FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Stadium Nasional Ditutup Enam Bulan Untuk Kerja Baik Pulih Padang

Go down

Stadium Nasional Ditutup Enam Bulan Untuk Kerja Baik Pulih Padang Empty Stadium Nasional Ditutup Enam Bulan Untuk Kerja Baik Pulih Padang

Post by Info Bola Sepak Fri 07 Jun 2013, 9:37 am


Stadium Nasional Ditutup Enam Bulan Untuk Kerja Baik Pulih Padang Khairy-jamaluddin
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Perbadanan Stadium Malaysia akan menutup Stadium Nasional di Bukit Jalil selama enam bulan mulai Oktober untuk kerja baik pulih padang stadium itu, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata beliau telah melihat keadaan padang di Stadium Nasional dan didapati ia perlu ditukar dengan rumput baharu.

"Keadaan rumput padang di stadium ini sudah tidak mencapai standard antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas melawat Stadium Nasional dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) di sini Khamis.

Menteri itu berkata usaha baik pulih perlu dibuat kerana stadium itu stadium utama bukannya "stadium kedua atau ketiga".

Beliau menarik perhatian bahawa pemain-pemain bola sepak kelab antarabangsa yang pernah beraksi di stadium itu ada memberi komen mengenai keadaan padang.

Khairy berkata beliau turut meminta Perbadanan Stadium Malaysia mengurangkan aktiviti bukan berkaitan sukan di Stadium Nasional dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia Datuk Jamil Salleh berkata tender untuk kerja membaik pulih itu akan dikeluarkan pada penghujung Ogos atau awal September dan anggaran kos bergantung kepada jenis rumput dan kerja yang perlu dilakukan.

"Kita tidak akan menukar rumput padang stadium dengan rumput sintetik," jelasnya sambil memberitahu tempoh enam bulan untuk kerja baik pulih padang mencukupi.

Menurut Jamil, semua aktiviti sukan termasuk perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia masih boleh dilangsungkan di situ sehingga hujung September.

Untuk rekod, pada April 2005, Perbadanan Stadium Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Perbadanan Stadium Merdeka melaksanakan kerja menukar rumput Stadium Nasional buat kali pertama sejak dibuka untuk Sukan Komanwel 1998.

Langkah menggantikan rumput jenis 'Bermuda' di padang itu kepada jenis 'Marimo Paspalum' menelan kos RM1.2 juta dan siap sepenuhnya pada Oktober 2005.

Padang Stadium Nasional sekali lagi ditutup bagi semua aktiviti sukan pada November 2006, untuk dibaik pulih sebelum dijadikan venue Kejohanan Bola Sepak Piala Asia pada Julai 2007.



-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Stadium Nasional Ditutup Enam Bulan Untuk Kerja Baik Pulih Padang Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum