Selesema K***zir dianggap remeh
Page 1 of 1
05082009
Selesema K***zir dianggap remeh
Selesema K***zir dianggap remeh
BH Online - Surat 05.08.2009
KEGUSARAN semakin bertambah berikutan meningkatnya statistik kematian dan penularan wabak H1N1. Jangkitan tidak lagi gejala import tetapi lebih bersifat domestik.
Bagaimanapun selain pengumuman, iklan televisyen dan radio, penutupan sekolah serta institusi pengajian tinggi nampaknya tidak ada sebarang langkah awal dilakukan bagi mengekang gejala ini daripada terus menular.
Selain Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan beberapa tindakan kuarantin dan menghantar pulang pelajar serta pelatih ke kampung masing-masing, jentera negara dilihat seperti tidak prihatin dengan wabak ini.
Tidakkah Majlis Keselamatan Negara melihat ini sebagai satu ancaman bencana besar? Ataupun, perlukah menunggu petunjuk lain baru melaksanakan satu tindakan menyeluruh secara tergesa-gesa dan tidak terancang?
Rakyat biasa mungkin tidak memahami bahaya sebenar wabak yang selalu diberikan tafsiran remeh termasuk oleh pihak berwajib. Malah, wujud kenyataan mengejutkan yang menyamakan H1N1 ini dengan selesema biasa.
Kenyataan tidak bertanggung jawab ini memberi impak besar kepada rakyat yang mengambil tindakan meremehkan bahaya yang bakal di hadapi. Bolehkah kita salahkan mereka jika mengambil sikap demikian kerana tanggapan salah hasil pemahaman yang silap itu?
H1N1 adalah sejenis jangkitan wabak baru yang belum ada rekod boleh dijadikan sebagai perbandingan. Kita tidak tahu apa yang berupaya dilakukan penyakit ini. Malahan sehingga kini tidak ada rawatan khusus selain antiviral.
Sepatutnya, lama sebelum ini semboyan sudah dibunyikan oleh Pusat Kawalan Krisis Negara dan mereka sudah bersedia dengan pelbagai rancangan bagi menghadapi situasi ini. Apakah budaya sudah terhantuk baru terngadah masih menjadi pegangan?
Sepatutnya kita sudah ada garis pengukur jumlah jangkitan sebagai petunjuk kepada tahap seriusnya penyakit ini sebagai langkah berjaga-jaga. Jika statistik yang diberikan setiap hari tidak dilihat sebagai kayu pengukur apakah lagi indikator yang akan digunakan?
Rakyat perlukan satu agenda kukuh yang terancang dan boleh dilaksana serta diikuti secara serentak di peringkat nasional. Kita tentu tidak boleh menangani krisis ini secara terasing dan ikut-ikutan semata-mata. Kena perlu ada satu langkah secara besar-besaran dilaksanakan serentak. Masalah ini bukan lagi masalah terpencil, ia pula bukan masalah orang kaya atau terpelajar yang sering ke luar negara. Tetapi kini ia melanda sehingga ke kampung dan menyerang mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke luar negara.
Jentera Kawalan Krisis Negara perlu digerakkan segera. Jangan tunggu nasi sudah menjadi bubur baru memulakan langkah.
DR AHMAD ZAKI ISMAIL,
Penasihat Persatuan
Pengguna Islam Malaysia,
Kuala Lumpur.
Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas

HH- KERABAT FORUM
- Jawatan : PPP
Gender :
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 7035
Similar topics
» Selesema Burung | Berita Wabak Selesema Burung
» Keadaan TB kini perlu dianggap satu krisis
» Selesema K***zir serang Mexico.........
» BEZA FLU DENGAN SELESEMA
» Kewajaran lelaki yang dianggap 'romeo' diberi penghargaan.....

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak