FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kawasaki Estrella 250 | Harga RM25,000 - RM30,000

Go down

Kawasaki Estrella 250 | Harga RM25,000 - RM30,000 Empty Kawasaki Estrella 250 | Harga RM25,000 - RM30,000

Post by Info Bola Sepak Tue 16 Sep 2014, 10:13 am

Kawasaki bakal pikat peminat retro
Nik N Hidayat

8 Mei 2014



Kawasaki Estrella 250 | Harga RM25,000 - RM30,000 Image


PADA hari ini, trend motosikal di Malaysia semakin meluas termasuklah motosikal klasik. Trend motosikal retro kini semakin berkembang dan dapat dilihat beberapa pengeluar motosikal kembali mengeluarkan jentera yang berkonsepkan klasik.

Baru-baru ini, BMW Motorrad melancarkan R NineT khas buat penggemar motosikal klasik dan kustom. Kehadiran BMW R NineT menyertai beberapa model sedia ada dalam pasaran tempatan seperti Triumph Bonneville, Triumph Thruxton, Moto Guzzi V7 Classic dan juga Kawasaki W800.

Kesemua model di atas berkapasiti besar dan mungkin hanya segolongan sahaja yang mampu memilikinya.

Setakat ini, hanya KTN GP125 sahaja yang menjadi pilihan mandatori bagi penggemar motosikal gaya klasik selain motosikal terpakai yang semakin meningkat harganya.

Menyedari hal itu, khabarnya Kawasaki Malaysia akan membawa motosikal gaya retro berkapasiti kecil,  Kawasaki Estrella 250 untuk pasaran tempatan.

Sebenarnya, model ini sudah pun diperkenalkan di pasaran Indonesia. Jika dilihat kepada rekaan keseluruhannya, jelas ia menampilkan karakter klasik yang pernah dibawakan Kawasaki W800 sebelum ini.

Reka bentuk dan susun atur bahagian enjin membawa semula kenangan ciptaan motosikal era 80-an.

Kapasiti enjin sederhana menampakkan bahagian enjin ringkas dan mudah dilengkapkan dengan ekzos melengkung keluar yang bersambung kepada peredam bunyi gaya retro.

Padanan lampu tunggal berbentuk bulat menyumbang kepada penggayaan vintaj di samping penggunaan rim jejarian, reka bentuk tangki, fender krom dan instrumen meter analog berkembar.

Gaya dan karakter Estrella 250 mungkin mampu menjadi pemangkin trend motosikal kustom gaya cafe-racer.

Estrella dikuasakan oleh enjin sejukan udara 249cc silinder tunggal. Unit penjanaan kuasa ini mempunyai ukuran lejang 73 milimeter (mm) panjang dan jara 66mm untuk melahirkan tork akhir rendah yang cemerlang.

Pihak kejuruteraan Kawasaki menyatakan output kuasa maksimum yang mampu disediakan ialah sebanyak 17.4 kuasa kuda pada 7500 rpm dan tork puncak setinggi 18 Nm pada 5500 rpm.

Enjin 249cc dipasang dalam kerangka keluli ringan dwi-buaian. Rekaan kerusi baharu direka untuk ketinggian sederhana bagi menyediakan capaian mudah kepada penunggang bersaiz Asia. Kedudukan hendal yang tinggi dan kedudukan perehat kaki direka untuk mewujudkan suasana tunggangan santai dan lebih menyeronokkan.

Sistem penggantungan terdiri daripada fork teleskopik 39mm dan penyerap hentak berkembar seperti mana yang pernah diadaptasi kepada W800.

Bagi menjamin tahap pengendalian, Kawasaki menyediakan kaliper brek dua omboh dengan cakera 330mm pada bahagian hadapan.

Manakala, brek belakang sudah memadai dengan penggunaan brek deram 160mm.

Kami menjangkakan model ini akan tiba ke pasaran tanah air pada hujung tahun.

Berkenaan dengan harga, mungkin sedikit mengecewakan jika dibandingkan dengan model Kawasaki berkapasiti sama seperti Ninja 250 dan Z250.

Estrella 250 mungkin akan dijual dalam jangkaan RM25,000 hingga RM30,000.

Namun, ia hanyalah jangkaan harga, tidak mustahil jika Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd menetapkan harga yang lebih murah.
--- SINAR HARIAN
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Kawasaki Estrella 250 | Harga RM25,000 - RM30,000 Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum