FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kurang Garam, Jauhi Risiko 'Darah Tinggi'

Go down

Kurang Garam, Jauhi Risiko 'Darah Tinggi' Empty Kurang Garam, Jauhi Risiko 'Darah Tinggi'

Post by MaStErMiNd Mon 08 Apr 2013, 10:51 pm


Kurang Garam, Jauhi Risiko 'Darah Tinggi' Tekanan+darah+tinggi
Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Orang di sekitarnya pasti akan memandang wanita ini dengan penuh kehairanan sebaik sahaja mendengar permintaannya yang agak 'pelik' kepada pelayan restoran.

Tetapi itulah gelagat Nor Suraya Ali (nama samaran) setiap kali memesan air kegemarannya, jus buah epal hijau yang mesti dicampurkan dengan garam.

Sekiranya tidak memenuhi citarasa, botol garam di depan matanya akan terus dicapai dan ditaburkannya ke dalam gelas jus berkenaan.

Menyukai makanan 'masin' adalah antara lumrah kehidupan masyarakat, namun ia akan menjadi luar biasa apabila kenikmatan itu turut melangkaui sehinggalah membabitkan air minuman.

Semuanya bukan kerana apa, tetapi dek obsesi melampaunya pada rasa masin sehinggalah begitu menyukai segala makanan dan minuman yang bersangkut-paut dengan rasa masin.

GARAM WAJIB ADA

"Saya sukakan rasanya. Selain rasa sedikit masin, ia juga seperti berlemak," kata suri rumah ini kepada Bernama.

Begitulah ketagihan Nor Suraya kepada segala benda yang masin dan ia bermula sejak beliau kecil lagi dan berterusan sehinggalah saat ini.

Tidak cukup dengan rasa masin pada masakan, ditambah pula dengan hidangan budu, kicap masin semasa penyediaan makanan bersama keluarga. Selain itu, wanita Kelantan ini juga amat menggemari ikan masin dan boleh menghabiskan separuh biji telur masin dalam satu masa.

Baginya apa yang penting adalah kenikmatan dan kepuasan selera yang diperoleh daripada rasa masin sehinggalah sanggup 'menidakkan' hasil diagnosis doktor selepas kerap diserang pening kepala dan rasa hendak pitam.

Dalam umur yang masih muda, 27, Nor Suraya dipercayai menghidap darah tinggi. Biarpun begitu, beliau tetap meneruskan obsesinya pada rasa masin cuma dikurangkan sedikit setelah dinasihati suami.

"Saya macam tidak percaya kerana masih muda, tidak mungkinlah boleh dapat penyakit darah tinggi," katanya.

MINAT 'MASIN' KERANA MI SEGERA

Berlainan pula dengan Salimah Hashim, 28, yang mula menggemari makanan masin selepas ketagihan mi segera dan makanan diproses dan ditinkan.

Semuanya bermula apabila anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini bekerja sebagai perunding kanan di sebuah syarikat swasta di Bangsar.

Kesibukan kerja menyebabkan wanita ini jarang memasak dan lebih gemarkan sesuatu yang ringkas, senang dan cepat.

Disebabkan itulah mi segera, makanan tin seperti sardin, sambal ikan bilis dan pelbagai lagi produk menunya menjadi pilihan utama wanita bujang ini untuk mengisi perut.

"Saya ada terbaca mengenai risiko mendapat penyakit darah tinggi akibat daripada pemakanan masin. Takut juga tu ada, tapi saya akan cuba kurangkan pengambilan makanan masin selepas ini," katanya.

DARAH TINGGI

Ketika ini, pengetahuan masyarakat lebih tertumpu kepada bahaya pengambilan gula secara berlebihan dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana, ia bukan sahaja menjadi amalan kehidupan tidak sihat malah menyumbang kepada peningkatan data pesakit diabetis dan obesiti.

Tetapi, tidak bagi garam. Mungkin ia disebabkan oleh kekangan maklumat mahupun penyebaran maklumat mengenai bahaya pengambilan garam secara berlebihan dalam jangka panjang.

Walhal, pengambilan garam tidak terkawal boleh meningkatkan tekanan darah dan berkait rapat dengan kejadian penyakit darah tinggi.

Pelbagai kajian sama ada dalam mahupun luar negara menunjukkan kesan positif yang saling berhubung kait dengan risiko pengambilan garam berlebihan dengan penyakit berkenaan.

Memburukkan lagi keadaan apabila seseorang individu yang menggemari rasa masin mengamalkan pula corak kehidupan sendentari, iaitu gaya hidup tidak aktif serta dibelenggu dengan pelbagai stres.

Ini kerana, sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit darah tinggi dan sekiranya tidak terkawal mereka berisiko diserang strok dan seterusnya penyakit jantung.

RAMAI RAKYAT MALAYSIA ALAMI DARAH TINGGI

Dianggarkan kira-kira 32.7 peratus rakyat Malaysia dewasa berumur lebih 18 tahun kini menghidap penyakit darah tinggi.

Justeru, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dipetik berkata: "Oleh yang demikian, pengurangan pengambilan garam boleh mengurangkan tekanan darah dan seterusnya mengurangkan kejadian strok dan penyakit jantung".

Selain risiko darah tinggi, pengambilan garam berlebihan juga boleh memberi kesan negatif terhadap buah pinggang.

KITA AMBIL TERLALU BANYAK GARAM

Tanpa kita sedari, sebenarnya budaya dan corak pemakanan masyarakat negara ini boleh dikatakan menjurus kepada pengambilan terlalu banyak garam dalam kehidupan seharian.

Mungkin ada mempertikaikan hakikat ini akan tetapi jangan lupa pada faktor 'garam tersembunyi' seperti kicap, cencaluk, belacan, sos, serbuk perencah monosodium glutamate (MSG), makanan siap diproses dan ikan masin.

Malahan, satu kajian rintis mengenai pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan kaedah analisis air kencing pada tahun lepas mendapati bahawa sos kicap soya adalah makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam yang tinggi.

Biarpun mungkin secara kasarnya kita telah menggurangkan penggunaan garam, tetapi kombinasi garam tersembunyi dalam bahan berkenaan sedikit sebanyak menyumbang kepada kadar penggunaan garam secara berlebihan.

Ini dapat dilihat apabila (dalam kajian yang sama) kandungan purata pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah 8.7 gram sehari iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu lima gram sehari.

Gaya kehidupan masyarakat hari ini yang lebih gemar makan di luar atau siap dimasak, makanan segera juga menghalang seseorang individu itu daripada mengamalkan pemakanan sihat.

BAGAIMANA KURANGKAN?

Bagi mereka yang menggemari makanan masin, sudah tiba masanya corak pemakanan harus diubah.

Ini boleh dilakukan dengan mengurangkan garam atau menggantikan perencah rasa dengan bahan perisa asli yang lebih berkhasiat dan sedap seperti rempah-ratus dan limau, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (PPM) Dr Tee E. Siong.

"Saya nasihatkan supaya cuba memasak sekurang-kurangnya pada hari minggu kerana ini boleh membantu kita mengawal bahan yang digunakan," katanya.

Selain itu, Menteri Kesihatan juga menggesa orang ramai supaya melaksanakan pemeriksaan kesihatan secara rutin dan kekalkan tekanan darah (BP) pada paras optimum iaitu 120/80 mmHG atau kurang daripada itu melalui langkah pengurangan garam.

Di samping itu galakan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, aktiviti sihat haruslah dipraktikkan selain mengurangkan pengambilan makanan diproses, segera, diawet, diasin, ditinkan, dibotolkan atau dijeruk.

Semua ini memerlukan komitmen. Mungkin pada awal ia agak sukar namun lama-kelamaan anda akan terbiasa dan akhirnya menjadi amalan bersama keluarga. Lagipun apalah salahnya berkorban 'rasa' untuk hari ini sekiranya ia dapat membantu menyumbang kepada usia panjang anda serta kesihatan yang baik.

-- BERNAMA
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14158

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum