Perlawanan Piala Sumbangsih Dikira Mata Dalam Liga Super - FAM
Page 1 of 1

PETALING JAYA, 7 Nov (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah akan menjadi penyumbang mata dalam saingan Liga Super mulai musim depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM Datuk Affandi Hamzah berkata langkah badan induk itu memperkenal sistem berkenaan pada perlawanan pembuka tirai Liga Super yang juga dikenali Piala Sumbangsih, adalah bagi memastikan perlawanan liga itu lebih kompetitif.
"Keputusan perlawanan Piala Sumbangsih membabitkan juara Liga Super dari negara jiran (Singapura), Lion XII dan Pahang selaku juara Piala Malaysia akan dikira sebagai mata pertama kepada kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super.
"Jika perlawanan berakhir seri dalam tempoh 90 minit, setiap pasukan mendapat satu mata sebelum keputusan perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan dan seterusnya menerusi sepakan penalti," katanya selepas mempengerusi mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, Khamis.
Perlawanan Piala Sumbangsih dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam pada 17 Jan depan.
Affandi berharap langkah itu akan menjadikan Piala Sultan Ahmad Shah, yang diperkenalkan pada 1985, menjadi lebih penting selain merancakkan lagi saingan Liga Malaysia.
Beliau berkata lima lagi perlawanan Liga Super akan berlangsung pada 18 Jan depan termasuk melibatkan pendatang baharu Liga Perdana, Sarawak dan Sime Darby FC.
Sebanyak 25 pasukan mengesahkan penyertaan dalam kedua-dua liga utama tempatan itu yang membabitkan 12 pasukan dalam kancah Liga Super dan 13 pasukan dalam Liga Perdana.
Dalam pada itu, Affandi berkata pasukan Harimau Muda B akan kembali bersaing dalam Liga Perdana pada musim depan manakala skuad Harimau Muda A akan beraksi dalam Liga Singapura.
Beliau juga memberitahu bahawa sesi pendaftaran pemain tempatan akan dilanjutkan sehingga 17 Dis ini bagi memberi ruang kepada setiap pasukan memperkuat skuad masing-masing.
Tarikh pendaftaran pemain import pula dikekalkan sehingga 4 Dis ini sebelum pintu perpindahan kedua pemain dibuka semula selama sebulan dari 23 Mac sehingga 22 April depan.
Affandi berkata FAM akan terus mengguna pakai formula '2+1' iaitu setiap pasukan dibenar menggunakan tiga pemain import dengan seorang dari mereka haruslah dari negara-negara Asia.
-- BERNAMA

Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Similar topics
» Liga Super 2012 | Kelantan Julang Piala Liga Super Di Stadium Sultan Muhammad IV
» Piala Juara Liga Super, Juara Liga Perdana & Juara Liga FAM 2012 bakal dijulang di Wisma FAM
» Lions XII FC Diaibkan Oleh Kelantan Dalam Aksi Terakhir Liga Super
» Piala Sumbangsih 2015
» Perlawanan Liga-M Ditangguh Sepanjang Berlangsungnya PRU-13 - Hamidin

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak