Makanan pelengkap bayi selepas enam bulan
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Makanan pelengkap bayi selepas enam bulan
Makanan pelengkap bayi selepas enam bulan
"SAYA selalu didesak keluarga memberi makanan pelengkap kepada anak saya yang
baru berusia tiga bulan. Setahu saya, bayi hanya boleh diberi makanan
kecuali susu selepas berusia enam bulan. Oleh kerana ada ahli keluarga
lain yang mempunyai anak sebaya dengan anak saya berbuat demikin, saya
dianggap tidak kasihankan anak. Malah, ada ahli keluarga yang memberi
anak mereka makanan sejak dalam pantang. Siapa yang betul? Saya atau
mereka?"
Anda biasa berhadapan dengan dilema ini? Tentu lebih merimaskan jika keluarga yang mendesak itu adalah keluarga sebelah suami.
Apapun alasan yang mereka beri, anda perlu tahu makanan
pelengkap jangan diberi terlalu awal (kurang daripada enam bulan) dan
jangan pula terlalu lewat daripada itu.
Mengapa tidak digalakkan memberi makanan pelengkap sebelum usia anak enam bulan?
Mengapa ia perlu diberi ketika usia enam bulan ke atas?
Bagaimana mengetahui pengambilan makanan itu mencukupi?
Pastikan berat anak ditimbang selalu mengikut jadual temu janji
dengan pakar pediatrik. Catatkan jumlah berat anak pada carta
tumbesarannya.
Dengan makanan yang cukup dan bermutu, hala tumbesaran anak
akan naik selaras dengan garis rujukan pada kad tumbesaran. Carta ini
adalah satu cara mengajar ibu mengetahui keberkesanan makanan yang
diberikan pada anak.
Sumber: Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.

- Sistem pencernaan dan penyerapan bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang.
- Susu ibu adalah makanan utama untuk bayi. Pemberian
makanan pepejal terlalu awal boleh mengurangkan pengambilan susu oleh
bayi kerana mereka mudah kenyang dengan makanan pejal.
Makanan yang diberikan sebagai gantian susu ibu selalunya bubur yang
cair dan sup. Makanan ini mengenyangkan tetapi kurang nutrisi
berbanding susu ibu. Justeru, keperluan bayi itu tidak dipenuhi.- Bahan makanan lain mengurangkan penyerapan nutrisi dalam susu ibu seperti zat besi.
- Bayi mudah mendapat alahan.
Mengapa ia perlu diberi ketika usia enam bulan ke atas?
- Menambah bekalan tenaga anak
- Membekalkannya dengan zat makanan
- Memperkenalkan anak dengan pelbagai jenis makanan dan rasanya
- Memenuhi keperluan proses perkembangan dan kematangannya
- Berikan susu
terlebih dahulu sebelum memberi bayi makanan pelengkap. Ini akan
membolehkan ibu menghasilkan cukup susu bagi jangka masa yang lebih
lama. - Sediakan hidangan yang seimbang. Hidangan seimbang
perlu mengandungi makanan daripada lima kumpulan makanan iaitu bijirin
dan ubi, daging dan telur, sayur dan buah, minyak dan lemak selain
ikan. - Pelbagaikan makanan bayi. Berikan pelbagai jenis
makanan dengan pelbagai jenis zat. Ia juga secara tidak langsung
mengajar bayi kepelbagaian rasa dan warna. - Tambahkan minyak dan lemak dalam makanannya. Bayi
perlukan tenaga untuk tumbesaran. Minyak atau lemak seperti mentega
dapat menambah kandungan tenaga dalam hidangan. - Tidak perlu tambah garam, gula dan bahan perasa dalam makanannya. Beri dia peluang menikmati rasa semula jadi makanan.
- Sediakan makanan mengikut tekstur yang sesuai
usianya. Ia juga perlu mengikut kebolehan bayi. Misalnya bagi bayi
berusia enam bulan makanan perlu dikisar halus manakala bayi tujuh
hingga sembilan bulan, makanan mungkin hanya perlu dilenyek manakala
bayi berusia 10 hingga 12 bulan, makanan hanya perlu dicincang. - Mulakan dengan sedikit dan tambah kuantitinya secara beransur-ansur mengikut usia.
- Jadikan masa makanan sebagai masa yang menyeronokkan. Jangan paksa bayi makan jika belum bersedia atau tidak mahu makan.
Bagaimana mengetahui pengambilan makanan itu mencukupi?
Pastikan berat anak ditimbang selalu mengikut jadual temu janji
dengan pakar pediatrik. Catatkan jumlah berat anak pada carta
tumbesarannya.
Dengan makanan yang cukup dan bermutu, hala tumbesaran anak
akan naik selaras dengan garis rujukan pada kad tumbesaran. Carta ini
adalah satu cara mengajar ibu mengetahui keberkesanan makanan yang
diberikan pada anak.
Sumber: Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.
Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» Mulakan makanan bayi pada bulan ke-6
» Peter Butler Digantung Enam Bulan, Denda RM4,000
» Stadium Nasional Ditutup Enam Bulan Untuk Kerja Baik Pulih Padang
» Susui bayi hingga 6 bulan
» Makanan organik untuk bayi?
» Peter Butler Digantung Enam Bulan, Denda RM4,000
» Stadium Nasional Ditutup Enam Bulan Untuk Kerja Baik Pulih Padang
» Susui bayi hingga 6 bulan
» Makanan organik untuk bayi?
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak