Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
+4
atira
ZA_70
noni
Fieza
8 posters
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Sewaktu Kehamilan dan Saat Kelahiran / Penjagaan Ibu
Page 1 of 1
Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
Bersama Dr Rubiah K Hamzah
bminggu@bharian.com.my
Wanita hilang pertimbangan menjadi pemarah, pernah cuba bunuh diri kerana terlalu tertekan masih belum punyai zuriat
SOALAN
SAYA mengalami keguguran setelah disahkan mengandung 8 minggu.
Saya terlalu inginkan anak. Bagaimanapun, selepas mengalami keguguran
saya berasa sangat tertekan sehingga tidak dapat mengawal keadaan. Saya
sering menyalahkan suami kerana menganggap dia adalah puncanya. Suami
sentiasa sibuk dan sering kerja di luar kawasan. Ketika saya masih
dalam pantang dia sering tiada menyebabkan saya rasa semakin tertekan.
Saya tidak berpantang seperti orang lain dan bekerja seperti biasa
untuk menghilangkan rasa sunyi dan sedih. Saya berasa benci kepada diri
sendiri, berubah menjadi seorang yang pemarah dan saya juga pernah cuba
untuk membunuh diri. Disebabkan berasa terlalu tertekan saya hilang
pertimbangan diri dan berpisah dengan suami yang saya kahwini sejak
enam tahun lalu. Saya masih sayangkannya dan ingin meneruskan rumah
tangga kami. Adakah saya gila meroyan? Bantu saya puan kerana saya
terlalu tertekan sedangkan peristiwa sudah lima bulan berlalu.
Isteri Sedih.
JAWAPAN
TERIMA kasih kerana sudi mencari penyelesaian kepada masalah
yang sedang puan hadapi. Persoalan yang puan kemukakan adalah persoalan
yang terlalu banyak bersangkutan dengan hal yang sudah berlaku dan
berlalu. Ibarat kata pepatah Melayu ‘nasi sudah menjadi bubur’.
Namun, sebagai hamba Allah puan tidak wajar membiarkan diri puan
terlantar dalam dakapan derita sepanjang hayat kerana itu bukan acuan
hidup orang beriman. Puan hanya berada dalam situasi yang menekan
perasaan atau dalam istilah tenggelam dalam emosi saja disebabkan
harapan tidak kesampaian secara berseorangan, tanpa dapat sokongan dari
suami.
Akibat situasi itu puan berasa sangat tertekan, lalu
mengalami stres fizikal, mental, emosi dan spiritual lalu mencari sebab
kepada kejadian itu. Apabila tidak menemui sebab sebenar masalah puan,
maka puan mula menyalahkan diri sendiri, suami dan situasi, tanpa
mendapat sebarang khidmat nasihat daripada orang yang puan percayai.
Keadaan bertambah buruk apabila suami tidak menjadi seorang
yang boleh meredakan masalah puan dan tidak mampu membantu puan melalui
saat yang getir itu hingga menyebabkan perceraian yang tidak membantu
ke arah meredakan dan meringankan masalah yang dihadapi. Malah, lebih
memburukkan keadaan ialah kekeliruan yang puan alami. Akhirnya puan
terus berperang mencari jalan untuk membaiki diri lalu menemukan
istilah gila meroyan.
Gila meroyan tidak serius jika dirawat lebih awal. Gila
meroyan biasanya berlaku kepada ibu yang melahirkan bayi cukup bulan,
tetapi darah kotor yang mengiringi bayi tidak habis keluar lalu
tersimpan dalam rahim agak lama tanpa rawatan. Puan hanya keguguran dua
bulan dan biasanya jika semuanya keluar ketika keguguran tidak ada kena
mengena dengan gila meroyan. Apatah lagi kebiasaannya orang keguguran
yang masih tertinggal sisa darah di rahim dinasihatkan oleh doktor yang
merawatnya membuat pembersihan rahim.
Oleh itu jangan beratkan kesulitan dengan alasan yang kurang berkaitan.
Nasihat Umi buat puan ialah belajar menerima semua perkara yang
terhidang dan laluinya dengan lapang dada dengan cara mendekatkan diri
kepada keyakinan kepada Allah. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah
untuk membuat hambanya kuat dan kembali bergantung dan menyerah
kepada-Nya. Perbanyakkan berdoa pada masa lapang, kerana doa adalah
cara yang paling berkesan “apabila manusia itu ditimpa kemudaratan, dia
memohon pertolongan kepada Rabbnya dengan kembali kepada Rabbnya,
kemudian apabila Rabb memberi nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan
kemudaratan yang pernah dia berdoa kepada Allah untuk menghilangkannya
sebelumnya itu……..(QS Az-Zumar: Ini bermakna sesiapa yang ingin
melepaskan dirinya daripada semua belenggu bencana dan kesedihan, maka
lisan mahupun hatinya tidak boleh lali untuk sentiasa berhubungan
kepada Dzat Yang Haq dengan cara memuji dan mengagungkan-Nya.
Antara kandungan doa yang dilakukan harus berbentuk pujian,
pernyataan syukur dan pengakuan terhadap kurnia yang Allah berikan,
permohonan kenikmatan, pertolongan dari Allah dan permohonan ampunan
kerana selama ini mengabaikan Allah dalam hidup. Mungkin puan diuji
kerana selama ini tidak menjadikan Allah di depan mata, maka
faedah-faedah yang dia dapat akan berubah menjadi kerugian dan
kehilangan, kegembiraan yang diperoleh akan bertukar menjadi kesedihan
dan kebaikan akan berubah menjadi bencana. Mudah-mudahan puan akan
menemui keriangan hati, lapang dada dan ketenangan hati kerana hidup
dengan rasa dekat dan benar kepada Allah sebagai pedoman serta gembira
melakukan kebaikan. Amin.
<li>Bagi pembaca yang ingin berkongsi masalah dan pendapat
dengan Dr Rubiah K Hamzah, anda boleh menghantar soalan ke alamat
Ruangan Kaunselor Anda, Berita Minggu, Balai Berita, 31, Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur atau e-mel bminggu@bharian.com.my</li>
DICETAK DARI BERITA HARIAN

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
apa2 pun,kuatkan iman sbb tu bila wanita mengandung ni kena lebih dekatkan diri dgn Allah s.w.t supaya dilindungi dan dikuatkan iman.wanita mengandung ni ibarat kata org tua2: "Bau harum nya meretasi 7 buah gunung dan 7 lautan......." Itu bermaksud,syaitan stiasa nak menyesatkan mereka sbb wanita hamil mmg byk mengalami perubahan emosi dan sbgainya.....
noni- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : surirumah takde tangga
Gender :
Jumlah Post : 1148
Umur : 44
Tarikh Register : 28/12/2007
Reputation : 24
Points : 6594
Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............
Re: Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
Eeemmm...betul tu noni...lagi pun sebagai suami perlu beri sokongan moral yang tak berbelah bagi kepada isteri terutama di saat2 isteri amat memerlukan suami selain ahli keluarga yg lain..
ZA_70- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : STUDENT POS BASIK
Gender :
Jumlah Post : 280
Umur : 64
Tarikh Register : 27/10/2008
Reputation : 7
Points : 6142
Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....
Re: Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
klu lpas bersalin pun ade gak yg meroyan n muram kan...
ke gane noni.....hehe
ke gane noni.....hehe
atira- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : lepak2..tp tingkat
Gender :
Jumlah Post : 2365
Umur : 34
Tarikh Register : 15/08/2007
Reputation : 12
Points : 6647
Character sheet
Mutiara Kata saya: Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci ALLAH kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat kelak
Re: Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
...rina pernah tgk org pompuan meroyan ni..ada sorang kakak kt tmpt keja rina dulu,dia meroyan pas bersalin..bila dia tgk je anak dia yg
dia lahirkn tu,ada je keinginan dlm hati dia nak bunuh anak tu.sian tgk kakak tu..anaknya terpaksa ditinggalkn kt umah mertua dia supaya dia
tak tgk..tp bila dia xtgk..dia jadi rindu n syg sgt2..suami kakak tu bawak dia gi berubat ngan cara kpg..ngan seorg ustaz.akhirnya ilang
meroyan dia tu.sakit meroyan ni,bkn leh ubat ikut perubatan moden cam kita ni..tp dr segi kaunseling,leh rasanya..
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
atira wrote:klu lpas bersalin pun ade gak yg meroyan n muram kan...
ke gane noni.....hehe
Kalau lepas bersalin kne meroyan gak, biasanya teman refer jer psychatric...untuk rawatan lanjut....
ZA_70- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : STUDENT POS BASIK
Gender :
Jumlah Post : 280
Umur : 64
Tarikh Register : 27/10/2008
Reputation : 7
Points : 6142
Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....
Re: Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
saya pernah jumpa pesakit ambil rawatan jiwa kerana meroyan, dikira anaknya lebih 10 orang (dalam berpenyakit dan dalam rawatan dan bila discaj dapat anak lagi ) hingga sekarang dah berusia lebih 50 tahun masih belum pulih penyakitnya. tatakala saya datang membuat rawatan keatasnya, dia kata dia mengandung walhal dia tiada mengandung...
rubaniibrahim- SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender :
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5943
Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...
Re: Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
kesian kengkadang tgk dorang ni..kalau gila dr mula xpa gak..ni gila meroyan sampai berlarutan..huhuhu..
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
ade ker cara...xmau kasi meroyan rieyna..
atira- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : lepak2..tp tingkat
Gender :
Jumlah Post : 2365
Umur : 34
Tarikh Register : 15/08/2007
Reputation : 12
Points : 6647
Character sheet
Mutiara Kata saya: Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci ALLAH kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat kelak
Re: Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
atira wrote:ade ker cara...xmau kasi meroyan rieyna..
pantang larang kena jaga tira..actually,meroyan ni byk jenis..rina ingt dulu masa rina jadi student,rina pernah baca buku meroyan ni..rugi lak masa tu tak photostat.kalau tak,leh kongsi2 kat sini..
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depression, maternity blues atau puerperal psychosis. Dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan.Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang.Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap yang ringan sahaja dan tidak membahayakan.
Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada 3 peringkat utama iaiatu :-
Gejala Maternity Blues

- Postpartum Blues - jenis ini sering dialami, ia bersifat ringan dan kebanyakannya pulih sendiri tanpa rawatan
- Penyakit kemurungan - kebanyakkannya memerlukan perhatian dan rawatan segera
- Psikosis - boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat
Gejala Maternity Blues
- Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang
- Gejala
memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke
5) memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan
menyedari beliau kini berhadapan situasi menerima orang baru - Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa 2 minggu tanpa rawatan perubatan
- Wania ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya
- Berlaku sekitar 10% - 15% dalam masyarakat
- Wanita
yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum
sebelumnya serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan
postpartum. - Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi kesan ketara berbanding maternity blues
- Mudah
menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan,
memikir ingin membunuh diri dan sering berfikir untuk mati - Kerap
cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh
juga mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin
mencederakannya.
- Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan
- Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin
- Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya
- Mempunyai
kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya.
Mendengar bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya. - Berisiko untuk membunuh diri atau bayi
- Mengenalpasti maternity blues dan kemurungan
- Memberi
perhatian dan layanan. Layanan yang diberikan sewaktu jagaan berpantang
agar beliau merasakan mendapat perhatian dan tidak rasa keseorangan - Berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul dan sebagainya
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
kalau org tua2..
dieorang kate yg gile meroyan ni selalunye xikut pantang larang
aku pon xtau sgt..sebb aku blom mengandung malahan belum berkahwin
hohohohoho

slipar_jpon- KERABAT TEGAR SENIOR
- Negeri :
Jawatan : DG 41
Gender :
Jumlah Post : 1440
Umur : 38
Tarikh Register : 09/09/2008
Reputation : 0
Points : 6897
Re: Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
tau pon tak kawen lagik, hbs tuh bile nak kawen....
EWAN- KERABAT TEGAR
- Jawatan : studen..
Gender :
Jumlah Post : 776
Umur : 33
Tarikh Register : 13/01/2009
Reputation : 9
Points : 6578
Character sheet
Mutiara Kata saya: malas adalah racun paling berbisa, rajin adalah ubat yang paling mjarab.
Re: Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
tgu org masuk meminang
slipar_jpon- KERABAT TEGAR SENIOR
- Negeri :
Jawatan : DG 41
Gender :
Jumlah Post : 1440
Umur : 38
Tarikh Register : 09/09/2008
Reputation : 0
Points : 6897
Similar topics
» Pertanyaan: tugas MLT
» Toyota Vios : Gila-Gila Bikin Vios....
» penjenayah vs kaunselor
» situasi Ketua jabatan di tempat anda bekerja? pernah anda dihina, dimaki?
» TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM
» Toyota Vios : Gila-Gila Bikin Vios....
» penjenayah vs kaunselor
» situasi Ketua jabatan di tempat anda bekerja? pernah anda dihina, dimaki?
» TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Sewaktu Kehamilan dan Saat Kelahiran / Penjagaan Ibu
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak