FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pesakit kanser jangan putus asa – Abdullah

2 posters

Go down

Pesakit kanser jangan putus asa – Abdullah Empty Pesakit kanser jangan putus asa – Abdullah

Post by Lord Vlad Fri 16 Feb 2007, 8:25 am

Pesakit kanser jangan putus asa – Abdullah
(utusan onlune)

PUTRAJAYA 15 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihati para pesakit kanser supaya tidak berputus asa ketika menghadapi penyakit itu dan perlu menjalani kehidupan secara normal.

Menurut Perdana Menteri, kebiasaannya mereka yang menghidap kanser akan berputus asa dan ini menyebabkan pesakit berasa tertekan seterusnya mewujudkan pelbagai masalah.

‘‘Isteri saya menghidap kanser selama lima tahun tetapi sepanjang tempoh itu banyak perkara yang dirancangnya termasuk mempromosikan batik dan songket, malah meyakinkan kerajaan untuk menubuhkan pusat terapi kanser.

‘‘Walaupun beliau gagal melawan penyakit itu, namun beliau memberikan mesej bahawa pesakit kanser tidak seharusnya berputus asa,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan pendaki Gunung Aconcagua, Argentina di kediamannya di Seri Perdana di sini, malam tadi.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Datin Azrene Abdullah selaku Pengerusi Yayasan Pink Ribbon Deeds (PRIDE).

Pendakian itu diketuai oleh bekas pesakit kanser payu dara, Rene’e Aziz Ahmad dan disertai oleh Stephanie Chok, Khairul Ariffin Ibrahim, Kapten Zabil Ihram Zainol, Harun Rahman dan Shereen Effendy Lee.

Gunung Aconcagua mempunyai ketinggian 6,959 meter dan ekspedisi selama 26 hari bermula 13 Januari hingga 9 Februari lalu itu digelar Climb with PRIDE-Aconcagua 2007.

Ia ditaja oleh syarikat pengeluar air galian, Eau Claire, PLUS Expressway Bhd., Telekom Malaysia Bhd.; Powerbar, CoreZone, AirAsia dan Las Lenas iaitu sebuah resort di Argentina.

Mengulas mengenai pendakian itu, Abdullah berkata, Rene‘e telah memberikan contoh terbaik bahawa pesakit kanser juga mampu menjalani kehidupan normal.

‘‘Apabila mendengar mereka akan mendaki gunung itu, saya berfikir ia adalah satu tempat yang jauh dan walaupun mereka tidak sampai ke kemuncak, namun mereka menunjukkan semangat yang kuat.

‘‘Kita berbangga dengan mereka dan diharapkan dengan itu semua pesakit kanser akan mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh pendaki tersebut,” katanya.

Allahyarham isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood meninggal dunia pada 20 Oktober 2005 kerana penyakit kanser payu dara.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Pesakit kanser jangan putus asa – Abdullah Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Pesakit kanser jangan putus asa – Abdullah Empty Perawatan Barah/Kanser/Tumor/Migrain dengan Herba Nusantara oleh Guru Tauhid/Tasawuf dengan izinNya.

Post by Adzhar Mon 09 Nov 2009, 11:28 am


Perawatan Barah/Kanser/Tumor/Migrain dengan Herba Nusantara
oleh Guru Tauhid/Tasawuf dengan izinNya.


Antara klasfikasi Barah utama, di tubuh ialah:
Ketumbuhan pundi kencing , Darah dan sum-sum tulang) Hematological malignancies
Leukemia , Lymphoma , Penyakit Hodgkin , Lymphoma bukan Hodgkin , pelbagai myeloma ( Multiple myeloma )
Tumor otak , Barah payu dara , Barah pangkal rahim ( Cervical cancer ), Barah Kolorectal ( Colorectal cancer )
Barah esophageal , Barah endometrial (uterus) , Hepatocellular carcinoma (hati) , Tumur gastrointestinal stromal (GIST) ,Barah laryngeal , Barah paru-paru , Mesothelioma,Barah mulut , Osteosarcoma (tulang) , Barah ovari , Barah pancreatik,Barah prostate , Renal cell carcinoma (ginjal) , Rhabdomyosarcoma (otot) , Barah kulit (termasuk benign Tahi lalat),Barah perut , Barah testikular dan Barah thyroid.

Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan nod lymph berhampiran yang
mungkin dijangkiti barah, digabung bersama terapi radiasi dan ( chemotherapy ). Dua rawatan terakhir
mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan
sel sihat, yang merupakan sebab kesan sampingan yang buruk dari rawatan ini. Antara rawatan nya ialah : -
Pembedahan , Chemotherapy ,Terapi radiasi , Immunoterapi , Terapi cytoluminescent (CLT) .

KOS RAWATAN KANSER / BARAH / TUMOR

Jika di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), rawatan 25 kali radioterapi adalah lebih kurang RM1,500 hingga RM1,750 (RM50 sekali rawatan dan RM500 untuk caj peralatan dan perancangan radioterapi). Jika hospital swasta mengenakan bayaran RM200-500 sehari, kos keseluruhan bagi radioterapi sebanyak 25 kali RM5,000 hingga RM12,500.Yang ada, jelasnya, pesakit yang tidak mahu menunggu lebih lama dan pergi ke hospital swasta. Ketika inilah, mereka memerlukan wang yang banyak untuk membiayai sendiri sepenuhnya kos rawatan.

ADAKAH SEL-SEL KANSER AKAN MATI / MUSNAH SELEPAS RAWATAN RADIOTERAPI SEBANYAK 25x ?
APAKAH KESAN SAMPINGAN(KEMUSNAHAN SEL SIHAT) YANG PERLU DITANGGUNG OLEH PESAKIT ?

Sesungguhnya segala penyembuhan dari ALLAH s.w.t , Walaupun menurut kajian rawatan radioterapi
adalah terbaik bagi pengamal perawatan moden , kami disini juga berusaha dengan ilmu dan akal yang
diberi oleh Allah s.w.t untuk berkongsi keadah penyembuhan optima tanpa sebarang kimia / bahan asing /
pembedahan organ yang boleh menjejaskan sistem - sistem badan semulajadi dan iringan doa/wirid
kepada Maha Pencipta Segala Penyakit(Musibah) dan Maha Memberi Penyembuhan ..
insya ALLAH ( dengan izinNya )......... amin.


Adzhar / Pak Syeikh Ramli
013 3622787 / 012 2427087
Info : http://www.flickr.com/photos/lemanspring/4085899366/sizes/l/


Sila panjangkan risalah ini..mungkin ada insan dapat kita bantu
Insya Allah anda mendapat keberuntungan dari Yang Maha Esa.

Wa-Sallam
avatar
Adzhar
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Technical Ast
Gender : Male
Jumlah Post : 8
Umur : 45
Tarikh Register : 09/11/2009
Reputation : 0
Points : 5439

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum