FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penemuan baru diharap penawar selesema burung(utusan online)

Go down

Penemuan baru diharap penawar selesema burung(utusan online) Empty Penemuan baru diharap penawar selesema burung(utusan online)

Post by MaStErMiNd Wed 30 May 2007, 3:47 pm

Penemuan baru diharap penawar selesema burung


Penemuan baru diharap penawar selesema burung(utusan online) Flu%20burung


WASHINGTON 29 Mei – Sampel darah daripada empat mangsa yang sembuh selepas diserang virus selesema burung di Vietnam, didapati berjaya melindungi tikus daripada serangan virus H5N1, kata para penyelidik.
Menurut mereka, penemuan itu mungkin akan menawarkan penyelesaian baru kepada usaha merawat jangkitan virus selesema burung ke atas manusia dan mampu menjadi penawar sekiranya tercetus wabak H5N1 di kalangan manusia.
Para penyelidik dari Hospital Penyakit-Penyakit Tropika di Ho Chi Minh City, Vietnam yang diketuai oleh Dr. Cameron Simmons dilaporkan telah mengambil sampel darah dari empat penderma yang didiagnosis positif virus selesema burung di antara Januari 2004 dan Februari 2005 di hospital itu.
Kesemua mangsa itu sembuh setelah dirawat.
Simmons dan kumpulannya telah mencipta satu antibodi monoklonal yang dikhususkan untuk ‘menyerang’ protein tertentu dan dalam kes ini, ia menyerang protein yang terdapat di dalam virus H5N1.
“Kami mendapati teknik ini boleh melindungi dan meneutralkan jangkitan virus H5N1 ke atas tikus-tikus yang telah disuntik dengan virus berkenaan,’’ kata Simmons dalam jurnal Public Library of Science Medicine.
Berjaya
Menurutnya, tikus-tikus yang diberi antibodi itu berjaya disembuhkan sementara tikus yang tidak dirawat dengan antibodi berkenaan, mati tidak lama kemudian.
Rawatan antibodi itu dikenal pasti berjaya melindungi tikus-tikus itu selewat-lewatnya 72 jam selepas ia dijangkiti virus selesema burung berkenaan.
Keadaan itu menunjukkan ubat antivirus itu perlu diberikan secepat mungkin selepas jangkitan iaitu sebaik-baiknya dalam tempoh 48 jam untuk memastikan ia lebih efektif.
Menurut Simmons, pendekatan itu bukannya sesuatu yang baru kerana antibodi yang diambil dari darah manusia boleh merawat atau melindungi beberapa jenis jangkitan termasuk hepatitis, penyakit anjing gila serta virus yang menyerang saluran pernafasan.
Katanya, idea itu diambil daripada usaha menyelamat yang dilakukan menerusi teknik yang sama sewaktu wabak selesema Spanish pada tahun 1918.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat ini virus H5N1 telah membunuh 186 mangsa daripada 307 kes di seluruh dunia sejak tahun 2003.
– Reuters
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14158

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum