FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pengeluar rokok langgar paras tar, nikotin

Go down

Pengeluar rokok langgar paras tar, nikotin Empty Pengeluar rokok langgar paras tar, nikotin

Post by Lord Vlad Tue 28 Aug 2007, 9:03 am

Pengeluar rokok langgar paras tar, nikotin


Oleh: SUFFIAN ABU BAKAR
LABIS 27 Julai – Kerajaan memandang serius tindakan segelintir syarikat pengeluar rokok tempatan melanggar peraturan kandungan tar dan nikotin yang ditetapkan sejak kebelakangan ini.
Hasil kaji selidik Kementerian Kesihatan ke atas 32 sampel pelbagai jenis rokok di pasaran sepanjang tahun lalu mendapati, tiga daripada jenama rokok yang dijual melebihi had kandungan tar dan nikotin yang dibenarkan.
Tiga jenama terbabit ialah Promax Menthol keluaran Zen Vista Enterprise dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, John Menthol (AKJ Manufacture di Cameron Highlands) dan Gudang Garam Surya (Golden Globe Manufacture Sdn. Bhd. di Bentong, Pahang).
Mengikut Akta Makanan 1983, paras nikotin bagi setiap batang rokok mesti tidak melebihi 1.5 miligram, manakala kandungan tar pula tidak boleh melebihi paras 20 miligram sebatang.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek ketika mendedahkan perkara itu memberitahu, tiga syarikat pengeluar rokok tempatan yang memasukkan kandungan tar dan nikotin melebihi had sepanjang tahun lalu itu, telah dikenakan tindakan mahkamah.
‘‘Ketiga-tiga syarikat ini dikenakan tindakan mahkamah dan masing-masing telah didenda RM6,000, RM2,000 dan RM3,000 atas kesalahan melanggar peraturan itu.
‘‘Kementerian mahu nama-nama syarikat pengeluar rokok serta jenama yang dihasilkan diumumkan bagi memberitahu masyarakat paras tar dan nikotin yang lebih akan memberi kesan negatif berganda akibat tabiat merokok itu sendiri,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Jom Makan Buah-Buahan di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, di sini hari ini.
Bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini pula, Soi Lek memberitahu lapan daripada 15 jenama rokok yang diuji di negara ini didapati mengandungi kandungan tar dan nikotin melebihi had ditetapkan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Labis berkata, kelapan-lapan syarikat terbabit kini disiasat dan jika sabit kesalahan mengikut Akta Makanan 1983, boleh didenda maksimum RM10,000.
‘‘Sehubungan itu, kementerian akan terus memantau setiap jenis rokok yang terdapat di pasaran bagi memastikan kandungan tar dan nikotin yang digunakan tidak melebihi paras ditetapkan.
‘‘Perokok juga harus maklum bahawa tabiat merokok ini mendatangkan kesan negatif, malah kandungan nikotin yang terlalu tinggi akan mengakibatkan pengamalnya menghidap ketagihan yang berpanjangan,” jelasnya.
Beliau turut mengingatkan pengeluar rokok tempatan supaya tidak mengambil jalan mudah demi mengaut keuntungan dengan melanggar peraturan.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Pengeluar rokok langgar paras tar, nikotin Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum