FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Menyokong pesakit kanser prostat

3 posters

Go down

Menyokong pesakit kanser prostat Empty Menyokong pesakit kanser prostat

Post by Lord Vlad Tue 04 Dec 2007, 9:05 pm

Menyokong pesakit kanser prostat

- copy from utusan online

Oleh: DR. SULAIMAN TAMANANG

BERAPA ramai lelaki sanggup membuang rasa malu untuk menjalani
pemeriksaan alat sulit bagi mengesan kehadiran kanser prostat?
Hakikatnya, perasaan rendah diri dan bimbang jika disahkan menghidap
penyakit ini menyebabkan ramai lelaki lebih rela menanggung kesakitan
dalam diam dari berusaha mendapatkan rawatan awal.

Bagi kebanyakan orang, pengalaman penyakit kanser memang susah.
Mereka mendapati diri mereka menghadapi rawatan yang susah, gangguan
kepada cara hidup serta mengalami cabaran menghadapi kehidupan yang
tidak menentu.

Kadang-kadang mereka begitu tertekan dengan keadaan yang mereka lalui. Perasaan takut merupakan perasaan yang menakutkan.

Seseorang yang dibelenggu perasaan takut terhalang daripada berfikir
secara logik dan waras. Perasaan tersebut juga menyebabkan seseorang
terburu-buru membuat keputusan.

Kebanyakan orang mula-mula mengharapkan sokongan keluarga dan
kawan-kawan. Tetapi terdapat sejenis sokongan yang ramai pesakit kanser
(di antara lima sehingga 12 orang) mendapati, paling memuaskan adalah
sokongan daripada seorang pesakit yang pernah melalui pengalaman yang
sama.

Terdapat pelbagai cara di mana seseorang pesakit atau penghidap
kanser prostat boleh mendapat sokongan moral dan spiritual. Antaranya
daripada ahli keluarga terdekat dan mereka yang tersayang, rakan- rakan
dan sahabat karib, komuniti keagamaan, doktor perubatan,
komuniti-komuniti sokongan atau kumpulan sokongan.

Ramai antara pesakit kanser amnya dan kanser prostat khususnya
menggunakan kombinasi sistem sokongan yang dinyatakan seperti di atas.
Ahli-ahli keluarga merupakan orang yang penting dan dapat memberi
sokongan yang amat bermakna kepada si pesakit.

Selain memberi sokongan moral, ahli keluarga juga perlu melengkapkan
diri dengan maklumat yang relevan tentang penyakit kanser prostat.

Mereka juga perlu sentiasa memberi galakan kepada pesakit dan
mempunyai perwatakan yang positif supaya pesakit mendapat perangsang
daripada mereka yang dikasihi. Pesakit perlu digalakkan berkomunikasi
dan membincangkan perasaan mereka.

Ada sesetengah daripada pesakit kanser mendapati bahawa mereka mendapat kekuatan melalui kepercayaan agama dan bersembahyang.

Dalam soal ini, komuniti keagamaan dapat membentuk sistem sokongan
yang penting juga kerana terikat dengan kepercayaan agama yang sama.

Bergantung kepada tahap keseriusan penyakit, pesakit seharusnya
digalakkan untuk keluar dari rumah dan berjumpa dengan orang lain serta
menjalani kehidupan seperti biasa.

Hal ini adalah kerana adalah perlu untuk pesakit agar tidak terlalu
berfikir tentang penyakitnya kerana keadaan sedemikian dapat
menjejaskan perasaan dan emosinya.

Pendidikan dan kegiatan penyelidikan yang mendalam dapat membantu
pesakit serta kaum kerabat yang terdekat mempelajari tentang kanser
prostat.

Pengetahuan ini seterusnya akan dapat membantu pesakit membuat
pilihan-pilihan gaya hidup, diet, dan sebagainya yang terbaik bagi
dirinya. Dalam hal ini, doktor perubatan boleh membantu memberi tunjuk
ajar dan nasihat yang terbaik untuk pesakit menghadapi cabaran Tuhan.

Dengan adanya Internet pada zaman sekarang, adalah menjadi lebih mudah bagi seseorang mencari maklumat secara dalam talian.

Bahan-bahan rujukan dari seluruh dunia dapat diakses dengan hanya
beberapa klik pada tetikus. Walau bagaimanapun, pesakit perlulah
berbincang dengan doktor tentang pilihan mereka.

Kajian juga menunjukkan kebaikan yang ketara daripada menyertai
kumpulan sokongan rakan sebaya pesakit kanser untuk membantu mereka
menghadapi krisis hidup mereka.

Mereka boleh membantu anda mencari azam dan tekad dalaman yang baru
serta cara menghadapi masalah yang timbul akibat kanser bersama rakan
yang lebih berkesan.

Kumpulan sokongan ini dapat membuka jalan kepada si pesakit untuk
mempelajari lebih banyak tentang penyakit yang mereka hidapi kerana
ahli-ahli yang lain sememangnya pernah atau sedang mengalami situasi
yang sama.

Mereka dapat memberikan galakkan dan dorongan kepada satu sama lain untuk menguatkan azam demi sembuh dari penyakit.

Seorang fasilitator (kaunselor professional) yang layak serta
berpengalaman akan mengendalikan kumpulan ini sekali seminggu selama
satu jam. Semua perkara yang dibincangkan dianggap peribadi.

Di Malaysia, kumpulan-kumpulan sokongan lazimnya diadakan di
hospital-hospital. Walau bagaimanapun, ada juga pertubuhan-pertubuhan
lain yang menawarkan perkhidmatan sedemikian, misalnya Persatuan
Kebangsaan Kanser Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia boleh
dihubingi di talian 03-26987300 atau e-mel: contact@cancer.org.my.

Apa itu prostat?

Prostat adalah kelenjar sistem pembiakan lelaki. Ia menghasilkan
sebahagian penting cecair seminal, yang membawa air mani dan sperma
sewaktu lelaki mengalami ejakulasi.

Kelenjar prostat terletak di antara/hadapan rektum, dan dasar pundi
kencing yang mengelilingi uretra/saluran kencing, iaitu saluran yang
menyalurkan air kencing dari pundi kencing ke penghujung zakar. Prostat
merangkumi 30 peratus tisu otot dan selainnya terdiri daripada tisu
glandular.

Masalah-Masalah Prostat

* Prostatitis: Kelenjar prostat mengalami radangan atau inflamasi.
Prostat menjadi bengkak, merah dan panas. Apabila lelaki mengalami
Prostatitis, beliau akan dapat merasai kesakitan ketika membuang air
kecil dan mungkin berlaku kekerapan kencing, keletihan serta demam.

* Hiperplasia prostatik benigna (BPH): Sering berlaku kepada lelaki
berumur 50 tahun ke atas. Apabila seorang lelaki semakin meningkat
usia, kelenjar prostat kian membengkak dan menjerut uretra menghasilkan
gejala seperti mengalami kesukaran dan kerumitan untuk membuang air
kecil.

Lain-lain; kerap kencing (pada waktu malam), keinginan secara
tiba-tiba untuk membuang air kecil dan aliran air kencing perlahan dan
terputus-putus.

* Kanser prostat: Keadaan di mana terdapat pembesaran sel-sel prostat yang luar biasa.

Apakah itu Kanser Prostat?

Kanser prostat merupakan tumor barah yang merbahaya yang mula tumbuh dalam kelenjar prostat.

Sewaktu tumor membesar, ia mungkin merebak dari satu bahagian
daripada prostat ke bahagian yang bersebelahan atau mengelilingi
bahagian tersebut.

Kanser prostat boleh merebak dari prostat sehingga ke nod limfa, dan
juga pada bahagian yang jauh seperti tulang belakang, tulang rusuk atau
bahagian tulang yang lain.

Apakah Tahap Keseriusan Kanser Prostat?

Kanser prostat merupakan penyakit yang amat serius dan boleh membawa
maut kerana keupayaannya merebak ke bahagian badan yang lain apabila
mencapai peringkat lanjut.

Faktor-Faktor Risiko Kanser Prostat

Keturunan: Lelaki dari negara Amerika dan Eropah berisiko tinggi berbanding lelaki Asia

Umur: Bilangan pesakit kanser prostat tertinggi berada dalam lingkungan lelaki 50 tahun ke atas

Hormon: Paras hormon testosteron tinggi menggalakkan perkembangan tisu kanser prostat

Diet: Mengambil diet tinggi lemak, kurang sayur-sayuran dan makanan
mengandungi kandungan serat dan zink serta protein yang rendah boleh
meningkatkan risiko menghidap kanser prostat

Sejarah Keluarga: Lelaki yang mempunyai sejarah ahli keluarga lelaki
yang disahkan menghidapi kanser prostat dan ahli keluarga wanita yang
menghidap kanser berisiko tinggi menghidap kanser prostat

Gejala Kanser Prostat

Sekiranya penyakit ini dikesan pada peringkat awal, kebanyakan
lelaki tidak akan mengalami sebarang gejala. Selain daripada gejala
BPH, gejala bagi kanser prostat adalah:

* Terdapat darah dalam air kencing

* Terasa sakit atau panas semasa membuang air kecil

* Daya pengaliran air kecil yang atau hilang kawalan terhadap pembuangan air kecil

* Ejakulasi yang menyakitkan

* Penurunan dari segi keinginan seksual

* Kurang upaya dalam mengalami rangsangan seksual

* Kesakitan pada bahagian belakang, pelvis (tulang pinggul), atau bahagian atas paha

* Hilang selera makan

* Kesakitan tulang yang berlanjutan

Cara-Cara mengesan Kanser Prostat

* Pemeriksaan rektal digital (DRE): Memasukkan jari ke dalam rektum
(dubur) untuk merasai tisu keras (ketumbuhan) atau saiz prostat.

* pengesanan prostat spesifik antigen (PSA): Ujian ini mengukur
paras PSA di dalam sampel darah pesakit. PSA adalah protein yang
dikeluarkan oleh prostat.

* Ultrasound: Menggunakan alat menerusi gelombang bunyi untuk mengesan kebengkakan prostat melalui imej di skrin

* Biopsi: Menggunakan jarum mengambil tisu prostat dan melihat bawah mikroskop untuk mengesahkan tisu kanser

Rawatan Kanser Prostat

Terdapat banyak jenis rawatan untuk kanser prostat. Pilihan utama ialah:

* Tunggu dan Lihat: Melihat perkembangan simptom kanser prostat dari masa ke semasa

* Pembedahan: Pembuangan keseluruhan kelenjar prostat

* Radiasi: Menggunakan sinar-X untuk memusnahkan tisu kanser prostat

* Terapi Hormon: Merencatkan aktiviti testosteron. Testosteron menggalakkan perkembangan tisu kanser prostat

* Terapi Kimia (kemoterapi): Menggunakan ubat-ubatan kanser untuk merencat atau memusnahkan tisu kanser prostat

Kesan Sampingan Kanser Prostat

Sebilangan lelaki mungkin mengalami satu atau lebih kesan sampingan
berikut yang berpunca daripada rawatan kanser atau dari penyakit itu
sendiri iaitu masalah pembuangan air kecil, masalah usus, masalah
ereksi dan ketidaksuburan atau kemandulan.

Langkah-langkah pencegahan

Kesan awal kanser prostat boleh menyelamatkan nyawa anda, maka kerap
melakukan pemeriksaan perubatan dan lebihkan pemakanan sayur-sayuran
dan makanan yang mempunyai zat fiber yang tinggi.

Selain itu, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemaknya serta, bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat.

- Dr. Sulaiman merupakan Pakar Radiologi dan Perubatan Nuklear di
Pusat Kebangsaan Kanser, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan salah
seorang daripada ahli MayFirst Health and Wellness Council (MHWC) –
panel pakar yang ditubuhkan oleh syarikat MayFirst Gold Sdn. Bhd. untuk
memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kanser prostat, melalui
kempen CEgah KAnser Prostat (CEKAP).
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Menyokong pesakit kanser prostat Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Menyokong pesakit kanser prostat Empty Re: Menyokong pesakit kanser prostat

Post by MESISEKSI Sat 16 Feb 2008, 1:19 am

vladimir......
mesi prnh wt kempen ni...
pmrksaan scra prcuma..
tp sayang x rmai llki y sedr tntg kanser prostat..
rata2 cina n india jer y dtg..
klau org mlyu dtg bila tul2 dh skt sgt...
rmai lg d luar cna xtahu mngnai
bahaya nyer kanser prostat....
MESISEKSI
MESISEKSI
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : NURSE
Gender : Female
Jumlah Post : 19
Umur : 43
Tarikh Register : 16/11/2007
Reputation : 0
Points : 6153

Character sheet
Mutiara Kata saya: KU BUKAN INGIN MNJADI SEORG Y TRLALU ISTIMEWA NAMUN CUKUPLH BILA BERADA D SISIMU KU RASA TRLALU ISTIMEWA

Back to top Go down

Menyokong pesakit kanser prostat Empty Re: Menyokong pesakit kanser prostat

Post by daniomar56 Tue 11 Mar 2008, 12:23 pm

MESISEKSI wrote:vladimir......
mesi prnh wt kempen ni...
pmrksaan scra prcuma..
tp sayang x rmai llki y sedr tntg kanser prostat..
rata2 cina n india jer y dtg..
klau org mlyu dtg bila tul2 dh skt sgt...
rmai lg d luar cna xtahu mngnai
bahaya nyer kanser prostat....

sal2 Very Happy Hi mesiseksi,

Saya setuju tentang pendapat dan cadangan anda baik dan saya ingin membuat pemeriksaan tersebut. Cuma nak tanya dimana dan bila masa yang ditetapkan. Seterusnya apakah tanda kanser prostat pada lelaki supaya saya lebih faham dan membuat pemeriksaan sebelum terlambat. OK misi.
daniomar56
daniomar56
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran Kanan (U32)
Gender : Male
Jumlah Post : 32
Umur : 67
Tarikh Register : 29/06/2007
Reputation : 0
Points : 6287

Back to top Go down

Menyokong pesakit kanser prostat Empty Re: Menyokong pesakit kanser prostat

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum