Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) | Kelantan Lawan habis-habisan
Page 1 of 1

TRW mahu sekat Arbil
MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
18 September 2012
Pemain kelantan gembira meraikan gol
MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
18 September 2012
Pemain kelantan gembira meraikan gol
DI atas kertas, pertemuan Arbil FC menentang Kelantan dalam saingan suku akhir pertama Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mungkin boleh disifatkan antara langit dengan bumi, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
Ketika The Red Warriors terbang beribu kilometer ke bandar Arbil tanpa lima tonggak utama, pasukan tuan rumah pula turun penuh bersemangat sesuai dengan reputasi unggul mereka selaku juara empat kali Liga Premier Iraq.
Malah, pencapaian kelab yang dibimbing Nizar Mahrous dalam kempen Piala AFC terbukti cemerlang setelah pernah mara ke saingan suku akhir pada 2009 dan separuh akhir tahun lalu.
Menyedari hakikat tersebut, Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, situasi sukar menanti skuad bimbingan Bojan Hodak apatah lagi ini merupakan pertama kali pasukannya beraksi pada saingan kalah mati di peringkat antarabangsa.
“Saya akui cabaran perit ini, dan kita akan berusaha sedaya upaya menyekat kelab tersebut daripada memburu bekalan selesa sebelum bertandang ke Kota Bharu pada aksi suku akhir kedua 25 September nanti,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian semalam.
“Meski pun turun tanpa beberapa tonggak utama beraksi hari ini, namun kita akan tetap memberikan saingan sengit kepada mereka. Kalau dilihat situasi semasa, memanglah kita tidak boleh meletakkan harapan tinggi kepada Kelantan.
“Tetapi pemain janganlah pula berasa merendah diri apabila kita bertemu lawan yang kuat seperti Arbil FC. Sebaliknya, pemain harus menanamkan keyakinan tinggi dalam diri mereka,” katanya.
Pertemuan suku akhir pertama Arbil FC menentang Kelantan akan berlangsung di Stadium Francouse Al-Hareeri jam 11.30 malam ini (waktu Malaysia). Menurut Azman, beliau berharap jurulatih dapat merencana strategi terbaik bagi memastikan Kelantan mampu mengikat sekurang-kurangnya keputusan seri ke atas kelab Arbil FC pada pertemuan ini.
Kelantan yang baru mengesahkan tempat ke saingan suku akhir Piala Malaysia musim ini bertandang ke gelanggang lawan tanpa Mohammad Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha, S Subramaniam, Indra Putra Mahayuddin dan Obinna Nwaneri atas faktor kecederaan serta pergantungan perlawanan.
- Sinar Harian

Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Similar topics
» Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) | Kelantan perit
» Kelantan Calon Juara Piala Malaysia 2013 - Pemerhati Bola Sepak
» Annuar: Saya tak mahu bola sepak Kelantan mati
» Bola Sepak Piala SCTV Gelanggang Ujian Ketahanan Mental Harimau Muda
» Piala Asia U22 | Myanmar 2 - 1 Malaysia

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak