FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tiada niat burukkan imej Melaka – Dr. Chua

3 posters

Go down

Tiada niat burukkan imej Melaka – Dr. Chua Empty Tiada niat burukkan imej Melaka – Dr. Chua

Post by Lord Vlad Mon 02 Jul 2007, 11:10 am

Tiada niat burukkan imej Melaka – Dr. Chua


- copy from utusan online

LABIS 1 Julai – Kementerian Kesihatan tidak berniat untuk memburukkan imej negeri Melaka dengan menamakan virus bawaan kelawar yang dikesan di negeri itu sebagai Virus Melaka.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, pihaknya akan mengambil kira bantahan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berhubung penggunaan nama negeri itu pada nama virus berkenaan.
Katanya, Kementerian Kesihatan mungkin akan mengambil nama tempat atau kampung sebagai ganti nama Virus Melaka sebagaimana yang digunakan untuk virus nipah, virus pulau dan virus tioman.
‘‘Kementerian akan mengambil kira kenyataan Ketua Menteri Melaka berhubung penggunaan nama virus sempena negeri itu. Kita mungkin akan menamakannya dengan nama asal kampung tempat virus itu dikesan seperti yang kita gunakan untuk virus lain sebelum ini.
‘‘Bukan niat kita (kementerian) untuk memburukkan nama baik Melaka, malah kementerian faham dan sayang pada status Melaka sebagai Bandar Raya Bersejarah,” jelasnya.
Soi Lek yang juga Ahli Parlimen Labis berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis perasmian bekalan elektrik luar bandar melibatkan 49 buah rumah penduduk Kampung Orang Asli Kemidak dan Selai dekat sini hari ini.
Beliau diminta mengulas langkah Kerajaan Melaka yang membantah keras penggunaan ‘Virus Melaka’ sebagai nama virus bawaan kelawar yang menyebabkan demam panas yang pertama kali dikesan di negeri itu.
Mohd. Ali berkata, pihaknya akan menghantar surat bantahan kepada Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu.
Soi Lek pada Jumaat lalu mengumumkan sejenis virus baru bawaan kelawar ditemui di Melaka. Virus itu boleh menyebabkan demam panas ke atas penghidapnya.
Virus itu bagaimanapun tidak menyebabkan kematian dan Kementerian Kesihatan mempunyai ubat untuk virus tersebut.
Mengulas lanjut, Soi Lek menjelaskan, saintis yang menemui virus itu juga tidak berniat untuk menamakan virus tersebut dengan nama negeri Melaka.
‘‘Beliau (saintis terbabit) telah maklumkan kepada saya bahawa beliau tidak berniat untuk menamakan virus itu dengan nama Melaka, sebaliknya nama itu telah dicadangkan oleh sebuah jawatankuasa khas di peringkat antarabangsa.
‘‘Malah, saya dimaklumkan bahawa saintis itu, Dr. Chua Kaw Bing yang merupakan penyelidik Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan juga berasal dari Melaka,” jelasnya.
Dalam pada itu, Soi Lek berkata, kerajaan membelanjakan RM1.3 juta bagi melaksanakan projek melengkapkan kemudahan elektrik di 49 buah rumah penduduk Orang Asli di Kemidak dan Selai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari sini.
Katanya, kos itu merupakan satu peruntukan yang besar bagi memastikan kawasan luar bandar turut menerima kemudahan asas seperti yang terdapat di bandar-bandar.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Tiada niat burukkan imej Melaka – Dr. Chua Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Tiada niat burukkan imej Melaka – Dr. Chua Empty Re: Tiada niat burukkan imej Melaka – Dr. Chua

Post by arfah Wed 04 Jul 2007, 4:23 pm

nama pon jadi kontroversi??kalo tak ske letak nama virus tu virus hotline...:tembak:>:
arfah
arfah
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : student
Gender : Female
Jumlah Post : 94
Umur : 34
Tarikh Register : 10/04/2007
Reputation : 0
Points : 6373

Back to top Go down

Tiada niat burukkan imej Melaka – Dr. Chua Empty Re: Tiada niat burukkan imej Melaka – Dr. Chua

Post by Seannivan Thu 05 Jul 2007, 5:51 pm

susah.susah kalo certain org mempunyai sensitivity threshold yang low.
avatar
Seannivan
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : MA
Gender : Male
Jumlah Post : 1
Umur : 44
Tarikh Register : 11/04/2007
Reputation : 0
Points : 6372

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Tiada niat burukkan imej Melaka – Dr. Chua Empty Re: Tiada niat burukkan imej Melaka – Dr. Chua

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum