FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Azzuddin Bakal Lepaskan Jawatan Setiausaha Agung FAM

Go down

Azzuddin Bakal Lepaskan Jawatan Setiausaha Agung FAM Empty Azzuddin Bakal Lepaskan Jawatan Setiausaha Agung FAM

Post by Info Bola Sepak Thu 11 Apr 2013, 12:46 pm


Azzuddin Bakal Lepaskan Jawatan Setiausaha Agung FAM AZZUDDIN
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad akan melepaskan jawatannya pada 1 Mei ini bagi membolehkan beliau memegang jawatan Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).

Azzuddin berkata tawaran untuk menyertai AFF bagi menggantikan Datuk Seri Paul Mony Samuel yang meletakkan jawatan telah diperkenan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden AFF.

"Saya akan menamatkan tempoh perkhidmatan saya di FAM pada 1 Mei ini dan memulakan tugas baharu bermula 1 Jun ini (dan akan) akan terus membantu FAM sepanjang tempoh peralihan selama sebulan itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco FAM yang dipengerusikan oleh Sultan Ahmad Shah, di sini, hari Rabu.

Mengulas mengenai pengganti beliau, Azzuddin, yang menjadi Setiausaha Agung FAM sejak 2007 berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Sultan Ahmad Shah bagi mengenalpasti calon yang sesuai.

Sepanjang berada di FAM, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting dalam badan induk bola sepak kebangsaan itu antaranya sebagai Ahli Jawatankuasa Bebas dari 2000-2006, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin (2001-2004) dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil (Apr-Sept 2006). Dalam perkembangan berasingan, Azzuddin berkata FAM telah menghantar bidaan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjadi hos Piala Asia 2019.

Australia dipilih oleh AFC untuk menganjurkan kejohanan berprestiji benua Asia itu pada 2015.

Azzuddin berkata pihaknya masih tidak mengetahui senarai negara-negara yang berminat untuk menganjurkan kejohanan empat tahun sekali itu pada 2019 memandangkan AFC masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai perkara berkenaan.

"Kita berminat untuk menganjurkan kejohanan ini memandangkan kita hanya menjadi hos kejohanan bola sepak yang kurang terkenal sebelum ini.

"AFC juga telah menggariskan beberapa syarat untuk menjadi tuan rumah termasuk aspek infrastuktur stadium, tempat penginapan serta soal keselamatan," katanya.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Azzuddin Bakal Lepaskan Jawatan Setiausaha Agung FAM Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum