Selangor Sasar Kutip Tiga Mata Menentang Kelab Vietnam Esok
Page 1 of 1
Selangor Sasar Kutip Tiga Mata Menentang Kelab Vietnam Esok
SHAH ALAM, 8 April (Bernama) -- Selangor mahu menghidupakan semula peluang tipis ke suku akhir Piala AFC 2013 dengan menyasarkan tiga mata penuh apabila melayan kelab Vietnam, Sai Gon Xuan Thanh, pada aksi keempat Kumpulan H di Stadium Shah Alam, malam esok.
Ketua jurulatihnya Irfan Bakri Abu Salim berkata kemenangan tipis 2-1 ke atas Johor Darul Takzim (Johor DT) pada suku akhir pertama Piala FA, Sabtu lepas, boleh dianggap tonik terbaik untuk anak didiknya menebus kekecewaan ke atas lawannya itu.
"Kami yakin mampu mengutip tiga mata pada aksi malam esok...walaupun kalah 1-2 minggu lepas, saya lihat pemain sudah belajar daripada kesilapan dan mereka berjanji untuk mempamerkan aksi menarik pada perlawanan ini," katanya pada sidang media di sini, Isnini.
Minggu lepas, kelab Vietnam itu mengalahkan Selangor 2-1 di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh City, Vietnam.
Selepas tiga perlawanan, Selangor masih belum mencatatkan sebarang kemenangan selepas kalah 0-1 kepada East Bengal (India), 1-2 kepada Sai Gon Xuan Thanh dan seri 3-3 dengan Tampines Rovers dari Singapura.
Irfan, yang sudah dua musim mengendalikan pasukan Gergasi Merah, berkata beliau akan menurunkan adunan pemain utama dan simpanan pada perlawanan malam esok serta menghadapi dua perlawanan penting dalam tempoh terdekat.
Dua perlawanan berkenaan ialah menentang Felda United pada aksi Liga Super, Sabtu ini selain berdepan JDT FC pada aksi timbal balik Piala FA, 16 April ini, dengan kedua-duanya akan berlangsung di Stadium Shah Alam.
"Mungkin beberapa pemain tonggak akan direhatkan dan pemain simpanan diberikan peluang...namun pemain import seperti Michal Kubala dan Peter Chrappan akan diturunkan untuk mengimbangi kekuatan pasukan lawan yang mempunyai import terbaik," kata Irfan.
Pandangan beliau turut dipersetujui oleh kapten pasukan Selangor, Asraruddin Putra Omar yang menganggap pasukan lawan mempunyai kekuatan dari segi pemain import yang lebih berkualiti.
"Saya lihat keserasian pemain dalam pasukan semakin mantap dan saya yakin pasukan kita akan mengutip tiga mata penuh pada perlawanan ini namun kita harus mengawasi pergerakan pemain import lawan yang mampu memberi ancaman kepada kita," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Sai Gon Xuan Thanh, Tran Tien Dai berharap untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri bagi memperkukuhkan peluang ke suku akhir.
"Saya hanya ada 16 pemain di sini berikutan beberapa pemain utama mengalami kecederaan tetapi saya harap dapat mengumpul sekurang-kurangnya satu mata di sini," katanya.
Selepas tiga perlawanan, Selangor menduduki tangga ketiga kumpulan dengan satu mata manakala East Bengal mengungguli kumpulan dengan tujuh mata diikuti Sai Gon Xuan Thanh dengan kutipan mata yang sama.
Tampines Rovers pula tercorot dalam kumpulan empat pasukan itu dengan mengumpul satu mata.
Dua pasukan teratas kumpulan layak ke pusingan suku akhir.
Selepas perlawanan esok, Selangor akan menentang East Bengal di Stadium Shah Alam, 23 April dan perlawanan akhir bertemu Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar, Singapura, 30 April ini.
-- BERNAMA
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Similar topics
» Kelantan Gagal Kutip Mata Penuh Dengan Johor FC
» Gary Bakal Jalani Latihan Bersama Kelab Gergasi Jerman Selama Tiga Bulan
» Liga Super: T-Team Seri Tanpa Jaringan Menentang Selangor Di Laman Sendiri
» Malaysia Tumpas 0-2 Kepada Vietnam Pada Aksi Persahabatan
» Liga Super 2013 | Terengganu Beraksi Petang Jumpa Felda United Esok
» Gary Bakal Jalani Latihan Bersama Kelab Gergasi Jerman Selama Tiga Bulan
» Liga Super: T-Team Seri Tanpa Jaringan Menentang Selangor Di Laman Sendiri
» Malaysia Tumpas 0-2 Kepada Vietnam Pada Aksi Persahabatan
» Liga Super 2013 | Terengganu Beraksi Petang Jumpa Felda United Esok
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak