FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kempen guna susu ibu

+3
rozila
adilla
Lord Vlad
7 posters

Go down

Kempen guna susu ibu Empty Kempen guna susu ibu

Post by Lord Vlad Fri 17 Aug 2007, 10:09 am

Kempen guna susu ibu

Oleh Normah Bitong

Kerajaan Sabah anjur program semai kesedaran kaedah penyusuan terbaik, selamat untuk bayi

KOTA KINABALU: Di sebalik keluhan pelbagai kekurangan yang dihadapi masyarakat luar bandar di Sabah termasuk himpitan kemiskinan, golongan itu sebenarnya memiliki kelebihan yang sukar ditandingi penduduk bandar.

Kajian mendapati, sebahagian besar wanita terutama ibu di luar bandar mengamalkan pemberian susu badan kepada bayi masing-masing berikutan kurang dipengaruhi promosi atau iklan susu tepung.


Jelas, kekangan kewangan dan masalah jarak serta kedaifan infrastruktur seperti jalan raya sempurna yang menyukarkan kunjungan ke pekan mempunyai rahmat kerana sebahagian besar bayi di luar bandar Sabah mendapat imunisasi terbaik menerusi penyusuan badan.

Hakikatnya, kempen menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi sudah lama digerakkan kerajaan bagi memastikan kesihatan bayi, sekali gus merapatkan hubungan ibu dan anak.


Sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2007 peringkat Sabah baru-baru ini, pelbagai acara diadakan bagi menggalakkan ibu mengamalkan penyusuan susu badan.

Antara pengisiannya ialah sketsa berkaitan penyusuan susu badan, koir, sajak, pertunjukan fesyen penyusuan dan ceramah oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Soon Ruey.

Program dilancarkan Naib Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah (Bakisa), Datin Siti Jauyah Md Yunin, yang mewakili Yang Dipertua, Datin Faridah Tussin.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Mohd Yusof Ibrahim yang mewakili Pengarah, Datuk Dr Rahimah Mohd Said.

Dr Soon dalam ceramahnya berkata, kepentingan dan khasiat susu ibu perlu diakui kerana mengandungi beberapa jenis zat terutama protein, laktosa, zat besi, kalsium, fosfat dan enzim khusus menghadam lemak serta sumber air mencukupi bagi bayi.

Atas kepentingan itu, katanya, golongan ibu tanpa mengira lokasi di bandar atau luar bandar perlu memiliki tanggungjawab menyusukan bayi masing-masing.

"Kita kecewa kerana kajian menunjukkan ibu di Malaysia masih kurang menyusukan bayi berbanding negara membangun lain.

"Ibu wajar digalakkan memberi susu badan kerana ia adalah imunisasi yang dapat menguatkan ketahanan bayi.

"Bayi yang kurang mendapat susu ibu lebih terdedah mengalami cirit-birit yang boleh membawa kematian, sekali gus membuktikan kepentingan susu badan dalam menguatkan ketahanan tubuh bayi," katanya.

Sementara itu, Dr Yusof berkata, sebahagian besar golongan ibu di negara ini terutama di kawasan bandar, jarang memberi susu badan kepada bayi masing-masing berikutan kebergantungan terhadap susu formula.

Beliau berkata, kajian menunjukkan hanya 17 peratus ibu di kawasan bandar di Malaysia menyusukan bayi mereka, berbanding 93 peratus di luar bandar.

"Ini berbeza dengan negara lain seperti Afrika yang mencatat tahap penyusuan ibu pada 81 peratus manakala Amerika sebanyak 93 peratus.

"Kepesatan pembangunan di bandar di negara ini bagaimanapun mengubah keadaan, sekali gus menyebabkan amalan menyusukan bayi dengan susu badan semakin terhakis," katanya.

Dalam usaha meningkat dan menyokong amalan penyusuan ibu termasuk di Sabah, Dr Yusof berkata, masyarakat perlu memberi sokongan seperti menggalakkan saudara mara dan sahabat memberi susu badan.

Selain itu, katanya, agensi kerajaan dan swasta juga diharap dapat menyediakan kemudahan taska di tempat kerja bagi memudahkan wanita bekerja menyusukan anak.

Faridah pula melahirkan kebimbangannya kerana ramai wanita kurang menyedari hak dan kelebihan susu ibu, sebaliknya lebih teruja dengan promosi susu formula di pasaran.

Beliau berkata, syarikat pengeluar makanan bayi juga semakin giat mengadakan pelbagai strategi pemasaran dan kempen besar-besaran untuk menarik perhatian ramai.

"Iklan digunakan bagi menarik perhatian termasuk imej ibu moden bersama bayi comel bagi menghasilkan imej ideal sedangkan pilihan utama sepatutnya ditumpukan kepada susu ibu," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Kesihatan, badan bukan kerajaan (NGO), individu dan golongan ibu membabitkan diri secara aktif dengan kempen penyusuan susu badan.

FAKTA: Khasiat susu ibu


<LI>Mengandungi antibodi melindungi bayi daripada penyakit


<LI>Mengandungi semua zat makanan bagi tumbesaran dan perkembangan otak.


<LI>Membantu mengeratkan kasih sayang ibu dan anak


<LI>Mengurang kemungkinan mendapat kanser payudara


Membantu mengecutkan rahim.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Kempen guna susu ibu Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Kempen guna susu ibu Empty Re: Kempen guna susu ibu

Post by adilla Sat 08 Sep 2007, 1:03 am

tertarik dgn kajian semasa,bayi yg disusukan dengan susu lembu semasa kecil ada kaitan dgn gejala sosial yg berlaku sekarang...so faham2 je la hiksss...
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Kempen guna susu ibu Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6418

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

Kempen guna susu ibu Empty Re: Kempen guna susu ibu

Post by rozila Fri 14 Sep 2007, 11:05 pm

tul tu.. setuju sangat ngan dekdee...100%
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Kempen guna susu ibu Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

Kempen guna susu ibu Empty Re: Kempen guna susu ibu

Post by AhTuck Sat 15 Sep 2007, 2:23 pm

bagus kalau semua ibu2 guna susu badan
save belanja,khasiat...

*teringat filem batu belah batu bertangkup,masa ibu pekan perah susu badan sambil berlari* hehe
Very Happy
AhTuck
AhTuck
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : ------PerAwaT AwaM
Gender : Male
Jumlah Post : 236
Umur : 42
Tarikh Register : 29/03/2007
Reputation : 11
Points : 6419

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyum Sokmo

Back to top Go down

Kempen guna susu ibu Empty Re: Kempen guna susu ibu

Post by rozila Wed 19 Sep 2007, 6:54 pm

bukan setakat save belanja je...susu ibu ni banyak kelebihannya...tul tak Ah tuck??
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Kempen guna susu ibu Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

Kempen guna susu ibu Empty Re: Kempen guna susu ibu

Post by AhTuck Fri 21 Sep 2007, 4:40 pm

betul,membesar sihat dan kuat!!
AhTuck
AhTuck
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : ------PerAwaT AwaM
Gender : Male
Jumlah Post : 236
Umur : 42
Tarikh Register : 29/03/2007
Reputation : 11
Points : 6419

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyum Sokmo

Back to top Go down

Kempen guna susu ibu Empty Re: Kempen guna susu ibu

Post by eriy Tue 09 Oct 2007, 4:18 pm

minda juga cergas..bila besar jadi orang pintar
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6489

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Kempen guna susu ibu Empty Re: Kempen guna susu ibu

Post by rozila Thu 18 Oct 2007, 6:57 pm

ye... betul pandai eriy...!!! tepuk tepuk tepuk
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Kempen guna susu ibu Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

Kempen guna susu ibu Empty Re: Kempen guna susu ibu

Post by junior ma Wed 20 Feb 2008, 4:43 pm

susu ibu mmg la bgs bg yg jd suri rumah tangga leh bg susu 24 jam tp bg wanita yg berkarier akan menyusahkan si ibu dan bayi. jika diberi hanya susu ibu baby akan hanya minum susu ibu... dia takkan minum susu selain susu ibu. jd yg berkarier mmg la susah bila tgk baby trsyg melalak dan mogok dirumah pengasuh..... kesian kan korg fikir2 la dl
junior ma
junior ma
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : penolong pegawai perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 58
Umur : 43
Tarikh Register : 01/05/2007
Reputation : 0
Points : 6345

Character sheet
Mutiara Kata saya: PPP JR.

Back to top Go down

Kempen guna susu ibu Empty Re: Kempen guna susu ibu

Post by eriy Wed 20 Feb 2008, 5:37 pm

saya pernah terbaca dalam sebuah majalah. susu ibu baik untuk kesihatan anak, anak tidak mudah dijangkiti penyakit seperi selsema. dalam kajian pun ada kata bayi yang menyusu ibu mudah menerima dan memahami apa yang dipelajari di sekolah.
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6489

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Kempen guna susu ibu Empty Re: Kempen guna susu ibu

Post by lynie Tue 09 Sep 2008, 12:21 pm

pemberian susu ibu bukan terhad untuk suri rumahtangga sahaja..ibu2 yang bekerja pon mampu menyusukan bayi mereka dengan susu ibu..dengan kata lain express breastmilk (ebm)..boleh jugak diberi melalui botol susu..tak semestinya kalau susu ibu kena bagi direct saja..mungkin saudari bleh tgk pada topik cabaran penyusuan susu ibu bagi ibu bekerja..byk informasi membina dari situ..
Jangan lah kita menidakkan hak bayi kita sendiri untuk mendapatkan yang terbaik..
avatar
lynie
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : MLT
Gender : Female
Jumlah Post : 42
Umur : 43
Tarikh Register : 03/10/2007
Reputation : 0
Points : 6197

http://www.charantyastore.com

Back to top Go down

Kempen guna susu ibu Empty Re: Kempen guna susu ibu

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum