FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kafa Siasat Kelantan Kalah Teruk Kepada Kelab Maldives

Go down

Kafa Siasat Kelantan Kalah Teruk Kepada Kelab Maldives Empty Kafa Siasat Kelantan Kalah Teruk Kepada Kelab Maldives

Post by Info Bola Sepak Wed 24 Apr 2013, 9:41 pm


Kafa Siasat Kelantan Kalah Teruk Kepada Kelab Maldives Image
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan melakukan siasatan rapi berhubung kekalahan besar 1-6 Kelantan kepada Kelab Maziya Sports and Recreation dari Maldives pada perlawanan kelima kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Nasional Maldives pada Selasa.

Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata siasatan itu penting untuk mencari punca kekalahan dan tidak bermaksud menyalahkan mana-mana pihak.

"Apa yang berlaku di Maldives memerlukan satu siasatan rapi bagi mengenal pasti punca kekalahan," kata Annuar menerusi laman Facebooknya.

Siasatan akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Negeri, Datuk Rosmadi Ismail.

"Walaupun kita faham pasukan The Red Warriors mungkin tidak memerlukan kemenangan kerana telah layak ke pusingan kedua dan jurulatih (Bojan Hodak) pula mahu merehatkan pemain, namun untuk melepaskan lima gol dalam masa 45 minit mesti disiasat," katanya. Pada perlawanan itu, Kelantan terlebih dulu mengejutkan pasukan tuan rumah dengan jaringan penyerang Mohd Haris Safwan Mohd Kamal seawal minit ke-7 sebelum Maldives bangkit menjaringkan enam gol melalui Ahmed Rasheed (minit ke-40), Abdulla Asadhulla (minit ke-56) dan Easa Ismail (minit ke-77).

Adhuham Hassan menambah dua lagi gol pada minit ke-82 dan 85 serta disusuli Ali Imran pada minit ke-88.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak menghalang mereka untuk menempah slot ke pusingan kedua dengan kutipan 10 mata selepas lima perlawanan, satu mata melebihi pencabar terdekat iaitu pasukan Shb Da Nang dari Vietnam dengan baki satu perlawanan.

Kelantan akan melayan kunjungan pasukan Ayeyawady United dari Myanmar pada aksi terakhir kumpulan G di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV di Kota Baharu, Kelantan pada 30 April ini.

-- BERNAMA

Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Kafa Siasat Kelantan Kalah Teruk Kepada Kelab Maldives Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum