FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung

2 posters

Go down

Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung Empty Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung

Post by Lord Vlad Wed 29 Nov 2006, 12:48 pm

Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung Ayam


Wabak selesema burung merebak (utusan online)

SEOUL 28 Nov. � Wabak selesema burung dilaporkan telah merebak ke ladang ternakan kedua di negara ini ketika usaha membunuh puluhan ribu ayam masih dijalankan di ladang pertama di Iksan dekat sini.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan memberitahu, kes jangkitan kedua itu dilaporkan di sebuah ladang ternakan di daerah Hwangdeung.

Ladang Hwangdeung itu terletak kira-kira tiga kilometer ke barat daya sebuah ladang di kampung Seokmae yang mana virus H5N1 pertama ditemui pada minggu lalu.

Menurutnya, kedua-dua ladang ternakan itu terletak di pinggir bandar Iksan, kira-kira 230 kilometer ke selatan Seoul.

Berikutan penemuan kedua kes selesema burung itu, Kementerian Pertanian Korea Selatan menjelaskan, beberapa ujian dijalankan dan keputusan mengenainya diketahui lewat hari ini.

Ladang ternakan di Hwangdeung melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa tempatan selepas kira-kira 200 daripada 12,000 ekor ayam mati kelmarin.

�Jika kes selesema burung ini disahkan sebagai kes yang berbahaya, semua burung yang terletak dalam lingkungan kawasan seluas 500 meter dari ladang kedua akan dibunuh,�� kata seorang pegawai kuarantin di Iksan kepada AFP.

Menurut pegawai kuarantin itu, tiga tempat pemeriksaan yang dijaga oleh pihak berkuasa kuarantin dan polis didirikan di sekitar ladang Hwangdeung bagi mengawal pergerakan kenderaan dan manusia.

Kementerian Pertanian sudah pun menjalankan operasi membunuh puluhan ribu ternakan dan haiwan lain sejak wabak selesema burung dikesan di sebuah ladang di Seokmae.

Katanya, dalam tempoh dua hari sahaja, lebih daripada 170,000 ekor ayam di beberapa ladang dalam lingkungan kawasan sejauh 500 meter dari tapak pertama jangkitan di temui telah dibunuh dan ditanam.

Kementerian Pertanian juga bercadang untuk melengkapkan operasi pembunuhan ke atas 236,000 ekor ayam dan itik, 300 ekor **** dan 577 anjing menjelang Khamis ini.

� AFP


Last edited by on Thu 25 Jan 2007, 12:01 pm; edited 1 time in total
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung Empty Re: Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung

Post by Lord Vlad Wed 29 Nov 2006, 12:49 pm

Angka korban H5N1 meningkat 57 orang (utusan online)


JAKARTA 28 Nov. Angka korban akibat virus selesema burung di Indonesia meningkat kepada 57 orang berikutan kematian seorang wanita berusia 35 tahun hari ini.

Wanita itu meninggal dunia awal hari ini di Hospital Sulianti Saroso di sini selepas dirawat selama lebih seminggu, kata seorang pegawai daripada pusat penerangan selesema burung.

Kini 74 kes telah disahkan, termasuk 57 kes kematian, katanya.

Indonesia, negara keempat paling banyak penduduk di dunia, mempunyai kes kematian tertinggi akibat virus H5N1 itu dan sebahagian besar jangkitan berpunca daripada sentuhan dengan ternakan ayam yang berpenyakit.

Usaha untuk membendung penyakit itu terjejas disebabkan keengganan pemilik ternakan, terutamanya penternak belakang rumah untuk menyerahkan haiwan mereka yang sakit atau dijangkiti untuk dibunuh.

AFP
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung Empty Re: Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung

Post by Lord Vlad Thu 25 Jan 2007, 11:53 am

Malaysia berjaga-jaga hadapi selesema burung

(berita dari utusan online)

KUALA LUMPUR 24 Jan. Rakyat negara ini diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan penularan semula penyakit selesema burung.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah berjaga-jaga itu penting berikutan wabak tersebut kembali aktif di negara jiran, Korea, Jepun dan China.

Kesiapsiagaan Malaysia akan diletakkan kembali pada tahap tertinggi untuk mengelakkan penyakit tersebut menular ke sini.

Malaysia akan melarang import ayam, itik dan unggas termasuk hasilannya dari negara tersebut, katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, kementerian tidak akan bertolak ansur dan akan memusnahkan hasil unggas jika ia dibawa masuk ke negara ini secara tidak sah.

Selain itu, kementerian juga telah meletakkan Pasukan Bertindak Pantas (RAT) dalam keadaan bersedia di samping memastikan makmal-makmal veterinar sedia digunakan, katanya.

Pada masa yang sama, jelas beliau, bilik gerakan selsema burung di Putrajaya akan diaktifkan semula bagi memantau situasi penyakit tersebut di seluruh dunia.

Menurut Muhyiddin, semua negeri telah bersiap sedia untuk menjalankan operasi pemusnahan ayam dan unggas jika penyakit tersebut dikesan.

Persatuan penternak telah melahirkan kesediaan mereka untuk menghadapi wabak tersebut, katanya.

Muhyiddin turut menyeru orang ramai supaya memberi kerjasama kepada kerajaan di samping melaporkan segera kematian ayam yang luar biasa.

Beliau turut melarang orang ramai daripada membawa pulang produk ayam dan unggas jika melawat negara yang dijangkiti selesema burung.

Malaysia telah diisytiharkan bebas daripada selesema burung pada 22 Jun tahun lalu, tiga bulan selepas pemantauan menyeluruh dilakukan.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung Empty Re: Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung

Post by Lord Vlad Mon 05 Feb 2007, 10:25 am

Britain bunuh 160,000 ayam (utusan online)


HOLTON 4 Feb. Hampir 160,000 ekor ayam belanda dijadual dibunuh di Britain hari ini selepas wabak pertama virus selesema burung H5N1 disahkan berlaku dalam ternakan ayam itik tempatan.

Laporan akhbar mendakwa, pengurus-pengurus ladang ternakan dan Kementerian Alam Sekitar tidak bertindak dengan cukup pantas berikutan kematian kelompok pertama ayam tersebut sekalipun langkah keselamatan ketat sudah ditetapkan bagi mencegah virus itu merebak.

Sunday Telegraph mendakwa, 71 ekor ayam belanda di ladang di Holton, timur England itu mati secara misteri Selasa lalu tetapi perkara itu tidak dilaporkan kepada doktor veterinar sehinggalah Khamis apabila lebih 1,000 ekor lagi mati.

Laporan itu juga mendakwa, sebilangan daripada 1,000 pekerja ladang dibenarkan bergerak bebas dan memasuki 22 bangsal ayam belanda di tapak itu selama dua hari sebelum pergerakan mereka dihadkan.

AFP
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung Empty Re: Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung

Post by <<BLaCk>> Mon 05 Feb 2007, 4:51 pm

hmmm virus selsema burung ni dah makin educated..dah mcm mutan x plak..cepat betul dia merebak dan boleh transform jaadi virus baru..
<<BLaCk>>
<<BLaCk>>
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR

Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender : Male
Jumlah Post : 1584
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 12807

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan

https://paramedik.catsboard.com/

Back to top Go down

Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung Empty Re: Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum