FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rajagobal Tuntut Pemain Harimau Malaya Tidak Ambil Mudah Menentang Kuwait

Go down

Rajagobal Tuntut Pemain Harimau Malaya Tidak Ambil Mudah Menentang Kuwait Empty Rajagobal Tuntut Pemain Harimau Malaya Tidak Ambil Mudah Menentang Kuwait

Post by Info Bola Sepak Tue 22 Oct 2013, 9:05 pm

Rajagobal Tuntut Pemain Harimau Malaya Tidak Ambil Mudah Menentang Kuwait Rajagopal
PETALING JAYA, 22 Okt (Bernama) -- Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menuntut para pemain skuad Harimau Malaya supaya tidak mengambil mudah aksi persahabatan antarabangsa bertaraf 'A' menentang Kuwait di negara berkenaan, 8 Nov ini.

Pengendali berusia 57 tahun itu berkata, walaupun perlawanan berkenaan sekadar aksi pemanas badan, beliau mahu pemain skuad kendaliannya untuk memberikan persembahan terbaik sebelum berdepan ujian getir menentang Bahrain pada kelayakan Piala Asia 2015 di tempat lawan, 15 Nov ini.

"Saya mahu lihat konsistensi (persembahan) yang ditunjukkan oleh para pemain pada aksi menentang Kuwait sebelum kita berdepan dengan Bahrain (pada kelayakan Piala Asia).

"Melalui aksi menentang Kuwait nanti, saya mahu melihat sejauh mana corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan dari negara Timur Tengah," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan pusat pertama skuad berkenaan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia, Kelana Jaya, di sini, Isnin.

Dua daripada 20 pemain skuad utama gagal melaporkan diri untuk sesi latihan berkenaan iaitu kapten kelab Selangor PKNS FC, Mohd Helmi Remeli dan pemain tengah Selangor, K. Gurusamy.

"Gurusamy bakal melaporkan diri kepada saya malam ini kerana beliau perlu menghadiri satu upacara keagamaan.

"Saya bagaimanapun gagal menghubungi Mohd Helmi. Saya difahamkan beliau (Mohd Helmi) tidak berapa sihat. Kalau tidak, saya akan memanggil (pertahanan pasukan Pahang), Mohd Razman Roslan dari skuad simpanan untuk menggantikan tempat beliau," katanya.

Mengulas mengenai kecederaan yang melanda beberapa pemain skuad Harimau Malaya sebelum ini termasuk dua pemain pertahanan, Mahalli Jasuli dan Mohamad Fadhli Mohd Shas, Rajagobal berkata beliau perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor pasukan terlebih dahulu.

"Saya akan membuat penilaian selepas beberapa pemain berkenaan menjalani sesi latihan (dalam beberapa hari ini). Walaupun Mahalli ada dalam skuad simpanan untuk aksi menentang Bahrain, saya fikir beliau seharusnya pulih sepenuhnya dan saya akan pantau keadaannya," katanya.

Selepas menentang Bahrain, skuad Harimau Malaya dijadualkan melayan kunjungan Qatar pada perlawanan kelima kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 19 Nov ini.

Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan D dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan kalah sekali.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Rajagobal Tuntut Pemain Harimau Malaya Tidak Ambil Mudah Menentang Kuwait Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum