FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Drama Kisah Jururawat | MISI BETTY (TV9)

Go down

Drama Kisah Jururawat | MISI BETTY (TV9) Empty Drama Kisah Jururawat | MISI BETTY (TV9)

Post by Info Bola Sepak Tue 30 Apr 2013, 9:35 am

Misi latah


Drama Kisah Jururawat | MISI BETTY (TV9) Misi%2Bbety2

Drama Kisah Jururawat | MISI BETTY (TV9) Misi%2Bbety

Drama Kisah Jururawat | MISI BETTY (TV9) Drama+Misi+Betty+TV9+1
Inilah yang ditampilkan dalam drama 13 episod, Misi Betty, menerusi slot Oh! Mari Gelak TV9 setiap Sabtu dan Ahad jam 8.30 malam bermula 28 Mei ini.

Siti Fazurina yang memegang watak utama sebagai Misi Betty mempunyai perwatakan yang ceria. Satu saja masalah Misi Betty… dia kuat melatah! Nama sebenar Misi Betty adalah Peah tetapi hanya akan menyahut jika orang memanggilnya Betty kerana amat meminati telenovela Yo Soy Betty, La Fea dan lakonan Bea Alonzo sehingga terbawa-bawa watak Betty di dalam kehidupan hariannya. Walaupun lemah-lembut, dia gagal mengawal diri ketika berada dalam keadaan terkejut kerana pastinya dia akan melatah dengan kuat sekali. Gelagatnya yang kuat melatah dengan wataknya yang lucu pastinya membuatkan anda seisi keluarga terhibur setiap kali tibanya hujung minggu.

Keadaan semakin teruk apabila dia diberi tugas untuk memberikan suntikan BCG kepada murid-murid sekolah Tahun 6. Ketika ingin menyuntik seorang pelajar lelaki, tiba-tiba dia ternampak tikus dan terus melatah dan menyuntik murid lelaki itu dengan kasarnya dan membuatkan murid berkenaan kesakitan serta darah mengalir dengan banyak. Kecuaian Misi Betty menyebabkan dia dipindahkan ke hospital lain. Namun keadaan sama tetap berlaku di mana dia tidak dapat menghilangkan sikap gelabah dan melatah.


Suatu hari Datuk Jejaman, orang kaya melamar Misi Betty untuk menjadi jururawat peribadinya. Walaupun Misi Betty sudah fobia untuk memberi suntikan atas kesilapannya yang lalu, tetapi kerana sayangkan kerjaya, dia tetap memberanikan diri untuk menjaga Jejaman atau lebih dikenali sebagai Pak Man yang memerlukan tiga suntikan insulin sehari. Dalam kekalutan diri seorang insan bernama Peah atau Betty ini, dia juga ingin bercinta dan dicintai. Pak Man amat senang dengan sikap Misi Betty dan bercadang untuk melamar Misi Betty bagi anak lelakinya bernama Fahim secara senyap. Namun sikap dan cara mereka berdua yang 'ada saja yang tak kena' membuatkan Pak Man terpaksa membuat strategi lain.

Watak Fahim yang dibawakan oleh Zul Yahya mempunyai karakter yang ego dan tidak mahu mengalah, amat berlainan daripada Misi Betty. Adakah kesabaran dan sikap melatah Misi Betty dan melembutkan ego Fahim? Misi Betty yang memenuhi slot Oh! Mari Gelak yang diterajui oleh Adam Hamid sebagai pengarah dan Mohd Ruslan Osman serta Tengku Noraishah Aziz selaku penerbit, pastinya mencuitkan hati penonton apatah lagi dibintangi oleh barisan pelakon handalan seperti Datuk Jamali Shadat, Erry Putra, Tasha Aziz dan Mak Jah. Jom bergelak ketawa dengan Misi Betty! Pasti hebat… hanya di TV9.

--- HARIAN METRO
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Drama Kisah Jururawat | MISI BETTY (TV9) Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Drama Kisah Jururawat | MISI BETTY (TV9) Empty Re: Drama Kisah Jururawat | MISI BETTY (TV9)

Post by Info Bola Sepak Tue 30 Apr 2013, 9:35 am

Komedi sarat pengajaran
Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my


Bagaimanapun, drama Ahmad Albob Yang Punya arahan Ismail Yaacob lebih dulu menemui penonton iaitu hari ini, jam 4 petang menggantikan siri Mata Ayer. Disiarkan dari Isnin hingga Khamis, drama komedi mencuit hati ini ditayangkan sebanyak 20 episod. Pastinya, penonton takkan kering gusi ketawa.

Drama ini mengisahkan Ahmad Albob lakonan Danny (X-Factor) mencari bakal isterinya. Berlainan dengan drama cerita legenda dan mistik sebelum ini, Ahmad Albob Yang Punya adalah siri yang padat dengan mesej untuk menyedarkan seseorang yang takbur. Sebagai manusia, seharusnya kita sentiasa bersyukur.

Menurut Ismail, dia berusaha memastikan karya arahannya itu mampu mencuit hati penonton. Katanya, bukan mudah menghasilkan drama komedi kerana banyak perkara yang perlu diambil kira. Selain skrip, kerjasama pelakon juga penting untuk memastikan jalan cerita diketengahkan sampai kepada penonton.

“Biarpun sudah lama dalam bidang pengarahan, saya jarang mendapat peluang untuk mengarahkan drama komedi. Apabila Ketua Pegawai Eksekutif Temenggong Pictures, Tasha Aziz percaya dengan kemampuan saya, maka peluang yang datang memang tidak dilepaskan begitu saja.

“Saya sangat tertarik dengan skrip drama ini yang padat dengan pengajaran berguna kepada masyarakat. Saya harap drama ini akan membuatkan penonton terhibur dan mendapat sambutan. Selama 47 hari penggambaran, saya tak nafikan ia pengalaman sangat menyeronokkan,” katanya.

Bagi Danny pula, drama Ahmad Albob dibintanginya itu adalah kisah komedi romantik biasa yang berlaku dalam masyarakat. Katanya, dia cukup gembira melakonkan watak itu sebaik mungkin. Ujar Danny, menjadi tanggungjawabnya memastikan karakter dituntut watak itu mampu direalisasikan.

“Saya gembira dapat berganding bahu dengan rakan pelakon lain yang tak kurang hebatnya dalam drama ini. Semoga penonton terhibur dan Ahmad Albob, sememangnya sebuah kisah yang mencuit hati. Apapun, saya selesa bekerja di bawah arahan Ismail yang banyak memberi tunjuk ajar,” katanya.

Bagi Tasha atau Tengku Noraishah Tengku Aziz pula, dia gembira diberi peluang menerbitkan drama untuk stesen TV tempatan. Katanya, jika dulu hanya seorang pelakon, kini dia memikul tanggungjawab sebagai penerbit. Ujarnya, industri penerbitan drama di negara ini semakin menunjukkan peningkatan.

“Saya sedar Temenggong Pictures masih boleh dianggap produksi baru. Tetapi, kami sentiasa bersikap terbuka dalam persaingan berikutan industri seni tanah air sekarang semakin berpotensi maju. Saya harap penonton akan terhibur dengan karya ini dan kami mengharapkan maklum balas positif,” katanya.

Selain Danny, barisan pelakon lain yang turut beraksi dalam drama ini ialah Allana Amir, Norshuhaida (Dottie), Hanez Suraya, Sheera Iskandar, Ezzendy, Ropie Cecupak dan Liza Abdullah.

Perjalanan kisah memaparkan Ahmad Albob, anak lelaki jutawan terkenal, Tuan Syawal lakonan Ropie Cecupak dan Puan Mastura (Liza Abdullah). Mereka mengusahakan penternakan lembu dan kambing serta ladang pisang montel dan Ahmad Albob cukup rajin membantu bapanya.

Walaupun bakal mewarisi harta yang banyak, Ahmad Albob seorang yang merendah diri dan tidak pandai bergaya. Malah, sikap yang lurus bendul dan ringkas juga membuatkan Ahmad Albob tidak popular di kolej.

Dia hanya mempunyai Hussin iaitu pekerja di ladang ayahnya sebagai kawan. Bagaimanapun, Tuan Syawal bercadang mencari calon isteri yang sesuai dan cantik untuk Ahmad Albob. Mastura mencadangkan kepada suaminya supaya memilih salah seorang anak saudara mereka, Siti Zulhijjah atau Siti Zulkaedah.

Sehubungan itu, Safar, lakonan Roy Azman dan Muharram (Asrul Raja Lawak) mula berangan-angan untuk hidup senang lenang dengan kekayaan Tuan Syawal.

Masing-masing menyimpan impian supaya Ahmad Albob memilih anak gadis mereka untuk dijadikan isteri. Siti Zulhijjah yang dilakonkan Hanez Suraya dan Siti Zulkaedah (Sheera Iskandar) pula tidak menyukai Ahmad Albob kerana menganggap saudara mereka itu selekeh dan tidak pandai bergaya.

Namun, kedua-duanya hanya berminat dengan kekayaan Ahmad Albob dan selalu membuli serta mempergunakan Ayu Raihana, lakonan Allana Amir untuk mendekati Ahmad Albob.

Tanpa diduga, Ahmad Albob lebih tertarik dengan Ayu Raihana yang ringkas bergaya. Gadis itu juga menyenangi sikap Ahmad Albob yang tidak memandang rendah kepadanya tanpa mengetahui latar belakang keluarga lelaki itu yang kaya raya.

Puteri Jun Jun Atun lakonan Dottie pula sangat merindui Ahmad Albob dan turun ke bumi untuk mencari pemuda itu. Apapun, dia terpaksa akur dengan syarat bapanya bahawa manusia dan jin tidak boleh bersatu.

Dia mahu memastikan Ahmad Albob mendapat calon isteri yang benar-benar ikhlas mencintainya dan bukan kerana mahu mewarisi kekayaan harta benda dimilikinya. Atas bantuan Puteri Jun Jun Atun, Ahmad Albob berubah menjadi seorang usahawan yang tampan dan berkarisma.

Kala itu, Siti Zulhijjah dan Siti Zulkaedah mula menyesal kerana pernah menolak lamaran Ahmad Albob. Kini, mereka berlumba-lumba untuk memenangi hati Ahmad Albob. Apakah mereka akan berjaya? Bagaimana pula dengan Ayu Raihana yang dianggap sebagai penghalang?

Adakah Ahmad Albob mengenakan syarat kepada sepupunya bahawa mereka perlu bermadu sekiranya bersetuju untuk mengahwininya? Apakah yang terjadi seterusnya dan siapakah pilihan hati Ahmad Albob?

--- HARIAN METRO
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Drama Kisah Jururawat | MISI BETTY (TV9) Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum