Kejohanan Jemputan Piala SCTV | Indonesia U22 0 - 1 Malaysia U22
Page 1 of 1

'Tiada lagi Barracuda'
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
PEMAIN skuad Harimau Muda sudah tidak gentar dengan provokasi peminat fanatik Indonesia.
NAMPAK gayanya provokasi melampau peminat fanatik Indonesia terhadap skuad Harimau Muda dilihat seakan-akan sudah ternoktah.
Malam kelmarin, skuad kendalian Ong Kim Swee yang mengatasi skuad Bawah 22 Tahun (B-22) Indonesia 1-0 pada Kejohanan Jemputan Piala SCTV di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta dilaporkan tenang dan mereka pulang ke hotel penginapan dengan menaiki bas persiaran-bukannya Barracuda.
Situasi itu jelas berbeza berbanding ketika skuad muda negara mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA di Jakarta tahun lalu apabila terpaksa berdepan ujian hidup dan mati ‘diganyang’ penyokong fanatik pasukan Garuda sehingga terpaksa pulang ke hotel menaiki kereta kebal (Barracuda) atas faktor keselamatan.
Lebih menyedihkan, hanya 5,000 penyokong tuan rumah hadir ke Stadium Gelora Bung Karno malam kelmarin. Jumlah itu jauh lebih kecil berbanding 100,000 penyokong Garuda yang memenuhi stadium yang sama tahun lalu.
Kim Swee memberitahu, anak-anak buahnya tidak lagi berdepan provokasi melampau penyokong tuan rumah kali ini, namun pada masa sama tidak menolak kemungkinan ia berlaku memandangkan kejohanan itu sekadar aksi jemputan dan bukannya temasya Sukan SEA.
“Kami tidak lagi naik Barracuda dan pulang ke hotel dengan keadaan selamat, penonton yang datang stadium pun tak ramai dan saya sendiri tidak tahu mengapa.
“Mungkin, mereka (penyokong Garuda) memboikot PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) agaknya,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di Jakarta semalam.
Untuk rekod, skuad senior kebangsaan juga pernah berdepan ‘skrip’ yang hampir sama apabila terpaksa menaiki Barracuda ketika menewaskan Indonesia menerusi agregat 4-2 di stadium yang sama ketika muncul juara Piala AFF Suzuki buat kali pertama pada 2010.
Mengulas kejayaan pasukannya malam kelmarin, Kim Swee mengakui gembira dengan prestasi kesemua pemain seperti Irfan Fazail (kapten), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Ahmad Hazwan Bakri, Shahrul Saad serta peledak gol tunggal perlawanan, K. Reuben dan juga Nik Mohd. Shahrul Azim yang baru membuat penampilan pertama dalam skuad Harimau Muda.
“Saya akui ada sedikit kelemahan di bahagian pertahanan, cuma pada masa sama saya gembira dengan komitmen pemain mempertahankan kelebihan satu gol sehingga perlawanan tamat.
“Kesungguhan pemain menyerap asakan lawan sewajarnya dipuji dan saya harap ia dapat dikekalkan dalam mana-mana perlawanan akan datang,” katanya yang hanya pulang ke tanah air hari ini selepas menyaksikan pertembungan antara skuad senior Indonesia dan Korea Utara dalam satu lagi aksi kejohanan di stadium yang sama malam tadi.
Kim Swee berkata, skuadnya kini kembali menumpukan fokus dalam Liga Singapura (Liga S) apabila dijadualkan menentang pasukan di tangga kelima liga, Home United di Stadium Yishun, Singapura Sabtu ini.
Kesibukan jadual mereka katanya, tidak berakhir di situ apabila bakal menyertai satu lagi kejohanan jemputan iaitu Newspaper Cup di Hanoi, Vietnam pada Oktober depan.
“Jadual kami kembali padat apabila terpaksa ‘terbang’ ke sana ke mari setiap hujung minggu, jadi saya harap pemain dapat mengekalkan prestasi masing-masing serta bebas daripada kecederaan,” katanya.
Selepas menentang Home United, Harimau Muda yang kini di tangga keempat Liga S dengan 32 mata selepas 17 perlawanan akan berkunjung ke Stadium Woodlands berdepan Woodlands Wellington pada 22 September depan sebelum melayan kunjungan Balestier Khalsa (27 September) dan Gombak United (30 September) di Stadium Yishun.
-Kosmo

Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Similar topics
» Final Piala Malaysia 2012 | Kelantan Julang Piala Malaysia, Lengkapkan Kejuaraan Trebel
» Piala Malaysia : Kelantan cuti peristiwa sempena layak ke final Piala Malaysia 2009
» Bola Sepak Piala SCTV Gelanggang Ujian Ketahanan Mental Harimau Muda
» Thailand Benam Malaysia 4-0 Pada Kejohanan Bola Sepak Wanita AFF
» Kelantan Sah Ke Final Piala Malaysia

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak