FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kurang Penyerang Semulajadi Punca Kekalahan Harimau Malaya - Rajagobal

Go down

Kurang Penyerang Semulajadi Punca Kekalahan Harimau Malaya - Rajagobal Empty Kurang Penyerang Semulajadi Punca Kekalahan Harimau Malaya - Rajagobal

Post by Info Bola Sepak Mon 18 Mar 2013, 7:14 pm


Kurang Penyerang Semulajadi Punca Kekalahan Harimau Malaya - Rajagobal 179077_505917969465507_627624838_n
SHAH ALAM, 18 Mac (Bernama) -- Kekurangan sifat-sifat penyerang semulajadi menjadi punca kekalahan 4-1 skuad Harimau Malaya kepada Arab Saudi pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, Ahad malam.

Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal berkata ketiadaan penyerang berbisa Mohd Safee Sali yang dilanda kecederaan serius memaksa beliau meletakkan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo selaku penyerang tunggal pada perlawanan tersebut.

"Kita sekarang menghadapi masalah kekurangan penyerang semulajadi seperti Mat Yo manakala pemain lain seperti Mohd Amri Yahyah dan Azamuddin Mohd Akil lebih sesuai dalam posisi sayap dan tengah.

"Saya berharap Wan Zack Haikal Wan Nor yang masih cedera mampu pulih untuk memperkukuhkan jentera serangan menjelang aksi menentang Yemen, Jumaat ini," katanya selepas perlawanan itu.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Yemen pada perlawanan kedua kumpulan D pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Shah Alam.

Sementara itu, jurulatih Arab Saudi, Ramon Lopex Caro berkata beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya menjelang pertemuan dengan Indonesia, Sabtu ini.

Arab Saudi akan berdepan dengan Indonesia pada perlawanan kedua kumpulan C pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

"Gol pembukaan telah memberi kelebihan untuk kami mengawal perlawanan dan harap pemain dapat mengekalkan momentum ini ketika menentang Indonesia.

"Tahap perlawanan malam ini ada baik kerana ia dapat memberikan saya peluang untuk menguji strategi dan kombinasi pemain," kata jurulatih Sepanyol itu.

--BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Kurang Penyerang Semulajadi Punca Kekalahan Harimau Malaya - Rajagobal Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum