FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Selesema K***zir serang Mexico.........

2 posters

Go down

Selesema K***zir serang Mexico......... Empty Selesema K***zir serang Mexico.........

Post by kamalia Sun 26 Apr 2009, 9:20 pm

H1N1 disahkan jadi punca kematian berpuluh penduduk

BANDARAYA MEXICO: Sejenis virus selesema khinzir yang baru dikesan disahkan membunuh berpuluh penduduk di Mexico sehingga memaksa pihak berkuasa negara itu menutup sekolah, muzium, perpustakaan dan teater kelmarin mencetuskan kebimbangan penularan wabak itu ke seluruh dunia.

Kebimbangan terhadap virus baru itu - H1N1 - yang menggabungkan genetik K***zir, burung dan manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini turut menjangkiti sekurang-kurangnya lapan penduduk di Texas dan California, namun belum ada kematian dicatatkan di negara itu.

"Kami amat bimbang," kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham.

"Kami dapati apa yang berlaku ialah penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia."

Wabak itu menyebabkan kebimbangan di Mexico, di mana lebih 1,000 penduduk dilaporkan sakit. Penduduk di ibu negara itu mula memakai topeng mulut dan pihak berkuasa mengarahkan lebih banyak tempat awam di tutup.

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus khinzir itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya.
Selesema K***zir serang Mexico......... Mainpix2
GAMBAR virus H1N1 selesema K***zir yang diedarkan kelmarin oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat.


Pemangku Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Richard Besser berkata vaksin baru yang bersesuaian dengan virus selesema itu sedang dicipta.

Sekiranya kerajaan memutuskan penghasilan vaksin adalah perlu, pengeluar akan mula mengeluarkannya.

Sementara itu, di LOS ANGELES, pihak berkuasa kesihatan California menjangka lebih banyak pertambahan kes selesema itu akan dikesan selepas sekurang-kurangnya lapan penduduk di Amerika disahkan menghidapnya.

California yang mencatatkan enam kes seumpama itu berkata pihak kerajaan negeri bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa dan persekutuan di mana Gabenor Arnold Schawarzenegger mahu tindak balas segera dilaksanakan. – AP/Reuters

petikan akhbar BERITA HARIAN
kamalia
kamalia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : misi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 825
Umur : 39
Tarikh Register : 16/02/2009
Reputation : 7
Points : 6741

Character sheet
Mutiara Kata saya: If u think u are beaten,u are.If u think u dare not,u don't.If u'd like to win but think u can't,its almost certain u won't....

Back to top Go down

Selesema K***zir serang Mexico......... Empty Re: Selesema K***zir serang Mexico.........

Post by kamalia Mon 27 Apr 2009, 9:17 am

Kerajaan laksana empat langkah serta-merta hadapi wabak landa Mexico, AS, New Zealand

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan empat langkah serta-merta bagi memantau dan menghadapi risiko wabak selesema K***zir yang kini melanda Mexico dan Amerika Syarikat serta mula menular ke New Zealand, semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya sudah mengarahkan Bahagian Kawalan Penyakit di kementerian supaya mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau penyakit itu yang sudah mengorbankan 81 penduduk Mexico.

Serentak itu, katanya, semua pengamal perubatan termasuk di sektor swasta diarah memaklumkan kepada pejabat kesihatan daerah serta-merta jika wujud kes yang mempunyai tanda-tanda seperti dijangkiti penyakit itu.

"Kementerian Kesihatan juga sudah mula bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk membuat saringan terhadap pelancong dari luar negara dan rakyat Malaysia yang pernah melawat Mexico, California atau Texas, Amerika Syarikat selepas 17 April lalu.

"Selain itu, kita juga akan memaklumkan menerusi media massa dari semasa ke semasa mengenai perkembangan wabak berkenaan serta langkah pencegahan yang perlu diambil bagi mengelak ia merebak ke negara ini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Agensi berita antarabangsa melaporkan, selain 81 yang maut akibat selesema K***zir di Mexico, 12 kes baru wabak itu sudah disahkan di Amerika Syarikat iaitu di Kansas, California dan Texas, manakala New York turut dikhuatiri terjejas.

Sementara itu, buat pertama kalinya semalam, pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema K***zir dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan 854 kes selesema K***zir dikesan di Mexico sehingga memaksa pihak berkuasa negara itu menutup sekolah, muzium, perpustakaan dan teater serta membuat saringan di semua pintu masuk dan keluar.

Laporan WHO itu juga menyebut kebanyakan kes selesema K***zir yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik K***zir, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.
Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan K***zir.

Sehubungan itu, sebagai langkah tambahan, Liow turut meminta semua rakyat Malaysia yang pernah ke Mexico, Texas atau California selepas 17 April lalu, segera membuat pemeriksaan perubatan bagi memastikan mereka bebas penyakit itu.

"Adalah penting untuk kita segera mengesan semua rakyat negara ini yang pernah pergi ke tempat berlakunya wabak itu bagi membolehkan kementerian memastikan bahawa virus berkenaan tidak masuk ke negara ini.

"Kementerian memandang serius terhadap risiko selesema K***zir kerana WHO sudah memberi amaran bahawa virus berkenaan boleh merebak dan menyebabkan kematian dengan cepat," katanya.

Ditanya, kemungkinan kerajaan akan mengeluarkan larangan untuk rakyat negara ini berkunjung ke negara yang dilanda wabak itu, Liow berkata setakat ini tiada arahan daripada WHO untuk semua negara berbuat demikian.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, menasihatkan rakyat di negara ini supaya tidak cemas dengan situasi yang berlaku kerana Malaysia sudah bersedia sepenuhnya menghadapi kemungkinan risiko penularan sebarang penyakit berjangkit.

Beliau berkata, pengalaman yang diperoleh ketika menguruskan wabak penyakit berjangkit seperti Japanese Encephalitis (JE), Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) dan selesema burung sebelum ini boleh digunakan bagi memperkukuhkan sistem pengawasan.

"Kementerian mengambil serius perkara ini dan memberi jaminan negara mempunyai sistem mengesan virus terbabit dengan pantas, mengetahui puncanya dan mengawal penularan," katanya selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Ortodontik Malaysia (MAO), di sini.



PETIKAN AKHBAR-BERITA HARIAN-

  • Isnin, 27 April 2009 |
  • 2 Jamadilawal 1430
kamalia
kamalia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : misi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 825
Umur : 39
Tarikh Register : 16/02/2009
Reputation : 7
Points : 6741

Character sheet
Mutiara Kata saya: If u think u are beaten,u are.If u think u dare not,u don't.If u'd like to win but think u can't,its almost certain u won't....

Back to top Go down

Selesema K***zir serang Mexico......... Empty Re: Selesema K***zir serang Mexico.........

Post by aieyda Mon 27 Apr 2009, 8:20 pm

mcm2 penyakit..
dulu selsema burung..skang selsema K***zir..
aii..K***zir pun selsema jgk..hahahaa..
so jaga kebersihan diri masing2..
kalau sape2 rasa demam,letih,sakit tekak,muntah baik pi klinik atau hospital cepat2..
aieyda
aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri : Selesema K***zir serang Mexico......... Penang10
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 3994
Umur : 40
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 8046

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

Back to top Go down

Selesema K***zir serang Mexico......... Empty Re: Selesema K***zir serang Mexico.........

Post by aieyda Mon 27 Apr 2009, 8:30 pm

JPV ada vaksin selesema K***zir



[url=mailto://][/url]



KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mempunyai vaksin H1N1 untuk disuntik kepada ternakan K***zir bagi mencegah penularan wabak selesema K***zir di negara ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata jabatan hanya menunggu arahan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses vaksinisasi terhadap ternakan K***zir.

"Buat masa ini belum ada arahan untuk menyuntik vaksin H1N1 kepada ternakan K***zir di seluruh negara tetapi jika diarah dan keadaan memerlukan, sudah ada vaksin yang sedang dikaji bagi tujuan itu," katanya.

Dr Abd Aziz berkata, vaksin itu turut digunakan di ladang ternakan K***zir di luar negara sebagai langkah untuk memastikan ternakan itu bebas daripada jangkitan selesema K***zir.

Beliau berkata, setiap pengarah JPV telah diarah mengawal selia ladang ternakan di negeri masing-masing dan memaklumkan kepada ibu pejabat jika terdapat tanda-tanda ternakan di negeri mereka terkena wabak itu.

"Tindakan tegas akan diambil jika mereka gagal berbuat demikian. Pengarah juga harus memastikan semua penternak mematuhi arahan semasa bekerja di ladang ternakan K***zir dengan mewajibkan pekerja sentiasa memakai topeng mulut," katanya.

Dr Abd Aziz berkata, persatuan penternak negeri dikehendaki bekerjasama dengan JPV untuk melaporkan sebarang simptom berkaitan selesema K***zir.

"Jika ada tanda-tanda yang sama seperti virus influenza, demam yang tinggi, sakit tekak dan sakit badan, pekerja ladang perlu diberi cuti dan menjalani pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini jabatan belum menerima sebarang laporan berhubung wujudnya simptom selesema K***zir di negara ini.

Katanya, selesema K***zir berpotensi untuk menjangkiti burung tetapi kadar kemungkinannya adalah rendah.

"Jika selesema burung boleh berjangkit melalui pemakanan, sebagai contoh memakan ayam, selesema K***zir pula tidak boleh dijangkiti dengan memakan K***zir tetapi ia boleh dijangkiti melalui pembawaan manusia," katanya.

Maklumat lanjut mengenai wabak selesema K***zir boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-88810200 atau 03-88810300 atau layari laman web www.moh.gov.my. - Bernama


berita harian,isnin 27hb april 2009
aieyda
aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri : Selesema K***zir serang Mexico......... Penang10
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 3994
Umur : 40
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 8046

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

Back to top Go down

Selesema K***zir serang Mexico......... Empty Re: Selesema K***zir serang Mexico.........

Post by aieyda Mon 27 Apr 2009, 9:30 pm



Jutaan Penduduk Dunia Akan Mati Disebabkan Selsema



Dulu burung yang kena selsema sekarang K***zir pulak yang kena selsema. Wabak yang bermula di Mexico sedang masuk ke negara jiran iaitu Amerika Syarikat.

Apa itu H1n1?

Selalu dengar tapi tak tahu ertinya.. Mari kita tahu ringkasan apa yang wabak yang manusia satu dunia takut.

“H” bermaksud Hemagglutinin protein

“N” bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.

Bulan April 2009 ini dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1500 seluruh dunia telah dijangkiti. Macam bahaya sungguh virus ini. Masa wabak Selsema Burung dulu pun ramai yang terkorban, tapi penyakit selsema burung tersebar melalui burung.

Selsema K***zir ini disebarkan oleh manusia pula. Ini yang mencetuskan keadaan panik di Mexico dan Amerika Utara. World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 dengan situasi yang begini bersetuju untuk mengistiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa.

Dapatkan cerita/ berita terkini dari sana dengan membaca suratkhabar Mexico. Anda akan tahu betapa seriusnya wabak ini.

Ia juga boleh menyerang sesiapa sahaja meskipun bukan pemakan daging K***zir.

Lihat orang di sebelah anda, tidakkah anda gerun?

Sudah tiba masanya kita mengenal 'penyelamat' kita.

Diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah saw bersabda, “Hari kiamat tidak akan terjadi sampai seorang lelaki daripada Ahlul-Baytku datang, yang namanya sama dengan namaku.”


aieyda
aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri : Selesema K***zir serang Mexico......... Penang10
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 3994
Umur : 40
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 8046

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

Back to top Go down

Selesema K***zir serang Mexico......... Empty Re: Selesema K***zir serang Mexico.........

Post by kamalia Tue 28 Apr 2009, 3:51 pm

Kebanyakan negara perketat kawalan bagi elak penularan

BANDAR RAYA Mexico: Kebanyakan negara meningkatkan usaha mengekang penularan wabak selesema K***zir dengan Kesatuan Eropah semalam menasihatkan warga benua itu agar tidak mengunjungi negara terjejas dengan penyakit maut itu ketika Mexico melaporkan angka kematian meningkat 103 orang semalam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut bertindak membuka 'bilik perang' bagi memantau dan memberi arahan kepada kerajaan di seluruh dunia agar selesema K***zir tidak bertukar menjadi wabak besar-besaran atau pandemik yang mungkin menyebabkan jutaan orang maut.

Sementara itu di Madrid, kementerian kesihatan Sepanyol mengesahkan kes pertama selesema K***zir di negara itu semalam apabila seorang rakyatnya dijangkiti penyakit itu selepas kembali dari Mexico. Seramai 20 orang lagi disyaki menjangkiti penyakit itu.

Di WELLINGTON, New Zealand semalam melaporkan kes selesema K***zir disyaki dalam kumpulan pelajar kedua kembali dari Mexico.

Menteri Kesihatan, Tony Ryall, berkata dua pelajar dan ibu atau bapa seorang daripadanya adalah antara sekumpulan 15 orang yang baru kembali daripada lawatan kelas ke Mexico didapati menghidap selesema ringan dan diuji untuk selesema K***zir. Kelmarin, pihak berkuasa negara itu melaporkan sembilan pelajar dan seorang guru daripada sebuah kumpulan berasingan yang juga berada di Mexico 'kemungkinan' mendapat selesema K***zir.
Ujian dijalankan di makmal berdaftar dengan WHO di Australia untuk mengesahkan sama ada jangkitan di New Zealand adalah selesema K***zir. Keputusan dijangka diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi. – AP
kamalia
kamalia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : misi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 825
Umur : 39
Tarikh Register : 16/02/2009
Reputation : 7
Points : 6741

Character sheet
Mutiara Kata saya: If u think u are beaten,u are.If u think u dare not,u don't.If u'd like to win but think u can't,its almost certain u won't....

Back to top Go down

Selesema K***zir serang Mexico......... Empty Re: Selesema K***zir serang Mexico.........

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum