FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kencing manis: Risiko keguguran tinggi

Go down

Kencing manis: Risiko keguguran tinggi Empty Kencing manis: Risiko keguguran tinggi

Post by Lord Vlad Tue 04 Dec 2007, 10:06 pm

Kencing manis: Risiko keguguran tinggi

Kajian tersebut menunjukkan kandungan gula berlebihan dalam darah
kemungkinan menyebabkan keguguran di peringkat awal hamil terutamanya
wanita berumur.

Jika tidak berhati-hati kemungkinan keguguran berlaku tanpa dapat
dikesan, kata sekumpulan pengkaji dalam jurnal saintifik Amerika
Syarikat, Nature Medicine.

Masalah menjadi semakin rumit bagi wanita yang langsung tidak sedar
mereka menghidap kencing manis apabila mengandung, kata salah seorang
pengkaji Dr. Kelle Moley dari Washington University in St. Louis.

''Apabila wanita meningkat umur dan mengandung mereka mungkin
menghidap kencing manis. Jumlah ini semakint inggi sejak akhir-akhir
ini.

''Dalam kebanyakan kes, hampir kesemua wanita tidak tahu mereka
menghidap kencing manis sebelum mengandung. Oleh itu amat penting
sekali anda memastikan yang anda tidak menghidap penyakit itu sebelum
mengandung atau paling tidak berada di paras tidak melepasi tahap
kencing manis yang berbahaya apabila mengandung,'' katanya.

Wanita dalam mana-mana kategori umur perlu mengawal kandungan kadar
gula dalam darah untuk mengelak daripada berlakunya keguguran,
tambahnya.

Sementara itu seorang wanita Michigan menjadi orang pertama
merintis percubaan pemindahan sel bagi mengurangkan penyakit kencing
manis, menurut laporan Universiti Miami.

Pada 11 September para doktor di institut penyelidikan dan
pemindahan sel kencing manis Universiti Miami telah melakukan
pemindahan sel tulang belakang yang rosak kepada Demijohn seorang
kaunselor dari Farewell, Michigan.

Sel tersebut adalah sumbangan seorang pesakit kepada Demijohn.
Pembedahan itu juga menjadikan Demijohn sebagai orang pertama menerima
sel tulang belakang tanpa menjalani pembedahan organ lain pada masa
yang sama.

Demijohn menderita sakit kencing manis tahap pertama sejak berumur
tujuh tahun menyebabkan dia terpaksa bergantung hidup sepenuhnya kepada
proses suntikan insulin yang mengawal tahap pengambilan gula dalam
badan. - Reuters.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Kencing manis: Risiko keguguran tinggi Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum