FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Susui bayi hingga 6 bulan

4 posters

Go down

Susui bayi hingga 6 bulan Empty Susui bayi hingga 6 bulan

Post by Fieza Sat 09 Aug 2008, 9:19 am

Susui bayi hingga 6 bulan

Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my

Susui bayi hingga 6 bulan Fa_01.1
PERATUSAN kaum ibu menyusukan badan di Malaysia masih rendah berbanding negara lain.




“SAYA lebih selesa menyusukan bayi menggunakan susu formula
berbanding susu badan. Setahu saya, menyusukan bayi dengan susu badan
boleh menjejaskan bentuk badan si ibu.
Ini antara pandangan di kalangan wanita yang baru menjadi ibu. Ramai
berpendapat, susu ibu memberikan impak negatif. Benarkah tanggapan
tersebut?
Pada tahun 1988, satu kajian menunjukkan lebih 50 peratus pelbagai
bakteria didapati dalam 141 susu formula bayi dari 35 negara. E.
sakazakii merupakan salah satu bakteria yang dikenal pasti mampu
mengancam kesihatan bayi.
Dalam kajian tersebut, antara 40 hingga 80 peratus bayi yang baru
lahir mati akibat dijangkiti bakteria berkenaan. Apakah anda ingin
melihat si kecil juga mati dan sakit disebabkan bakteria yang
terkandung dalam susu formula, sedangkan, anda mampu melindungi
kesihatan bayi dengan memberikan susu badan?
Susui bayi hingga 6 bulan Fa_01.2
PROSES menyusu badan dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.



Bagi meningkatkan kesedaran kepentingan susu badan, Biro Maklumat
Penyusuan Susu Ibu dengan kerjasama Dana Kanak-Kanak Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef), menganjurkan forum bertajuk, Wanita
Kerjaya dan Penyusuan Bayi.
Menurut wakil Unicef Malaysia, Youssouf Oomar, menyusukan bayi
dengan bukan susu ibu boleh meningkatkan risiko penyakit cirit-birit,
inflamasi paru-paru, infeksi telinga, masalah pernafasan dan banyak
lagi.
“Masalah ini tidak akan berlaku kepada bayi sekiranya kaum ibu
menyusukan anak dengan susu badan. Pada masa yang sama, susu ibu juga
dapat menguatkan penglihatan dan memori IQ, selain mengelakkan penyakit
asma, diabetes dan kanser.
“Bukan hanya bayi sahaja yang memperoleh kebaikan, tetapi ibu juga
memperolehnya. Dengan memberi susu badan, ibu dapat mengurangkan risiko
kesakitan payu dara dan kanser ovari,” jelas Youssouf.
Kebaikan menyusu badan
Sementara itu, Prof. Dr. Seri
Suniza Suffian memberitahu, tiada susu yang lebih baik daripada susu
ibu. Bayi sepatutnya diberi susu badan sebaik sahaja dilahirkan dan
perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan.
Ini kerana proses penyusuan badan dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada hidup yang lebih bermakna.
Banyak kelebihan yang boleh didapati daripada menyusu badan.
Antaranya, proses ini mengurangkan pendarahan selepas bersalin dan
darah haid.
Susui bayi hingga 6 bulan Fa_01.3
SERI SUNIZA SUFFIAN



“Lebih menarik, ibu dapat mengurangkan berat badan melalui penyusuan
badan. Justeru, saya tidak faham mengapa masih wujud tanggapan menyusu
badan boleh menjejaskan bentuk badan si ibu.
“Perlu diketahui, setiap wanita mengalami penambahan berat badan
sebanyak 12 kilogram ketika hamil. Terdapat juga, sesetengah wanita
hamil mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah,
penambahan glukosa. Jadi, penyusuan susu badan sangat membantu,”
jelasnya pada forum Penyusuan Susu Badan dan Reproduktif di Kuala
Lumpur baru-baru ini.
Atas faktor tersebut, kajian mendapati, wanita lebih cenderung
mengambil pemakanan tambahan untuk mengekalkan bentuk badan. Padahal,
wanita hamil lebih digalakkan mempraktikkan diet seimbang.
Ini kerana pengambilan makanan tambahan secara berlebihan dan
diperbuat daripada ramuan yang tidak sesuai, boleh menjejaskan
kesihatan dan air susu ibu.
Selain itu, penyusuan susu badan membantu menstabilkan endometriosis
wanita selepas bersalin. Endometriosis merupakan kondisi di mana tisu
lapisan yang sepatutnya kekal di uterus, berada di bahagian lain.
Bukan itu sahaja, kita juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis.
Sekiranya, selama lapan bulan ibu menyusukan susu badan kepada bayi
maka tulang mereka akan menjadi semakin kuat.
Susui bayi hingga 6 bulan Fa_01.4
TUMBESARAN kanak-kanak lebih baik dan produktif dengan susu ibu.



“Penyusuan susu badan dapat mengelakkan wanita daripada mengalami
penyakit kronik seperti kanser payu dara, kanser ovari dan kanser
endometrial. Namun begitu, kanser payu dara masih boleh didapati
sekiranya ahli keluarga mengalami penyakit yang sama.
Ada pendapat yang mengatakan jika ibu tidak menyusukan anak, maka
susu badannya boleh menyebabkan kanser payu dara. Pendapat tersebut
disangkal oleh Dr. Seri Suniza. Ini kerana tanggapan itu adalah mitos
semata-mata.
Merungkai persoalan mengenai kesan susu ibu akibat proses bertungku,
urutan dan bengkung selepas bersalin, Dr. Seri Suniza menjelaskan,
proses-proses itu tidak mendatangkan sebarang impak buruk. Sebaliknya,
ia melancarkan peredaran darah.
Namun, pengambilan jamu atau makanan tambahan sebarangan tidak
digalakkan kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan susu ibu tetapi
juga bayi. Misalnya, ruam di bahagian mulut dan pipi bayi berpunca
daripada masalah itu.
HIV positif
Bagi kaum wanita dan golongan ibu yang
menghidap HIV positif pula, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak
menyarankan mereka menyusukan anak. Pada tahun 1980, kajian menunjukkan
HIV boleh dijangkiti menerusi susu badan.
Disebabkan ibu tidak dapat menyusukan anak kerana HIV, mereka
dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan pandangan dan langkah
yang wajar diambil.
Susui bayi hingga 6 bulan Fa_01.5




“Saya ingin menasihatkan ibu-ibu supaya tidak merokok ketika hamil
dan selepas bersalin. Ini kerana asap rokok boleh menjejaskan susu
badan.
“Jadi, fikirkanlah langkah yang terbaik untuk diberikan kepada anak
anda. Jangan disebabkan kelalaian dan kesilapan yang kita lakukan, bayi
menjadi mangsa,” tambahnya.
Berdasarkan statistik terbaru, hanya dua daripada tujuh bayi di
Malaysia diberikan susu badan selama empat bulan dan dua bulan pertama
selepas dilahirkan. Sepatutnya, tempoh penyusuan disarankan selama enam
bulan. Mengapa perkara ini berlaku?

dicetak dari kosmo online
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Susui bayi hingga 6 bulan Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Susui bayi hingga 6 bulan Empty Re: Susui bayi hingga 6 bulan

Post by lynie Thu 14 Aug 2008, 12:40 pm

hmm..pic yang atas skali tuh buat kat penang..tahun lepas..bulan ogos 2007..saya ada sama masa tuh..kebetulan masa yang bf untuk seminit gambar saya tgh bf baby masuk paper the star.. Very Happy
avatar
lynie
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : MLT
Gender : Female
Jumlah Post : 42
Umur : 44
Tarikh Register : 03/10/2007
Reputation : 0
Points : 6260

http://www.charantyastore.com

Back to top Go down

Susui bayi hingga 6 bulan Empty Re: Susui bayi hingga 6 bulan

Post by MLT_hidayah Fri 15 Aug 2008, 1:21 am

susu ibu mmg the best milk in the world..xder susu lain leh challenge lah..tp mcm mn ek..nnti kalu dh kawin dh ada anak..kekurangan susu?
ada petua x menambah susu badan...?
MLT_hidayah
MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri : Susui bayi hingga 6 bulan Selang10
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender : Female
Jumlah Post : 1508
Umur : 40
Tarikh Register : 26/02/2008
Reputation : 3
Points : 6030

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

Back to top Go down

Susui bayi hingga 6 bulan Empty Re: Susui bayi hingga 6 bulan

Post by lynie Fri 22 Aug 2008, 10:56 am

hidayah..insyaAllah kalau kita sentiasa bf baby..susu sentiasa ada..saya keje gak tapi alhamdulilah dapat bf my girl almost 8 months without formula milk..yang penting niat kita..ada petua nak memperbanyak susu..
1. makan pegaga..atau minum jus pegaga
2. minum atau makan kurma..elok untuk pekatkan susu
3. makan oat
4. makan sayur pucuk manis..jantung pisang..
5. makan atau minum sengkuang cina
6. makan makanan yang mengandungi halba
7. makan/minum longan
8. makan sayur kucai..kobis cina..lobak putih..
9. kerapkan sesi mengepam bila berada di pejabat/makmal..sekurangnya 3 kali
10. kerapkan direct bf bila kat umah dgn baby..
11. jgn lupa bykkan minum air..
harap dapat membantu.. Very Happy
avatar
lynie
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : MLT
Gender : Female
Jumlah Post : 42
Umur : 44
Tarikh Register : 03/10/2007
Reputation : 0
Points : 6260

http://www.charantyastore.com

Back to top Go down

Susui bayi hingga 6 bulan Empty Re: Susui bayi hingga 6 bulan

Post by MLT_hidayah Sat 23 Aug 2008, 4:57 pm

owhh...
paham2..thankz lynie..
Cool
MLT_hidayah
MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri : Susui bayi hingga 6 bulan Selang10
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender : Female
Jumlah Post : 1508
Umur : 40
Tarikh Register : 26/02/2008
Reputation : 3
Points : 6030

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

Back to top Go down

Susui bayi hingga 6 bulan Empty Re: Susui bayi hingga 6 bulan

Post by fifie Sat 06 Sep 2008, 1:55 pm

6 bulan tempoh minimum, kita digalakkan menyusu sehingga umur anak 2 tahun.
fifie
fifie
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri : Susui bayi hingga 6 bulan Selang10
Jawatan : jururawat terlatih
Gender : Female
Jumlah Post : 93
Umur : 40
Tarikh Register : 19/10/2006
Reputation : 8
Points : 6710

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Susui bayi hingga 6 bulan Empty Re: Susui bayi hingga 6 bulan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum