Gary Bakal Jalani Latihan Bersama Kelab Gergasi Jerman Selama Tiga Bulan
Page 1 of 1
Gary Bakal Jalani Latihan Bersama Kelab Gergasi Jerman Selama Tiga Bulan
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat yang kini digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama tiga bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bakal menjalani latihan bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund.
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memaklumkan pemain berkenaan yang sah menyarung jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini, bakal menjalani latihan di sana selama tempoh penggantungan tersebut.
"Semoga Gary akan menggunakan peluang ini untuk mempertingkatkan mutu permainan beliau dan seterusnya dapat memantapkan lagi pasukan JDT," demikian menurut PBNJ menerusi laman Facebook rasmi JDT; Johor Southern Tigers, hari ini.
Untuk rekod, PBNJ menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kelab yang berpangkalan di Dortmund itu pada 22 Dis lepas sebagai salah satu usaha untuk memantapkan pembangunan bola sepak di Johor terutamanya di peringkat akar umbi.
Kerjasama itu diadakan susulan kunjungan Pengarah Pembangunan Belia Borussia Dortmund, Edwin Boekamp ke atas Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan Presiden PBNJ pada 16 dan 17 Okt tahun lepas.
Jawatankuasa Status Pemain FAM yang bersidang pada 16 Jan lepas, mengenakan penggantungan selama tiga bulan selain denda RM50,000 ke atas Gary kerana melanggar peraturan FAM mengenai perpindahan pemain dengan menandatangani kontrak bersama JDT dan Pahang.
-- BERNAMA

Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6753
Similar topics
» Selangor Sasar Kutip Tiga Mata Menentang Kelab Vietnam Esok
» Kelantan Diundi Dalam Kumpulan Maut Bersama Tiga Bekas Juara
» Berborak pasal kelab Chelsea Football Club
» Hospital Selama perlu pakar perubatan
» Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak