FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Suara jururawat kurang didengari

Go down

Suara jururawat kurang didengari Empty Suara jururawat kurang didengari

Post by Puteri Kayangan Thu 29 Nov 2012, 9:54 am

2011/07/18 - 05:24:08 AM


SEJAK lahir hingga hari kematian, seorang jururawat akan terbabit secara langsung dengan kehidupan seseorang. Setiap ibu yang bersalin akan di lawati oleh jururawat untuk menjaga kesihatan mereka dan memastikan keadaan ibu dan anaknya sihat.

Namun, sejak 54 tahun bumi Malaysia merdeka, peranan jururawat hanya di pandang sepi sebagai pembantu kepada doktor. Tidak ada pihak yang mahu memberi ruang kepada golongan jururawat ini bersuara. Jika ada persatuan jururawat pun, suaranya tidak begitu disedari.
Sedangkan setiap negeri mempunyai hospital kerajaan yang majoriti petugasnya adalah jururawat, begitu juga hospital swasta. Setiap negeri juga mempunyai klinik desa atau klinik daerah dengan jururawat jugalah majoriti kakitangannya. Bayangkan jika semua jururawat di Malaysia tidak bekerja satu hari saja, apa akan jadi kepada seluruh negara?


Jururawat menjaga pesakit dan doktor pula merawat penyakit. Untuk mendidik masyarakat, jururawat berijazah adalah golongan yang tepat untuk di hantar kepada masyarakat.

Saban hari, pelajar lepasan ijazah kejururawatan semakin meningkat. Saya mencadangkan bagi jururawat lepasan ijazah ini, selepas tamat belajar, mereka wajib berkhidmat dengan kerajaan selama setahun. Prosedur pengajian dapat disamakan sewaktu mereka belajar di universiti dan hospital.

Selepas setahun, mereka perlu menduduki peperiksaan pre-pendaftaran jururawat (PRN) sebagai mana bahagian farmasi lakukan sekarang. Kemudian, barulah hantar ke bahagian mana yang memerlukan mereka. Aspek yang penting adalah langkah pencegahan. Kerajaan dapat mengurangkan kos merawat dengan syarat langkah pencegahan ini perlu dipantau oleh satu jawatankuasa khas.

Setiap tahun banyak wang kerajaan dibelanjakan untuk merawat penyakit, jika penyakit dapat dicegah lebih awal, kita dapat melahirkan masyarakat yang sihat. Kos rawatan lazimnya lebih mahal daripada pencegahan.
Jika jururawat dapat mendidik masyarakat dan menyatakan pentingnya menjaga kesihatan seperti aspek pemakanan seimbang ia sudah pasti banyak membantu kerajaan. Kerajaan Australia berjaya dalam mendidik masyarakatnya dalam kesihatan kerana keupayaan jururawat mendekati dan mendidik masyarakat.

GRADUAN JURURAWAT UNIVERSITI,
Kuantan.

BERITA HARIAN
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Suara jururawat kurang didengari Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 33
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5303

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum