FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kira- Kira 8,000 Lulusan Kolej Kejururawatan Swasta Menganggur

2 posters

Go down

Kira- Kira 8,000 Lulusan Kolej Kejururawatan Swasta Menganggur Empty Kira- Kira 8,000 Lulusan Kolej Kejururawatan Swasta Menganggur

Post by MaStErMiNd Thu 11 Oct 2012, 3:34 pm


Kira- Kira 8,000 Lulusan Kolej Kejururawatan Swasta Menganggur Re_dd.1
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan ketika ini, kira-kira 8,000 lulusan kolej kejururawatan menganggur.

Beliau berkata sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kesihatan akan berbincang untuk mencari penyelesaian menyeluruh supaya wujud keseimbangan antara jumlah lulusan kejururawatan yang dikeluarkan dan keperluan semasa.

"Ada lulusan kolej kejururawatan swasta yang terpaksa menganggur sehingga tiga tahun.

"Masalah ini berlaku kerana tidak ada keseimbangan di antara jumlah pelajar yang mengikuti latihan kejururawatan dan peluang pekerjaan yang ada," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat tahniah kepada 60 lulusan kejururawatan kolej swasta yang mendapat pekerjaan melalui My Career Fair 2012 anjuran Pasukan Petugas Pelaksanaan Khas di Wisma Perkeso hari ini.

Beliau berkata selain terpaksa menganggur, lulusan itu juga terpaksa menanggung beban hutang pendidikan.



-- LAGI

SUBRAMANIAM-JURURAWAT 2 KUALA LUMPUR

Justeru, Subramaniam menasihatkan lulusan kejururawatan yang masih menganggur agar mengubah cara pemikiran dan cuba mencari peluang pekerjaan di tempat lain selain hospital swasta.

"Antara tempat lain yang memerlukan khidmat jururawat ialah rumah penjagaan warga emas dan rumah penjagaan kanak-kanak kurang upaya," katanya.

Beliau berkata menerusi My Career Fair 2012 yang bertema 'Menyatukan Bakat Dengan Peluang', satu temuduga terbuka diadakan pada 24 Mei lepas untuk graduan sektor kesihatan di Shah Alam.

Sesi temuduga itu diadakan dengan kerjasama beberapa hospital iaitu Pusat Perubatan Sime Darby, Hospital Pantai Cheras, Hospital Pantai Ampang, Hospital Damai dan Hospital Assunta.

Subramaniam juga berkata selain menyampaikan surat tahniah kepada lulusan kejururawatan berkenaan, majlis hari ini diadakan bagi menghargai jasa baik hospital yang terlibat dalam sesi temuduga.

-- BERNAMA



RMI KHY SBB
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14096

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Kira- Kira 8,000 Lulusan Kolej Kejururawatan Swasta Menganggur Empty Re: Kira- Kira 8,000 Lulusan Kolej Kejururawatan Swasta Menganggur

Post by imzal82 Sun 14 Oct 2012, 10:37 pm

padan muka korang..sapa dulu suh amek diploma jururawat kolej swasta..baik amek kkm punya la..belajar senang jer..duit elaun 600 dapat..ni masuk swasta dapat diploma xder kerja pastu menganggur kena bayar duit ptptn..lagi baik amek tingkatan 6 jer pastu masuk uum amek ijazah pengurusan leh jadi pengawai tadbir n41..susah maw ckp..sendiri buat sendiri tanggung la.
avatar
imzal82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Perawatan Kesihatan Special Gred
Gender : Male
Jumlah Post : 113
Umur : 41
Tarikh Register : 27/04/2007
Reputation : 3
Points : 6481

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum