohammed Ghaddar dan Dennis Antwi.

Katanya, keadaan itu berlaku apabila syarat yang ditetapkan FAM tidak selaras dengan syarat AFC, namun menegaskan ia bukanlah 100 peratus kesalahan badan induk bola sepak negara itu.


“Ini sebenarnya satu situasi kompleks dan ia mendukacitakan saya apabila berlaku ketidakselarasan syarat pengambilan pemain import antara pasukan Liga Malaysia dengan peraturan AFC.


“Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan FAM sepenuhnya kerana tempoh ‘Transfrer Matching System’ (TMF) dibuka sebelum kita layak ke suku akhir,” katanya ketika ditemui di Kok Lanas, kelmarin.

Red Warrriors pada mulanya mahu menimba pengalaman dalam saingan AFC namun sasarannya lebih serius apabila layak ke peringkat suku akhir tapi Annuar mengakui bukan tugas mudah untuk beraksi bersama pasukan dari Iraq itu.


Sehubungan itu, Annuar mencadangkan supaya FAM menyelaraskan syarat pengambilan pemain import dengan AFC supaya pasukan tempatan mampu mewakili negara dengan penuh daya saing dalam keadaan tenaga pemain import mencukupi.

“Kelantan tidak cukup pemain import untuk berdepan pasukan kuat di Piala AFC. Kita pasukan yang mewakili negara dan semestinya kita tidak mahu menjadi pasukan belasahan apabila beraksi dalam perlawanan antarabangsa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/10

- Harian Metro
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) | Kelantan perit Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum