Mulakan makanan bayi pada bulan ke-6
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Mulakan makanan bayi pada bulan ke-6
Mulakan makanan bayi pada bulan ke-6
--- UTUSAN MALAYSIA
SOALAN: Saya tetap memberi susu ibu sahaja kepada bayi sejak dia lahir dahulu, dan bekalan susu saya masih bagus walaupun bayi sudah berumur sembilan bulan. Bayi saya sangat aktif, mampu merangkak dan sedang belajar berdiri dengan sokongan perabot.
Adakah biasa bagi seorang bayi berusia sembilan bulan enggan memakan makanan pejal dan hanya ingin meminum susu ibu? Saya sudah mencuba pelbagai cara untuk menggalakkannya makan, tetapi dia selalu enggan.
Akan tetapi, dia nampak berminat dengan makanan apabila melihat suami dan saya makan, walaupun apabila kami cuba menyuapkannya dia tidak mahu makan. Adakah bayi saya mendapat nutrien-nutrien yang mencukupi daripada susu ibu, memandangkan umurnya sudah hampir setahun?
Jawapan: Susu ibu tidak memberi nutrien yang mencukupi untuk seorang bayi berumur sembilan bulan. Pada bulan keenam, pemberian makanan pelengkap mesti dimulakan.
Pada mulanya, bayi mungkin memakan hanya sedikit, tetapi jumlah makanan yang diambil akan bertambah apabila bayi semakin mahir memakan makanan separuh pejal dan lama-kelamaan, makanan pejal.
Adalah satu perkembangan yang baik apabila bayi anda berminat hendak makan apabila melihat ibu dan ayahnya sedang makan. Berikannya semangkuk makanannya sendiri dan biar dia cuba menyuap sendiri.
Tidak kira berapa banyak makanan yang sebenarnya dapat memasuki perutnya. Ini adalah hanya untuk membantunya belajar menyuap sendiri. Lebih baik jika anda juga menyuap si bayi dengan menggunakan sudu pada masa ini. Walau bagaimanapun, anda harus teruskan penyusuan ibu atau memberi susu ibu yang diperah kepadanya.
Memberi makan kepada seseorang bayi berumur sembilan bulan memang mempunyai cabarannya, tetapi dalam masa yang sama amat menyeronokkan juga. Pada umur ini, kebanyakan bayi sudah tumbuh beberapa batang gigi manakala otot-otot mulut dan lidah mereka bertambah kuat.
Ini bermakna bayi lebih mudah mengunyah dan menelan makanan, dan anda boleh memberikannya makanan yang semakin pejal selain bubur, bijirin dan sayur-sayuran lecek yang si bayi selalu makan beberapa bulan yang lalu.
Anda masih perlu berhati-hati dengan memastikan bayi tidak diberikan makanan yang sukar digigit, dikunyah atau ditelan.
Pada umur ini, si bayi juga mampu memegang sebarang objek dengan kuat. Ini bermakna anda kini boleh mula mengajarnya bagaimana untuk menyuap sendiri.
Berikan makanan seperti nuget ayam dan ikan tanpa tulang dalam potongan yang kecil (lebih baik jika dibuat sendiri supaya anda boleh memastikan ia tidak mengandungi garam, perisa atau bahan-bahan pengawet tambahan).
Selain itu, anda juga boleh berikan buah-buahan atau sayur-sayuran yang dipotong kepada saiz yang sesuai dengan bayi. Rebus, tapis dan kisar beberapa biji tomato untuk mendapat sos tomato yang boleh dimakan dengan makanan tersebut.
Ataupun, berikannya sebatang sudu plastik yang bersaiz kecil dengan semangkuk ubi kentang dan kacang pis yang dilecek. Berseronoklah memerhatikan si manja anda makan. Berikan perhatian anda apabila bayi makan, walaupun dia kini mampu menyuap sendiri.
Si bayi hanya dapat memakan sedikit sahaja pada bila-bila masa, sebab saiz perutnya yang masih kecil. Jangan berasa kecewa jika dia enggan makan selepas memakan hanya satu dua sudu makanan.
Terus berikannya makan setiap satu atau dua jam pada sepanjang hari, dan berikan susu ibu seperti biasa. Asalkan kadar tumbesaran si bayi adalah baik dan dia kekal aktif dan sihat sejahtera, anda tidak harus berasa terlalu risau dengan pemakanannya.
Anda harus menjadikan waktu makan suatu pengalaman yang seronok dan gembira bagi si bayi. Jangan jadikan pengalaman ini terlalu susah bagi si bayi serta diri anda sendiri. Si bayi akan lebih ingin mencuba makanan-makanan baru dan memakan dengan cara yang lebih matang jika proses ini mudah dan menyeronokkan.
S: Saya akan kembali bekerja tidak lama lagi, dan saya ingin terus memberi susu ibu kepada bayi saya yang berumur tiga bulan. Sebelum ini, saya memberi susu ibu apabila dikehendaki, jadi saya tidak tahu berapa banyakkah susu ibu yang harus saya simpan untuk setiap waktu penyuapan.
Haruskah saya menjadualkan waktu penyuapan bayi (susu ibu yang diperah ke dalam botol) setiap dua hingga tiga jam (lebih mudah bagi pengasuh bayi saya) atau terus meminta supaya pengasuh menyuap bayi mengikut kehendaknya (iaitu apabila si bayi menangis)?
J: Anda perlu mula memerah susu dan memberi bayi susu ibu menggunakan sudu atau botol sebelum anda kembali bekerja. Ini akan memberikan bayi anda masa yang lebih panjang untuk menyesuaikan dirinya dengan cara baru ini.
Anda harus menyimpan seberapa banyak susu yang boleh diperah pada suatu masa yang tertentu dan susukan bayi apabila diperlukan. Ini akan memastikan bahawa bayi mendapat susu yang mencukupi.
Anda juga mungkin perlu membuat sedikit kajian (dengan bantuan pengasuh) akan corak waktu penyuapan bayi. Tidak lama lagi, anda dan bayi anda memang akan dapat menyesuaikan diri kepada perubahan ini.
Pastikan bahawa anda menyimpan susu yang diperah dalam bekas-bekas steril yang boleh ditutup dengan sempurna. Labelkan bekas dengan tarikh dan waktu supaya anda tahu berapa segar susu dalam sesebuah bekas.
Jika tempat kerja anda mempunyai sebuah peti sejuk, anda boleh meletakkan bekasbekas tersebut di dalam peti sejuk beku. Susu ibu boleh disimpan pada suhu bilik sehingga lapan jam.
Anda mesti meluangkan masa untuk menyusukan bayi anda sebelum bertolak ke tempat kerja dan apabila pulang pada waktu petang. Penyusuan waktu malam patutlah langsung daripada ibu.
Lebih banyak bayi menghisap, lebih banyak penghasilan susu anda. Memerah susu tidak dapat memberi kesan yang sama pada penghasilan susu anda.
Walaupun susu yang diperah dapat memberi segala faedah susu ibu, tetapi tiada gantinya untuk hubungan emosi kuat yang didapati apabila anda menyusukan bayi.
Jika anda memerlukan lebih banyak maklumat tentang memberi susu ibu selepas kembali bekerja, program Smart Nutrition oleh Persatuan Pemakanan Malaysia telah mengeluarkan sebuah buku panduan penyusuan ibu bagi ibu-ibu yang mengandung dan baru bersalin.
Sila panggil (03)-56211408 untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapat buku panduan ini.
--- UTUSAN MALAYSIA
Lord Vlad- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender :
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7898
Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy
Similar topics
» Makanan pelengkap bayi selepas enam bulan
» Susui bayi hingga 6 bulan
» Makanan organik untuk bayi?
» Jaundis - Risikonya pada bayi baru lahir
» Food Poisoning / Keracunan Makanan - Unit Keselamatan & Kualiti Makanan
» Susui bayi hingga 6 bulan
» Makanan organik untuk bayi?
» Jaundis - Risikonya pada bayi baru lahir
» Food Poisoning / Keracunan Makanan - Unit Keselamatan & Kualiti Makanan
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak