FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kelantan motivasi tinggi, ATM 'buat biasa' saja

Go down

Kelantan motivasi tinggi, ATM 'buat biasa' saja Empty Kelantan motivasi tinggi, ATM 'buat biasa' saja

Post by Info Bola Sepak Sat 20 Oct 2012, 11:59 am

Kelantan kini berada di kemuncak prestasi dalam kempen melengkapkan kutipan gelaran musim ini termasuk merangkul Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, malam esok.


Jurulatihnya Bojan Hodak berkata anak buahnya mempunyai motivasi yang cukup tinggi untuk menjuarai piala berprestij
itu buat kali kedua selepas 2010, lapor Bernama.

Pasukan yang bergelar 'The Red Warriors' itu akan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada final hari ini.

"Saya tidak fikir pemain tertekan sejak merangkul gelaran Liga Super dan Piala FA musim ini. Matlamat saya adalah bagi memastikan pemain memberi persembahan terbaik," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas mesyuarat pengurusan pasukan di Shah Alam semalam.

Jurulatih Croatia 41 tahun itu memperjelaskan, ketiadaan dua tonggak utama, penyerang Mohamed Ghaddar Mahmoud dan pemain tengah Nurfarhan Muhammad, kerana digantung perlawanan, tidak akan menjejaskan keupayaan pasukan itu.

Sementara itu, analisis Bernama kelmarin menyebut, kebangkitan ATM yang diberi julukan 'Manchester City Malaysia', sudah pasti mengundang resah Kelantan apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan.

Segar daripada kemenangan selepas meleburkan impian pasukan pilihan, Lions XII dari Singapura di peringkat separuh akhir untuk mara ke pentas final selepas 46 tahun, ia pasti memberi tonik tambahan kepada pasukan bimbingan B Sathianathan untuk melakar sejarah merangkul kejuaraan sulung Piala Malaysia.

Dibarisi pemain yang kerap menyarung jersi kebangsaan, ATM dilihat mempunyai kelebihan membawa pulang kejuaraan tersebut walaupun banyak pihak meramalkan Kelantan mampu menjulang Piala Malaysia musim ini.

"Kita hanya buat biasa sahaja namun dalam masa yang sama perlu perbaiki kelemahan yang ada sebelum turun ke Stadium Shah Alam, Sabtu ini," Sathianathan dipetik sebagai berkata.

Kedua-dua pasukan mengadakan sesi latihan terakhir dengan Kelantan memilih Wisma FAM di Kelana Jaya manakala ATM berlatih di Kompleks Sukan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang.

-Malaysiakini
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Kelantan motivasi tinggi, ATM 'buat biasa' saja Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum