FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kritikan Shahidan: Jawatankuasa Tatatertib Fam Tunggu Laporan Azzuddin

Go down

Kritikan Shahidan: Jawatankuasa Tatatertib Fam Tunggu Laporan Azzuddin Empty Kritikan Shahidan: Jawatankuasa Tatatertib Fam Tunggu Laporan Azzuddin

Post by Info Bola Sepak Mon 10 Jun 2013, 8:45 pm

Kritikan Shahidan: Jawatankuasa Tatatertib Fam Tunggu Laporan Azzuddin AZZUDDIN

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan meneliti laporan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum mengambil tindakan terhadap bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim yang terus mengkritik badan induk itu.

Timbalan pengerusi jawatankuasa berkenaan, Ednan Othman berkata pihaknya masih menunggu laporan daripada Sekretariat FAM sebelum memulakan siasatan terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perlis itu.

"Sehingga kini, kami belum menerima apa-apa laporan daripada pihak Sekretariat FAM dan kami tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dalam hal ini," katanya ketika dihubungi Bernama Isnin..

Dalam laporan akhbar hari ini, Azzuddin dipetik sebagai berkata beliau menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk menilai sama ada Shahidan wajar dibicarakan selepas mengkritik badan induk itu biarpun dalam tempoh penggantungan selama 30 bulan.

Shahidan pada Sabtu lepas, mengeluarkan kenyataan berhubung kemarahannya terhadap FAM yang sudah 'membuangnya', menggantungnya tetapi tiada pegawainya yang bertanya khabar PFA.

Bekas Presiden PFA itu juga meluahkan keluhan kerana terpaksa mengeluarkan duit sakunya untuk membayar gaji pemain Perlis ketika menjadi presiden pasukan Singa Utara itu, dan meminta FAM membantu PFA yang kini dilanda masalah kewangan.

Selain digantung 30 bulan, Shahidan yang kini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, turut didenda RM39,000 dan hilang status sebagai Presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Kritikan Shahidan: Jawatankuasa Tatatertib Fam Tunggu Laporan Azzuddin Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum