FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mengenal punca keguguran

Go down

Mengenal punca keguguran Empty Mengenal punca keguguran

Post by Fieza Fri 28 Mar 2008, 6:58 pm

Mengenal punca keguguran


Mengenal punca keguguran Kn_01_big
KECACATAN kromosom seperti Down's Syndrome antara punca keguguran.<hr noshade="noshade" size="1">
Oleh NAJIBAH HASSAN
BAGI pasangan yang masih belum
mempunyai cahaya mata dan pernah mengalami keguguran, isu ini mungkin
sesuatu yang agak sensitif untuk dibincangkan.
Malah, tidak kurang yang beranggapan keguguran yang berlaku sehingga
menimbulkan rasa bersalah ini berpunca daripada tindakan mereka.
Hakikatnya, keguguran merupakan salah satu masalah yang kerap
berlaku di mana kurang dari 10 peratus kehamilan berakhir dengan
keguguran.
Ketua Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia dan Pakar
Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Kuala Lumpur - Universiti Putra
Malaysia (HKL-UPM), Prof. Madya Dr. Noraihan Mohd. Nordin berkata,
selain hipertensi yang boleh menyebabkan eklampsia dan pre eklampsia,
keguguran merupakan satu lagi ancaman sepanjang tempoh kehamilan.
Menurut beliau, keguguran sebenarnya boleh berlaku kepada mana-mana
wanita hamil tanpa satu sebab yang dapat diketahui dengan jelas.
``Malah, ia juga bukan berpunca daripada sesuatu keadaan atau tindakan yang dilakukan oleh pasangan terbabit,'' jelasnya.
Secara umum, keguguran didefinasikan sebagai kelahiran atau kehilangan janin yang telah terbentuk sebelum 28 minggu kehamilan.
Kesemua senario secara semula jadi yang dikenali sebagai spontaneous miscarriage berlaku secara spontan.
Keguguran spontan ini menyebabkan janin, uri dan kantung terkeluar dari rahim melalui pintu rahim.
Namun, bergantung kepada jenis keguguran yang dialami bukan kesemua produk kehamilan ini akan keluar sekali gus.
Menurut Dr. Noraihan, dianggarkan 10 peratus wanita yang keguguran
mengalami pendarahan dan kekejangan pada 20 minggu pertama kehamilan.
``Daripada jumlah ini, separuh daripada mereka akan mengalami keguguran secara spontan.
``Dalam kes-kes keguguran secara spontan, 50 peratus janin tidak
terbentuk dengan sempurna, manakala dalam kumpulan ini 50 peratus janin
mengalami kecacatan kromosom,'' jelasnya.
Beliau menambah, dalam kebanyakan kes, punca keguguran tidak dikenal pasti.
Namun, keguguran boleh berlaku jika janin atau tisu-tisu yang
bercantum dengan tumbesaran janin tidak terbentuk dengan sempurna.
Bagaimanapun, wanita yang pernah mengalami keguguran masih boleh hamil secara normal pada masa akan datang.
Sehubungan itu, wanita yang tidak mengalami pusingan haid dan
mengalami tanda-tanda hamil serta mengalami pendarahan dinasihatkan
supaya menjalani pemeriksaan doktor.
Ini bertujuan untuk mengesahkan sama ada mereka hamil atau sebaliknya dan untuk memastikan keadaan kandungan.
Menurut Dr. Noraihan, pada kes-kes keguguran terancam, pendarahan akan keluar sedikit demi sedikit.
Dalam 50 peratus kes ini, pendarahan terhenti dan kandungan akan membesar hingga sembilan bulan.
Dalam 50 peratus kes pula, proses keguguran akan berlanjutan hingga ke peringkat keguguran yang tidak dapat dielakkan.
``Pendarahan akan berlaku lebih banyak, sakit pada ari-ari dan pintu rahim mula terbuka,'' katanya.
Pada peringkat keguguran berlaku, sekiranya separuh saja yang keluar
dikenali sebagai incomplete abortion, manakala jika semua janin habis
keluar dipanggil complete abortion.

Punca
- Kecacatan dari segi struktur dan genetik
- Kecacatan kromosom
- Kelainan pada rahim
- Jangkitan faraj
- Masalah kromosom daripada salah seorang
pasangan
- Masalah auto imun
- Masalah ketidakseimbangan hormon yang
dikaitkan dengan corpus luteum
- Genetik kedua-dua ibu bapa memiliki banyak
persamaan yang dikenali sebagai alli imune
disorder
Keguguran spontan ini terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu:
Keguguran terancam (Threatened Abortion - TA)
Pendarahan yang berlaku pada peringkat awal kehamilan dianggap sebagai keguguran terancam.
Dianggarkan 1/4 daripada wanita hamil mengalami pendarahan semasa dua trimester yang pertama.
Bagaimanapun, hanya separuh daripada mereka yang mengalami keguguran.
Wanita yang mengalami TA biasanya dapat dikenal pasti melalui gejala-gejala seperti:
a. Pendarahan yangg tidak diiringi rasa sakit
b. Janin dalam kandungan masih hidup
c. Pintu rahim masih tidak terbuka
d. Ibu tidak menghadapi sebarang masalah
Daripada keseluruhan mereka yang mengalami TA, terdapat kemungkinan
50 peratus dapat meneruskan kehamilan, manakala 50 peratus yang lain
mengalami keguguran.
Rawatan terbaik untuk wanita yang mengalami TA ialah berehat bagi mengurangkan kekejangan yang dialami.
Pada masa yang sama, pesakit dinasihatkan supaya tidak melakukan hubungan seks dalam sementara waktu.
Keguguran yang tidak dapat dielakkan (Inevitable Abortion - IEA)
IEA diertikan sebagai pendarahan yang disertai dengan pengembangan laluan pangkal rahim.
Pada peringkat lanjut, pintu rahim telah mula terbuka. Pendarahan
yang berlaku lebih teruk dari TA dan disertai sakit perut di bahagian
ari-ari.
Keguguran tidak lengkap (Incomplete Abortion - ICA)
Keguguran jenis ini berlaku ekoran daripada TA.
Pesakit akan mengalami pendarahan yang serius disertai rasa sakit perut.
Biasanya, ICA menyebabkan pintu rahim terbuka dan sebahagian produk kehamilan terkeluar.
Janin yang gugur ini berumur dalam lingkungan kurang dari 16 minggu.
Keadaan ini boleh dikenal pasti oleh pesakit sendiri atau melalui
pemeriksaan.
Wanita yang disahkan ICA perlu membersihkan rahim mereka bagi
mengelakkan janin yang mati dalam rahim dijangkiti kuman atau bakteria.
Keadaan ini boleh membawa kepada Septic Abortion.
Keguguran akibat jangkitan kuman (Septic Abortion - SA)
Ia merupakan keguguran yang dikaitkan akibat berlakunya jangkitan dalam rahim ekoran pereputan tisu.
Jangkitan bakteria ini juga boleh berlaku melalui penggunaan
alat-alat kurang bersih yang digunakan untuk melakukan keguguran
elektif.
Malah, tisu-tisu yang masih tertinggal yang tidak dibersihkan dengan sempurna juga boleh menimbulkan masalah yang serupa.
Jangkitan ini boleh merebak pada tisu-tisu janin dan dinding rahim, otot-otot rahim atau organ berhampiran.
Antara gejala yang dialami oleh wanita terbabit ialah:
- Demam yang teruk
- Menggigil
- Sakit perut yang teruk
- Kekejangan yang berterusan
- Pendarahan yang teruk
- Sakit belakang
- Keputihan yang berbau busuk
Sekiranya keadaan mereka bertambah serius, pesakit boleh mengalami renjatan seperti:
- Tekanan darah dan suhu badan rendah
- Masalah pernafasan
- Penghasilan air kencing yang sedikit atau tiada
langsung
Sekiranya SA tidak dirawat segera, ia boleh mengakibatkan kematian.
SA juga boleh berpunca daripada keguguran haram sama ada dengan
menggunakan bahan-bahan kimia atau alat-alat tertentu seperti buluh
runcing atau lalang tajam.
Penggunaan bahan-bahan ini bukan saja berbahaya, malah ia juga tidak bebas dari kuman.
Keguguran lengkap (Complete Abortion - CA)
Wanita yang mengalami CA biasanya mengalami gejala-gejala seperti pendarahan, sakit perut dan pengeluaran tisu-tisu.
Selalunya, keguguran yang berlaku selepas 16 minggu adalah lengkap kerana semua janin terkeluar dari rahim.
Keguguran tertinggal (Missed Abortion - MA)
MA diertikan sebagai janin yang mati tetapi masih berada dalam rahim.
Biasanya, janin berusia kurang daripada 28 minggu dan rahim tidak membesar seperti biasa.
Pada peringkat awal, wanita terbabit biasanya mengalami gejala
kehamilan seperti pembengkakan buah dada, kerap membuang air kecil atau
loya pada waktu pagi.
Bagaimanapun, gejala ini akan berkurangan.
- Sesetengah wanita, mungkin mengalami pendarahan berwarna coklat yang sedikit tetapi berterusan.
- Diagnosa yang dibuat melalui pemeriksaan dan ultrasound.
- Wanita yang disahkan mengalami MA dinasihatkan supaya membersihkan rahim bagi mengelakkan jangkitan kuman.
- Bagi kandungan yang kurang daripada 14 minggu, pembersihan melalui
Dilatation&Curettage (D&C) perlu dilakukan oleh doktor yang
bertauliah.
- Bagi kandungan yang lebih besar, pesakit akan diberi ubat untuk membuka pintu rahim bagi membolehkan kontraksi pada rahim.
Keguguran berulang (Recurrent Abortion - RA)
Keguguran yang berlaku lebih tiga kali setiap kali seseorang wanita hamil.
Ini mungkin disebabkan oleh masalah pada ibu, rahim, pangkal rahim dan janin.
Masalah kesihatan ibu juga boleh mengakibatkan keguguran seperti:
a. Jangkitan kuman sifilis atau torches
b. Penyakit-penyakit seperti SLE, ketidakseimbangan
hormon, penyakit talasemia dan
lain-lain.
c. Kelainan pada rahim
d. Struktur rahim yang abnormal
e. Masalah fibroid
f. Pintu rahim yang tidak kuat
g. Masalah genetik seperti kromosom ibu yang tidak
normal.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Mengenal punca keguguran Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum