Perlawanan Liga-M Ditangguh Sepanjang Berlangsungnya PRU-13 - Hamidin
Page 1 of 1
Perlawanan Liga-M Ditangguh Sepanjang Berlangsungnya PRU-13 - Hamidin
SHAH ALAM, 8 April (Bernama) -- Kesemua perlawanan Liga Malaysia (Liga M) akan ditangguhkan ke satu tempoh baharu sewaktu pilihan raya umum (PRU) ke-13 berlangsung bagi membolehkan proses perjalanannya berjalan lancar.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk bola sepak kebangsaan itu akan menunggu pengumuman rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu ini sebelum menetapkan tarikh yang sesuai untuk menggantikan kesemua perlawanan yang ditangguhkan itu.
"Kita memutuskan untuk menangguhkan perlawanan Liga Malaysia yang berlangsung sewaktu tempoh pilihan raya bagi menyenangkan semua pihak.
"Malahan semua sedia maklum bahawa banyak pihak akan terlibat dengan pilihan raya termasuklah penyokong bola sepak sendiri (yang turut akan mengundi)," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Isnin.
Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM turut mengingatkan mana-mana penyokong untuk tidak membawa masuk sebarang bendera parti politik ke dalam stadium atau berdepan tindakan tegas daripada mereka.
"Larangan ini (membawa masuk bendera parti politik) memang telah lama berkuatkuasa sama ada dalam tempoh pilihan raya atau tidak...jadi bendera parti politik memang tidak dibenarkan untuk dikibar di dalam stadium," katanya.
Sementara itu, Hamidin menasihatkan Persatuan Bola Sepak Negeri dan Kelab yang berhasrat mengambil pemain baharu sama ada tempatan atau import untuk menggunakan tempoh 14 hari pintu perpindahan pemain untuk mendapatkan pemain yang berkualiti.
Jendela perpindahan pemain musim kedua Liga-M bermula hari ini sehingga 22 April ini.
"Kita tidak melanjutkan tempoh 14 hari yang diberikan memandangkan kita sudah menghebahkan mengenai perkara ini kepada pasukan terlibat sebelum bermulanya sepak mula Liga-M termasuklah dalam seminar yang dianjurkan oleh FAM.
"Tiada lanjutan tempoh dan kita tidak akan melayan sebarang rayuan daripada mana-mana pasukan selepas pintu perpindahan pemain ditutup pada 22 April ini," kata Hamidin.
Menyentuh mengenai pasukan Selangor, Hamidin yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkata pihaknya sedang mengintai beberapa pemain luar untuk memperkuatkan bahagian pertahanan pasukan selepas pemain importnya, Peter Chrappan dari Slovakia mempamerkan aksi kurang memberangsangkan.
FAS mengambil Chrappan bagi menggantikan bekas pemainnya dari Lubnan, Ramez Dayoub yang digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Lubnan (LFA) kerana terlibat dengan skandal mengatur perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Lubnan menentang Qatar di Beirut, Jun tahun lepas.
"Kita sudah mengenal pasti beberapa pemain import dari Brazil, Australia dan Sepanyol dan mereka dijangka tiba di sini, minggu ini untuk sesi pemilihan," katanya.
-- BERNAMA
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Similar topics
» Perlawanan Piala Sumbangsih Dikira Mata Dalam Liga Super - FAM
» Piala Juara Liga Super, Juara Liga Perdana & Juara Liga FAM 2012 bakal dijulang di Wisma FAM
» Liga Super 2012 | Kelantan Julang Piala Liga Super Di Stadium Sultan Muhammad IV
» Kelantan Kuasai Liga Malaysia Musim 2012 | Kuasa Baru Liga Malaysia
» India Batal Perlawanan Persahabatan Dengan Malaysia, Filipina
» Piala Juara Liga Super, Juara Liga Perdana & Juara Liga FAM 2012 bakal dijulang di Wisma FAM
» Liga Super 2012 | Kelantan Julang Piala Liga Super Di Stadium Sultan Muhammad IV
» Kelantan Kuasai Liga Malaysia Musim 2012 | Kuasa Baru Liga Malaysia
» India Batal Perlawanan Persahabatan Dengan Malaysia, Filipina
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak