FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rawatan pilihan tekanan darah tinggi

Go down

Rawatan pilihan tekanan darah tinggi Empty Rawatan pilihan tekanan darah tinggi

Post by Fieza Sat 05 Apr 2008, 8:07 pm

Rawatan pilihan tekanan darah tinggi

Oleh Nurul Anuar Kari

MASALAH tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan satu masalah
kesihatan global dengan anggaran satu pertiga penduduk dewasa dunia
melebihi umur 30 tahun menghidap penyakit tersebut.
Di Malaysia, mungkin lebih enam juta golongan dewasa, terutamanya
lelaki menghidap tekanan darah tinggi yang boleh berpunca daripada
pelbagai faktor.
Terdapat faktor yang tidak boleh diubah seperti warisan genetik
tetapi ada juga yang boleh diubah seperti kekerapan bersenam, merokok
dan amalan pemakanan.
Tekanan darah tinggi juga menjadi antara punca utama kepada serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan juga kebutaan.
Walaupun mudah dikesan, masalah tekanan darah tinggi masih sukar
dikesan berikutan tidak ramai yang mengambil berat mengenainya dan
tidak memikirkan mereka menghadapi risiko menghidapinya.
Ini menyebabkan ada antara mereka yang hadir dengan komplikasi
seperti masalah jantung atau buah pinggang apabila disahkan menghidap
tekanan darah tinggi.
Klasifikasi
Tekanan darah mempunyai dua bacaan iaitu tekanan darah sistolik dan
diastolik. Tekanan darah sistolik adalah lebih tinggi daripada
diastolik.
Tekanan darah optimum sistolik adalah 120 milimeter Merkuri (mmHg)
ke bawah, sementara diastolik pada 80 mmHg ke bawah (120/80 mmHg ke
bawah).
Mereka yang mempunyai tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih
diklasifikasikan sebagai menghidap tekanan darah tinggi dan mungkin
perlu mengambil ubat menurunkan tekanan darah, mengikut nasihat doktor.
Seperti juga diabetes, kebanyakan penghidap tekanan darah tinggi akan menghidap penyakit berkenaan untuk seumur hidup mereka.
Sehingga kini, belum ada ubat yang boleh memulihkan sepenuhnya
kedua-dua penyakit ini dan mengembalikan tahap kesihatan pesakit kepada
normal.
Bagaimanapun, penghidap tekanan darah tinggi yang dikesan awal
dengan tekanan di bawah 139/89 mmHg, dikenali sebagai prahipertensi,
boleh diberikan rawatan awal menggunakan ubat atau mengubah cara hidup
dan mengembalikan tekanan darah kepada normal.
Pengesanan dan rawatan awal ini dapat mengelakkan pesakit menghidap tekanan darah tinggi untuk seumur hidup mereka.
Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia dan juga Presiden Persatuan
Hipertensi Asia Pasifik, Datuk Dr. Azhari Rosman menjelaskan peratusan
penghidap tekanan darah tinggi di Malaysia telah meningkat dari 33
peratus pada 1996 kepada 42.6 peratus pada 2006 mengikut laporan
Tinjauan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang dijalankan setiap 10 tahun.
“Maklumat yang dikumpul menunjukkan peningkatan sebanyak 70 peratus dalam bilangan pesakit darah tinggi di negara ini.
“Walaupun masalah kesihatan ini merupakan antara faktor risiko
penyakit kardiovaskular yang boleh dirawat, kebanyakan penghidap
tekanan darah tinggi masih gagal dikesan,” katanya.
Menurut Dr. Azhari, ramai di kalangan mereka yang telah dikesan dan
disahkan menghidap tekanan darah tinggi pula tidak mengambil ubat
mengikut arahan doktor.
Tambahnya, hanya 26 peratus penghidap penyakit ini yang menjaga
pengambilan ubat mereka, iaitu peratusan yang sama dengan tinjauan pada
10 tahun lalu.
Peratusan penghidap tekanan darah tinggi di Malaysia yang menjaga
pengambilan ubat mereka juga jauh lebih rendah dari yang disasarkan dan
jauh ketinggalan berbanding lebih 50 peratus di Amerika Syarikat (AS).
Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira
satu daripada setiap lima kematian berpunca daripada penyakit
kardiovaskular seperti strok dan penyakit arteri koronari, iaitu
bersamaan dengan 1.6 juta kematian setiap tahun.
Sebahagian daripada kematian ini dapat dielakkan terutamanya jika
berpunca daripada tekanan tinggi yang boleh dirawat sekiranya dikesan
pada peringkat awal.
Menurut Dr. Azhari, dua objektif utama dunia perubatan adalah untuk
memanjangkan hayat pesakit dan juga untuk mengurangkan simptom penyakit
yang dihidapi mereka.
“Memandangkan tekanan darah tinggi merupakan satu penyakit yang
jarang menunjukkan simptom, cabaran utama adalah untuk meyakinkan
pesakit supaya terus mengambil ubat, seumur hidup mereka.
“Doktor yang merawat dan juga pesakit perlu menyedari bahawa rawatan
yang berkesan bukan setakat mengawal tekanan darah tetapi juga
mengekalkan tahap tekanan darah terus terkawal bagi mengelakkan
komplikasi jangka panjang,” jelas beliau.
Dr. Azhari menyatakan, dengan peningkatan pemahaman mekanisme
tekanan darah tinggi, terapi baru dan kini gabungan beberapa jenis
ubat, telah membolehkan penyakit ini dikawal dengan lebih baik.
Tambah beliau, rawatan juga kini dijalankan serentak dengan
perubahan cara hidup seperti mengurangkan berat badan, mengurangkan
pengambilan garam dan kerap bersenam.
Implikasi
Antara yang paling dikhuatiri berlaku kepada penghidap tekanan darah
tinggi adalah kerosakan kepada buah pinggang, jantung, otak dan mata.
Kesemua ini berlaku dalam jangka panjang jika tekanan darah tidak
dikawal sehingga jantung menjadi tebal dan semakin besar, serangan
jantung serta strok.
Kualiti hidup pesakit juga pasti menurun jika terpaksa bergantung
kepada rawatan dialisis selepas buah pinggang mereka rosak akibat
tekanan darah tidak dikawal.
Dr. Azhari menerangkan pendekatan terbaik adalah dengan pengesanan
awal melalui pemeriksaan tekanan darah sekerap mungkin memandangkan
lebih 64 peratus penghidap penyakit ini belum dikesan.
“Langkah pertama adalah diagnosis yang tepat iaitu mengambil bacaan
tekanan darah ketika pesakit tidak mengalami tekanan, sakit atau
mengambil ubat tertentu.
“Faktor-faktor tersebut akan mengganggu bacaan sebenar tekanan darah pesakit, sama ada lebih tinggi atau rendah,” ujarnya.
Beliau menegaskan penghidap yang disahkan mempunyai tekanan darah
tinggi perlu mengubah cara hidup dan menjalani rawatan mengikut nasihat
doktor.
Tambahnya, rawatan ubat dimulakan bagi memastikan tekanan darah
berada di bawah 140/90 mmHg tetapi pesakit juga perlu mengelakkan
merokok, berat badan berlebihan, kurangkan garam dan banyakkan
pengambilan sayur-sayuran.
Pengambilan ubat perlu mengikut saranan doktor dan mesti dimulakan
secepat mungkin jika penghidap tekanan darah tinggi dikesan mempunyai
masalah kesihatan seperti diabetes.
Kebanyakan pesakit tekanan darah tinggi juga mungkin perlu mengambil
lebih daripada satu jenis ubat untuk mencapai sasaran tekanan darah
masing-masing.
Mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang, masalah jantung atau
tekanan darah sistolik melebihi 160 mmHg pula sudah pasti akan
memerlukan lebih daripada satu jenis ubat.
Dalam pada itu, Dr. Azhari membangkitkan tahap kesedaran umum
tentang penyakit ini di Malaysia, terutamanya kawasan pedalaman yang
masih boleh ditingkatkan lagi.
“Orang ramai cenderung merasakan diri mereka sihat sehinggalah ‘dibuktikan’ sebaliknya.
“Sebilangan penduduk negara ini ‘tidak mahu tahu’ jika mereka
mempunyai tekanan darah tinggi sementara yang lain pula langsung tidak
tahu apa-apa mengenainya,” katanya.
Beliau menyatakan sebilangan daripada mereka ini juga tidak mahu membuat pemeriksaan tekanan darah.
Secara umumnya, lebih ramai lelaki yang menghidap penyakit ini berbanding wanita.
Namun, dalam lingkungan umur lewat 60 tahun sehingga 70 tahun, lebih
ramai wanita menghidap tekanan darah tinggi berbanding lelaki, mungkin
disebabkan putus haid dan jangka hayat wanita yang lebih panjang.
Selain itu, kira-kira 90 peratus warga emas berumur lebih 75 tahun
menghidap penyakit ini, terutamanya apabila keanjalan salur darah
semakin berkurangan.
Kemaskini
Dalam usaha meningkatkan keberkesanan kawalan tekanan darah tinggi,
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Hipertensi
Malaysia telah mengemaskini Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) untuk
rawatan penyakit tersebut. Kali terakhir CPG ini dikemaskini adalah
pada 2002.
Dr. Azhari menjelaskan maklumat mengenai penyelidikan besar terkini
turut disertakan dalam CPG yang baru dikemaskini ini, termasuk
penekanan beberapa perkara penting untuk rujukan doktor ketika merawat
pesakit.
“Garis panduan ini turut disertakan dengan maklumat sebilangan besar
ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk rawatan tekanan darah tinggi,
ada di antaranya merupakan tablet gabungan beberapa jenis ubat.
“Tablet gabungan beberapa jenis ubat mungkin menjadi pilihan bagi
ramai pesakit kerana ia memudahkan aturan pengambilan ubat setiap
hari,” katanya.
Dr. Azhari menekankan bahawa dengan memudahkan pengambilan ubat,
pesakit juga lebih cenderung untuk terus mengambil ubat mengikut
nasihat doktor.
Tambahnya, bagi individu tertentu, seperti mereka dengan tekanan
darah sistolik melebihi 160 mmHg, golongan warga emas dan mereka yang
mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit buah
pinggang, terapi gabungan ubat mungkin adalah pilihan terbaik.
Gabungan ubat-ubat tertentu juga dilihat dapat menurunkan tekanan
darah dengan lebih baik berbanding penggunaan hanya salah satu ubat
berkenaan.
Fakta ini turut ditekankan di dalam CPG tersebut dan selari dengan garis panduan Persatuan Hipertensi di Eropah dan AS.
CPG yang telah dikemaskini ini boleh diperolehi melalui laman web www.msh.org.my atau www.darahtinggi.com.
Selain itu, Dr. Azhari juga menjelaskan bahawa garis panduan untuk
Malaysia juga tidak jauh berbeza dengan garis panduan di Barat.
“Di AS, mereka membenarkan semua jenis ubat untuk rawatan dan
menjadikan ubat jenis diuretik (kurangkan garam melalui pembuangan
urin) sebagai pilihan utama.
“Malaysia pula memilih untuk mengelakkan ubat jenis Beta blocker
untuk rawatan awal atau bagi golongan muda kerana ia mempunyai banyak
kesan sampingan di samping meningkatkan risiko diabetes kepada
pesakit,” ujar beliau.
Menurut beliau, ubat jenis Beta blocker hanya digunakan untuk rawatan awal bagi pesakit serangan jantung atau penyakit koronari.
Antara kesan sampingan ubat jenis Beta blocker adalah peningkatan
berat badan, pengurangan sensitiviti insulin, mati pucuk dan
memburukkan lagi penyakit vaskular lain.
Terkini
Ketua Pegawai Eksekutif Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd.,
Richard Abela menyatakan tekanan darah tinggi merupakan pembunuh nombor
tiga di negara ini selepas serangan jantung dan kanser.
“Walaupun bilangan pesakit semakin meningkat, hanya enam daripada
setiap 100 pesakit berjaya mengawal dan mencapai sasaran tekanan darah
mereka.
“Oleh itu, adalah penting untuk memudahkan pengambilan ubat tetapi
tetap mengekalkan keberkesanan kawalan tekanan darah,” katanya.
Bersempena pemilihan terapi menggunakan tablet gabungan beberapa
jenis ubat berbanding hanya satu jenis ubat, Novartis baru-baru ini
melancarkan produk terbarunya yang dikenali sebagai Exforge.
Exforge menggabungkan dua ubat yang paling popular untuk merawat
tekanan darah tinggi, amlodipine dan valsartan, di dalam satu tablet.
Menurut Abela, tablet ini akan meningkatkan kualiti hidup jangka
panjang pesakit, mengurangkan kesan sampingan tetapi tetap memberikan
kesan yang sama baik seperti hanya menggunakan amlodipine atau
valsartan.
“Exforge terbukti membawa manfaat bukan sahaja bagi kesihatan pesakit tetapi juga dari segi kos perubatan yang lebih rendah.
“Tablet ini juga mengurangkan risiko pesakit memerlukan rawatan hospital atau dimasukkan ke wad,” dakwanya.
Fakta Exforge
* penyelidikan di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan Exforge membantu
sembilan daripada 10 pesakit mencapai sasaran tekanan darah diastolik
di bawah 90mmHg, atau penurunan lebih 10mmHg tekanan darah diastolik
dari asal.
* dikatakan dapat menurunkan kejadian edema pergelangan kaki sehingga 54 peratus berbanding penggunaan amlodipine sahaja.
* untuk rawatan tekanan darah tinggi golongan dewasa.
* mengandungi dos amlodipine dan valsartan lebih rendah tetapi berkesan seperti penggunaan salah satu ubat berkenaan sahaja.
* memudahkan rawatan pesakit dengan hanya memerlukan satu tablet sahaja setiap hari.
* tindak balas alahan (elergi) terhadap salah satu ubat lebih mudah diawasi dan ditangani dengan penggunaan dos lebih rendah.
* telah diluluskan di AS dan Kesatuan Eropah (EU) dan berada di
pasaran sembilan negara EU termasuk Switzerland, Jerman dan United
Kingdom (UK).
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Rawatan pilihan tekanan darah tinggi Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum