FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

bercerai susu

Go down

bercerai susu Empty bercerai susu

Post by azrunia Sat 07 Aug 2010, 2:33 pm

BERCERAI SUSU. Inilah istilah digunakan untuk proses pertukaran
daripada susu badan kepada susu botol (formula), susu badan atau botol
kepada penggunaan cawan dan susu badan atau botol kepada makanan pejal.


Bayi anda akan melalui satu atau lebih daripada fasa bercerai susu
ini. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara
perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan.


Memberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan
perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga
akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan
keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka.

Tetapi anda akan berasa lebih bebas kerana ada ‘pihak’ lain yang
akan menyusukan bayi mereka. Jangan terkejut jika anda berasa sedih dan
gembira; anak anda akan belajar untuk berdikari.


Bagaimana anda tahu adakah anak anda bersedia untuk bercerai susu?
Tanda seseorang bayi sudah sedia bercerai susu biasanya datang apabila
mereka mula belajar merangkak atau berjalan. Bayi yang menyusu badan
akan mula menunjukkan tanda hilang minat untuk menyusu.

Bayi yang menyusu botol pula bersedia untuk bercerai susu apabila
mereka mula buat perangai, tidak lagi mahu mengemam puting susu atau
menyorokkan botol sebelum habis. Bayi anda akan mula menunjukkan minat
untuk minum menggunakan cawan.


Bila masa terbaik untuk bercerai susu?

Tiada masa yang betul atau salah. Malah, bayi anda mungkin mengambil
masa lebih lama berbanding kanak-kanak sebayanya; ia bergantung kepada
kesediaan anda dan bayi untuk melalui proses ini.

Ada ibu menunggu sehingga anak mereka lebih besar kerana tidak
bersedia melepaskan keakraban dengan anak ketika proses penyusuan.
Sebaliknya, ada ibu mahu proses berkenaan lebih cepat kerana
tanggungjawab lain.


Untuk proses ini, andalah yang perlu membuat keputusan dan
menentukan masanya. Jangan cuba memberhentikan penyusuan ketika anak
atau keluarga mengalami tekanan. Tekanan ini ada pelbagai bentuk,
termasuklah ketika bayi tumbuh gigi, berpindah ke rumah baru atau anda
mula menghantar anak ke pusat jagaan.


Apakah cara terbaik untuk bercerai susu?


Cara terbaik untuk ibu dan anak ialah dengan melakukan proses ini
secara berperingkat atau perlahan-lahan. Perhatikan tanda-tanda jika
anak anda sudah sedia. Apabila sampai masanya, cuba berhentikan satu
langkah dalam masa lima hingga tujuh hari.

Ini akan memberikan anda dan bayi masa untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan baru. Jika anda menyusukan badan, bercerai susu secara
perlahan-lahan akan membantu mengelakkan buah dada anda daripada
menjadi terlalu 'penuh' yang boleh membuatkan ia bengkak.


Dalam tempoh ini bagaimana anda boleh memenuhi keperluan pemakanan bayi?


Berikan susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya setahun atau
selama mana anak mahu. Perkenalkan makanan pejal yang diperkaya dengan
zat besi apabila bayi berumur enam bulan untuk melengkapkan susu badan.


Bagi bayi yang diceraikan-susu badan atau botol sebelum berumur 12
tahun, berikan susu formula yang diperkaya dengan zat besi bukannya
susu lembu atau kambing. Malah, anda juga boleh memberikan susu badan
(diperah) melalui botol susu atau cawan; mengikut kesesuaian.


Apa yang boleh dilakukan jika bayi tidak mahu bercerai susu?


Masalah ini memang kerap berlaku. Kadang kala si ibu mahu
memberhentikan penyusuan tetapi bayi masih belum bersedia. Jika boleh,
teruskan pemberian susu untuk sedikit masa lagi. Cuba tawarkan susu
dalam cawan sebelum anda memberikan susu badan. Atau anda juga boleh
cuba menukar puting susu.


Sesetengah bayi sukar untuk ‘berpisah’ dengan botol susu mereka.
Untuk keadaan ini, jangan biarkan anak anda merangkak, berjalan atau
tidur bersama botol susu mereka. Namun, penyusuan ketika tidur malam
adalah saat paling sukar untuk tidak memberikan anak anda susu. Cuba
gantikan waktu menyusu ini dengan tabiat baru seperti membacakan mereka
buku atau melihat bintang bersama-sama.


Memulakan pemberian makanan pejal


Masa terbaik untuk memberikan makanan pejal bergantung kepada
kesediaan setiap bayi. Secara umumnya kanak-kanak memerlukan makanan
pejal apabila kalori daripada susu sudah tidak mencukupi. Keperluan ini
boleh dilihat apabila bayi boleh menghabiskan sebotol penuh susu tetapi
berasa lapar semula dalam masa dua atau tiga jam kemudian. Ini biasanya
berlaku pada usia enam bulan.


Bayi yang lebih kecil (kurang enam bulan) sukar menelan makanan
pejal walaupun sesetengahnya boleh menelan makanan pada usia lebih muda
jika makanan diletakkan di belakang lidah. Ada ibu bapa memaksa bayi
kecil untuk makan banyak makanan pejal dengan harapan anak akan tidur
lena sepanjang malam.


Bagaimanapun, ia bukan langkah baik kerana boleh menyebabkan anak
anda mendapat radang paru-paru (pneumonia) dan masalah makan kemudian
hari. Kebanyakan bayi makan makanan pejal selepas menyusu kerana dapat
memuaskan kehendak mereka untuk menghisap puting dan pada masa sama
mengatasi rasa lapar.


Bayi dan kanak-kanak kecil lebih mudah mengalami masalah alahan
atau tidak toleran terhadap makanan berbanding kanak-kanak besar dan
orang dewasa. Jika banyak jenis makanan diberi pada satu masa, agak
susah untuk menentukan makanan mana yang menyebabkan reaksi alahan.

Justeru, anda sepatutnya memperkenalkan jenis makanan secara
berperingkat; satu jenis untuk satu minggu. Jika ia boleh diterima
dengan baik barulah perkenalkan makanan lain kepada bayi anda. Melalui
cara ini, anda boleh mengenalpasti makanan mana yang boleh menyebabkan
alahan pada anak.


Mulakan dengan bijirin diikuti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makanan lain seperti sumber protein (daging) diperkenalkan lebih lewat
iaitu apabila anak berusia tujuh bulan. Beri anak makan melalui sudu
supaya bayi anda boleh belajar teknik pemberian makanan yang baru. Pada
umur enam hingga sembilan bulan, kanak-kanak biasanya sudah pandai
memegang makanan dan membawanya ke mulut. Jadi mereka perlu digalakkan
untuk makan sendiri.


Anda perlu berhati-hati kerana bayi mudah tersedak atau tercekik
oleh makanan keras seperti kacang, lobak mentah, gula-gula atau biskut
kraker. Elakkan makanan ini. Jika mahu diberikan, pastikan ia dikisar.
Anda boleh menyediakan sendiri makanan untuk si kecil dan langkah ini
lebih menjimatkan.


Walaupun bayi suka makanan manis, tetapi gula bukanlah nutrien
yang penting dan sepatutnya diberikan dalam kuantiti kecil; jika perlu.
Jika tidak, jangan perkenalkan gula kepada anak anda. Jangan berikan
sajian manis kerana tidak bermanfaat untuk anak anda. Jangan berikan
anak anda makanan pejal terlalu awal dan sebaiknya tunggu bayi berumur
antara empat hingga enam bulan.


Perkenalkan sedikit makanan baru kepada bayi apabila dia lapar
iaitu sebelum dia diberikan susu. Kemudian, perlahan-lahan tambah
kuantiti makanan untuk anak anda. Jangan biarkan neofobia (takut kepada
makanan baru) melanda anak anda. Jangan paksa anak untuk menerima
makanan baru tetapi perlahan-lahan ajak dia makan. Ingat, susu sudah
cukup untuk membekalkan keperluan anak sehingga dia berusia enam bulan.


Paling penting, jadikan masa makan sebagai masa yang
menyeronokkan. Kasih sayang dan perhatian anda akan merangsang anak
untuk makan dan menikmati suasana seronok bersama keluarga.


bercerai susu 925165
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : bercerai susu Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6762

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum