Annuar Musa Minta Anggota Gabungan FAM Panggil Mesyuarat Luar Biasa bagi Selesai Isu Berbangkit
Page 1 of 1
Annuar Musa Minta Anggota Gabungan FAM Panggil Mesyuarat Luar Biasa bagi Selesai Isu Berbangkit
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Tan Sri Annuar Musa mencadangkan anggota gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan usul agar persatuan itu memanggil mesyuarat luar biasa (EGM) bagi menyelesaikan isu berbangkit.
Bekas Timbalan Presiden FAM itu berkata dengan cara berkenaan, segala isu yang menjadi pertikaian hari ini boleh diselesaikan secara teratur dan anggota dapat memutuskannya secara kolektif.
"Hanya dengan cara demikian kita (anggota gabungan) boleh menentukan agar FAM melaksanakan arahan EGM lagipun kongres FAM akan diadakan tidak lama lagi," katanya menerusi laman sosial Facebook.
Kewibawaan FAM sebagai badan induk sukan bola sepak negara semakin tercalar dengan kritikan hebat daripada beberapa pentadbir sukan termasuk Menteri Belia dan Sukan yang baharu Khairy Jamaluddin yang mempertikaikan keputusan FAM dalam isu perlawanan semula separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan johor Darul Takzim baru-baru ini.
Semalam Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor memberi kritikan pedas kepada FAM. Kenyataan yang dibuat atas kapasitinya sebagai Tengku Mahkota Johor (TMJ) menggesa FAM segera berubah demi bola sepak negara.
Antaranya Tunku Ismail berkata FAM gagal memberi layanan adil kepada gabungan, tidak membenarkan persatuan dan individu menyuarakan pendapat, selain membuat keputusan dan mengubah peraturan sewenang-wenangnya.
Mengulas lanjut, Annuar berkata kongres biasanya dikendalikan mengikut agenda dan kemahuan urusetia, justeru EGM adalah cara terbaik kerana hanya memerlukan persetujuan satu per lima daripada anggota gabungan dalam membahaskan usul.
"Masanya sudah tiba soal FAM dibincang secara serius dan jika terus berdepan dengan polemik ianya tidak ke mana...pada saya bola berada di kaki ahli gabungan dan sudah tiba masanya untuk kita menjaringkan gol," katanya.
Mengulas mengenai kenyataan TMJ semalam, Annuar berkata baginda bukan sahaja berhak memberi pendapat malah harus bersuara dan semua anggota gabungan seharusnya berani untuk bersuara.
"Hari ini TMJ sekali lagi meluahkan perasaan baginda dan saya dapat memahaminya kerana saya sendiri dan Kelantan pernah melalui episod yang sama," katanya.
Sementara itu, Setiausaha kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
"Ribuan maaf saya tidak hendak membuat apa-apa komen," katanya.
-- BERNAMA
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Similar topics
» Anggota Gabungan Ada Kuasa Pinda Artikel 88 FAM - Annuar Musa
» Annuar Musa Sedia Lepas Jawatan Presiden Kafa, Tumpu Tugas Anggota Parlimen
» Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa
» Norshahrul Idlan Talaha
» Piya Tak Rugi Jika Tak Bersama Harimau Malaya - Annuar Musa
» Annuar Musa Sedia Lepas Jawatan Presiden Kafa, Tumpu Tugas Anggota Parlimen
» Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa
» Norshahrul Idlan Talaha
» Piya Tak Rugi Jika Tak Bersama Harimau Malaya - Annuar Musa
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak