FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peluang Terbuka Untuk Pasukan Dalam Piala Malaysia 2013 - Afandi

Go down

Peluang Terbuka Untuk Pasukan Dalam Piala Malaysia 2013 - Afandi Empty Peluang Terbuka Untuk Pasukan Dalam Piala Malaysia 2013 - Afandi

Post by Info Bola Sepak Sun 28 Jul 2013, 10:00 am

Peluang Terbuka Untuk Pasukan Dalam Piala Malaysia 2013 - Afandi 163543hp2
 

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Semua pasukan bola sepak yang bertanding dalam Piala Malaysia 2013 mempunyai peluang untuk muncul juara kerana pengundian yang dijalankan berlangsung secara telus dan terbuka, kata Naib Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah.

Beliau berkata pengundian Piala Malaysia 2013 itu juga memberi peluang sama kepada semua pasukan untuk bersaing merebut gelaran juara musim ini.

Selain itu, antara pendekatan yang digunakan FAM pada undian Sabtu telah memastikan pasukan dari negeri sama tidak diundi dalam kumpulan yang sama untuk memberi saingan yang kompetitif.

"Pada masa sama kami tidak mahu berlaku perebutan venue yang sama," katanya kepada pemberita selepas majlis undian Piala Malaysia 2013 di Pusat Konvensyen TM, di ibu negara Sabtu.

Pada undian itu, juara Liga Super Lions XII FC dari Singapura diundi dalam kumpulan D bersama Perak, Sarawak dan Kedah, manakala naib juara Liga Super Selangor diundi dalam Kumpulan A bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), KL Sime Darby FC dan Johor.

Kumpulan B pula terdiri daripada Johor Darul Takzim FC, Selangor PKNS, Terengganu T-Team dan KL Felda United FC, manakala Kumpulan C pula terdiri daripada Kelantan, Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Afandi, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, berkata FAM akan cuba memastikan jadual perlawanan Piala Malaysia 2013 diatur dengan baik.

"Untuk perlawanan peringkat kumpulan, hanya dua perlawanan terpaksa diadakan selepas Pesta Bola Merdeka (5-15 Sept) dan saya rasa ia tidak mengganggu kelancaran jadual.

"Kesemua pasukan mempunyai masa dan jadual latihan yang sesuai dan sekiranya timbul masalah, kami akan cuba selesaikannya secara bersama," katanya.

Perlawanan pertama peringkat kumpulan dijadual bermula pada 20 Ogos.

Acara bola sepak tersohor di Malaysia itu juga mendapat penajaan baharu daripada rangkaian syarikat barangan penjagaan diri, Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd.

Pengarah Pemasaran dan Pembangunannya, Jessica Ng berkata penglibatan syarikat berkenaan sebagai penaja utama Piala Malaysia merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu dan buat pertama kali menjurus ke arah sukan.

--BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Peluang Terbuka Untuk Pasukan Dalam Piala Malaysia 2013 - Afandi Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum