FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik

4 posters

Go down

Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik Empty Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik

Post by Lord Vlad Tue 04 Dec 2007, 9:59 pm

Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik

DALAM keadaan kegawatan ekonomi masa kini, setiap pengaliran keluar
masuk wang dirancang dengan begitu teliti sebagai langkah
berjimat-cermat. Krisis ekonomi yang melanda beberapa buah negara di
Asia menuntut pelbagai pihak mengehadkan segala perbelanjaan yang tidak
diperlukan.

Justeru, seperti tahun-tahun yang lalu, tahun ini Minggu Penyusuan
Susu Ibu Sedunia anjuran WABA (World Alliance for Breastfeeding Action)
turut mengambil langkah yang tepat pada masanya bersesuaian dengan
pemilihan tema 'Penyusuan Susu Ibu: Pelaburan Terbaik'.

Bermula pada 1 hingga 7 Ogos ini, WABA melangkah setapak lagi
meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya kaum wanita berhubung
faedah penyusuan bayi berbanding kos penyusuan susu botol yang tinggi.

Saban hari, di seluruh dunia, masyarakat berusaha mencari jalan
meningkatkan taraf kesihatan dan kebajikan kanak-kanak. Malangnya,
faktor ekonomi kerap menjadi halangan kepada usaha tersebut kerana
kekurangan peruntukan menyediakan makanan berkhasiat, air bersih,
pencegahan penyakit dan rawatan kesihatan.

Begitu juga dengan penyusuan bayi, meskipun pelaburan yang
diperlukan begitu sedikit, namun ia memberi kesan yang agak besar
kepada keluarga, pekerja, masyarakat, institusi penjagaan kesihatan
termasuklah kerajaan.

Sehubungan itu, Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada tahun ini
bertujuan membuka jalan ke arah melindungi, mempromosi dan menyokong
kegiatan penyusuan susu ibu sebagai pelaburan terbaik ke arah
kesejahteraan negara.

Susu berformula atau susu tepung menelan kos berbilion ringgit
kepada institusi kesihatan, negara, kerajaan, pertubuhan penjagaan
kesihatan dan keluarga. Tambahan pula dalam keadaan negara yang dilanda
kegawatan ekonomi, kadar pertukaran wang asing begitu membebankan.

Malah, bayi yang diberi susu berformula sering dikaitkan dengan
pelbagai penyakit. Antaranya cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan,
meningitis, jangkitan telinga, alahan, masalah saluran penghadaman,
pertumbuhan gigi, mudah mendapat serangan kencing manis, masalah
perkembangan dan kesukaran pembelajaran dan lebih kerap dirawat di
hospital.

Di kebanyakan negara, peningkatan kematian bayi sering dikaitkan
dengan kekurangan makanan berkhasiat, susu berformula yang dicemari air
kotor dan tahap kebersihan yang rendah.

Contoh di Argentina agak menarik untuk dipelajari, bayangkanlah
seorang penduduk terpaksa membelanjakan AS$50 (kira-kira RM200) sebulan
untuk membeli susu berformula. Sebaliknya, dengan jumlah wang sebanyak
itu, 15 kilogram daging dapat dibeli atau 75 kg buah oren atau 50 kg
sayur-sayuran untuk keperluan keluarganya.

Di sesetengah kawasan pedalaman, bayi yang berusia tiga bulan
memerlukan sebanyak tiga liter air sehari untuk tujuan membersih botol
susu dan memasak air bagi kegunaan penyediaan susu berformula. Pada
masa yang sama, kos rawatan kesihatan dapat dijimatkan sehingga 36
peratus.

Hakikatnya, penyusuan susu ibu memberi faedah ekonomi kepada
pelbagai golongan masyarakat seperti rumah tangga, pekerja dan negara.
Ia merupakan pelaburan terbaik bukan sahaja dari segi kewangan malah
lebih penting lagi kesihatan generasi akan datang.

Senario yang berlaku di Amerika Syarikat merupakan contoh yang
tepat. Penyelidikan mendapati sejak kumpulan sokongan penyusuan ibu
diwujudkan, kadar ketidakhadiran ibu yang bekerja menurun sehingga 27
peratus.

Apabila kurangnya kakitangan berhenti kerja atau mengambil cuti,
produktiviti dapat ditingkatkan yang memberi keuntungan kepada majikan.

Dari aspek aliran wang masuk, keluarga terbabit dapat
berjimat-cermat tanpa perlu membeli susu berformula dan makanan
tambahan untuk bayi. Di samping itu, dapat menjimatkan bil hospital
kerana bayi yang mendapat penyusuan susu ibu kurang terdedah kepada
risiko penyakit.

Manakala institusi kesihatan dapat menjimatkan wang dari segi perbelanjaan menyelenggara hospital rakan bayi (baby-friendly) yang berkualiti dan perbelanjaan merawat mereka yang sakit.

Hasil penyelidikan yang dijalankan mendapati:

* Di Amerika Syarikat, penyusuan susu ibu sepenuhnya selama enam
bulan dapat menjimatkan kos kesihatan dan kebajikan hampir AS$450
hingga AS$800 bagi setiap keluarga.

Manakala rawatan tambahan untuk bayi cirit-birit akibat tidak
meminum susu ibu berjumlah AS$291 juta setahun, virus pernafasan
sinustium berjumlah AS$225 juta, insulin bagi penyakit kencing manis
(IDDM) AS$10 hingga AS$125 juta dan telinga bernanah (otitis media) AS$660 juta.

* Di United Kingdom, penyakit cirit-birit akibat penggunaan botol susu dianggarkan berjumlah 41.5 juta setahun.

* Di Australia, dianggarkan peningkatan penyusuan susu ibu secara
sepenuhnya sehingga tiga bulan daripada 60 hingga 80 peratus dapat
menjimatkan AS$11.5 juta setahun dari segi keupayaan mengurangkan empat
penyakit seperti telinga bernanah, kencing manis, penyakit usus dan
ekzema.

* Di Norway, 8.2 juta kilogram susu ibu dihasilkan pada 1992 iaitu
berjumlah AS$410 juta jika dinilai dengan harga AS$50 seliter.

* Di Singapura, kos tambahan sebanyak AS$1.8 juta diperlukan untuk
memperoleh pengganti susu ibu apabila kelaziman menyusu susu ibu
sehingga tiga tahun menurun kepada 42 peratus daripada 71 peratus.

* Di India, penyusuan susu ibu secara eksklusif dapat mencegah hanya
kes cirit-birit, manakala wang yang dijimatkan itu akan melebihi
peruntukan tahunan kesihatan bagi penyakit otitis media, kencing manis,
penyakit usus dan ekzema.

* Kajian mendapati, di Malaysia 21 peratus daripada hasil gaji bulanan digunakan untuk membeli susu.

* Di Pakistan import susu berformula meningkat kepada AS$85 juta pada 1996 daripada AS$4 juta pada 1982.

* Di Iran peningkatan penyusuan susu ibu daripada 10 peratus pada
1991 kepada 53 peratus pada 1996 menurunkan pengimportan susu
berformula sebanyak AS$50 juta.

* Di Mexico, program penyusuan susu ibu yang dijalankan di sebuah
hospital hanya memerlukan AS$4 (RM20) bagi setiap individu berbanding
kos menggunakan vaksin campak dan rawatan rehidrasi.

Namun negara yang tidak menghadapi masalah kegawatan ekonomi tidak
harus meminggirkan penyusuan susu ibu kerana kebaikan dan manfaat yang
diperoleh amat tinggi nilainya.

Secara tidak langsung, penilaian susu manusia dengan nilaian wang
ringgit sebenarnya menyerlahkan lagi kelebihan penyusuan susu ibu.

Menyedari hakikat ini, kaum wanita khususnya para ibu seharusnya
tidak terpedaya dengan tipu helah pihak tertentu yang mendakwa bahawa
susu formula setanding atau lebih baik daripada susu ibu.

Lebih penting lagi, ibu-ibu haruslah berwaspada dengan kenyataan
carta tumbesaran yang digunakan pada masa kini kerana pengukuran
tersebut hanya berlandaskan kepada kanak-kanak yang menyusu susu
berformula.

Pada masa yang sama sikap, kesedaran dan kepekaan ibu-ibu berhubung
pentingnya penggunaan susu ibu merupakan elemen terpenting bagi
memastikan matlamat tersebut mencapai objektifnya.

Apa juga alasannya, yang digunakan oleh sesetengah wanita yang
enggan menyusukan bayi-bayi mereka, masalah ini boleh diatasi
seandainya ada kesungguhan dan keyakinan.

Ini kerana sumbangan susu ibu dari segi pembekalan makanan kepada
sesebuah negara begitu mengagumkan hingga ia mampu menarik perhatian
penggubal dasar menekankan betapa pentingnya aktiviti ini.

Sesungguhnya, susu ibu adalah sesuatu yang unik kerana ia anugerah
semula jadi dan istimewa kepada makhluk Tuhan. Nilainya yang terlalu
tinggi, lebih daripada nilai ekonomi. Penyusuan ibu mengikat kasih
sayang ibu dan anak sekalipun ia menuntut seribu satu pengorbanan.

Inilah sebenarnya sumbangan unik wanita kepada keluarga, masyarakat
dan negara. Justeru, ibu-ibu hargailah bahawa penyusuan susu ibu adalah
hak anda dan anak-anak, oleh itu berbanggalah kerana anda dilahirkan
sebagai wanita!

Oleh: NAJIBAH HASSAN
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7898

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik Empty Re: Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik

Post by eriy Fri 22 Feb 2008, 12:16 pm

kat kampung saya ada yang menyusu lebih 2 tahun umurnya...
IQ memang bagus..di sekolah selalu dapat keputusan bagus..
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6552

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik Empty Re: Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik

Post by haikaz_s Fri 28 Mar 2008, 9:34 pm

Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik Th_wee10
haikaz_s
haikaz_s
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Jawatan : MIT
Gender : Female
Jumlah Post : 496
Umur : 44
Tarikh Register : 04/03/2008
Reputation : 3
Points : 6097

Character sheet
Mutiara Kata saya: tora-tora

Back to top Go down

Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik Empty Re: Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik

Post by rozila Sat 29 Mar 2008, 12:52 am

information yang bagus vlad...TQ.

dan sebagai wanita..memang kami berbangga di lahirkan sebagai wanita. bunga
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6369

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik Empty Re: Penyusuan susu ibu pelaburan terbaik

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum