FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1)

4 posters

Go down

50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Empty 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1)

Post by anakpintar Mon 22 Oct 2007, 9:11 pm

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. ..jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting.Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1) BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2) BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan,dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3) JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakikan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4) JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5) HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian,'bacalah' buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6) GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa,merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7) TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.

Cool BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu" atau"Besarkan pokok ni!" atau " Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk
membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9) NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin,tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma
muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10) GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11) SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12) PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13) BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata "Mak nak buka lampu ni,"sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14) BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka,tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15) SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.



Jangan lupa bahgian ke 2 bakal menyusul tiba...

-AP-
Best in me:shock:
anakpintar
anakpintar
MOD LAMA
MOD LAMA

Negeri : 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Perak_10
Jawatan : Diehard Bikers.....
Gender : Male
Jumlah Post : 396
Umur : 47
Tarikh Register : 06/09/2007
Reputation : 2
Points : 6568

Character sheet
Mutiara Kata saya: Best In Me!

http://www.anakpintar.net

Back to top Go down

50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Empty Re: 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1)

Post by eriy Tue 23 Oct 2007, 7:00 am

AP tentu amalkan semua tu kan..tengok pic pun nampak anak yang pintar...
nak sanagt cubit pipi AP yang tengah senyum tu...
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6552

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Empty Re: 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1)

Post by izah84 Fri 26 Oct 2007, 2:42 am

kalau utk bayi yg baru dapat kaki,baru dpt mulut,apa yg bleh kt buat pd dia AP?
izah84
izah84
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Kelant10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 170
Umur : 40
Tarikh Register : 19/01/2007
Reputation : 3
Points : 6541

Character sheet
Mutiara Kata saya: ikhlas utk segalanya..

Back to top Go down

50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Empty Re: 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1)

Post by anakpintar Sat 27 Oct 2007, 7:43 pm

Sambngan ke-2....


untuk menjawab persoalan izah...ap berpendapat galakkan anak untuk mendapat sebanyak mungkin tatabahasa dan perkataan melalui komunikasinya bersama kita... Beri ruang kepada anak untuk bermain dan belajar mengenal huruf melalui 'flash' kad yang berkaitan huruf,binatang,warna dan sebagainya...Amalkan setiap minggu satu huruf...selalu bermain dengan anak kerana pengalaman pembelajaran ini takkan berulang lagi dan anak izah akan lebih menghargai asih sayang izah...semoga berjaya

BACA BUKU Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

MAIN CAK-CAKMenyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

JANGAN LUPA REHATLuangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

MAIN DENGAN WARNAPilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA.Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

ANGKATKAN SAHAJA.Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

BIAR DIA MEMBEBEL.Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

LATIHAN MENEKA.Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

IKUT RENTAKNYA.Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

BUAT MUKA LAWAK.Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya



Bersambung di bhgn 3.....


Last edited by on Wed 07 Nov 2007, 10:35 am; edited 1 time in total
anakpintar
anakpintar
MOD LAMA
MOD LAMA

Negeri : 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Perak_10
Jawatan : Diehard Bikers.....
Gender : Male
Jumlah Post : 396
Umur : 47
Tarikh Register : 06/09/2007
Reputation : 2
Points : 6568

Character sheet
Mutiara Kata saya: Best In Me!

http://www.anakpintar.net

Back to top Go down

50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Empty Re: 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1)

Post by eriy Mon 29 Oct 2007, 1:22 pm

AP edit sikit post u..susah nak baca la...
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6552

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Empty Re: 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1)

Post by anakpintar Mon 29 Oct 2007, 4:26 pm

roger eriy...my mistake...
anakpintar
anakpintar
MOD LAMA
MOD LAMA

Negeri : 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Perak_10
Jawatan : Diehard Bikers.....
Gender : Male
Jumlah Post : 396
Umur : 47
Tarikh Register : 06/09/2007
Reputation : 2
Points : 6568

Character sheet
Mutiara Kata saya: Best In Me!

http://www.anakpintar.net

Back to top Go down

50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Empty Re: 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1)

Post by rozila Wed 07 Nov 2007, 1:36 am

hmmm... Smile Smile Smile Smile
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6369

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Empty Re: 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1)

Post by eriy Wed 07 Nov 2007, 9:02 am

u boleh edit tu anakpintar klik edit sebelah kanan atas..
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6552

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Empty Re: 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1)

Post by anakpintar Wed 07 Nov 2007, 10:36 am

Lambat sikit la eriy...sorry my dear..
apapun AP dah edit...
tunggu edisi ke 3 yer...
anakpintar
anakpintar
MOD LAMA
MOD LAMA

Negeri : 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Perak_10
Jawatan : Diehard Bikers.....
Gender : Male
Jumlah Post : 396
Umur : 47
Tarikh Register : 06/09/2007
Reputation : 2
Points : 6568

Character sheet
Mutiara Kata saya: Best In Me!

http://www.anakpintar.net

Back to top Go down

50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1) Empty Re: 50 rangsangan anak bijak (Bhgn 1)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum