Wajib bersegera qada solat
Page 1 of 1
Wajib bersegera qada solat
Wajib bersegera qada solat
SOALAN:
SAYA ada kemusykilan di dalam mengqada solat. Contohnya,
jikalau kita terlepas solat subuh adakah kita perlu gantikannya segera
pada waktu itu?.
Atau selepas waktu solat zohor? Sebabnya saya ada mendengar dari
kawan-kawan saya yang mengatakan gantikan solat wajib yang kita
tinggalkan selepas solat Isyak.
JAWAPAN:
SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama
membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi
mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat
bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.
Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah,
al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam
mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana
meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat
daripada dosa dituntut segera.
Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah
s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat
daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari
peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda
bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan
solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah
s.a.w dan para sahabat terus tidur.
Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya
sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan
sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari.
Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut.
Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada
diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua
sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh
Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para
sahabat.
Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa
yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia
teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya
Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku,
dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat
Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).
Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh
adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada
pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan
sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.
Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir
memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari
menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut:
ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada
pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1,
hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).
Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat,
adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi
mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh
‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).
Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan
al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah
dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.
Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan
menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang
tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada
melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh
dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh
al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).
Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan
ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan
pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.
Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak
ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap
kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan
tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada
selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.
Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas
perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata
menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri
bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak
bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.
Jika mengharap supaya Allah s.w.t mengampun dosa meninggalkan solat
wajib disertakan qada seperti mana yang disebut oleh Saidina Ali bin
Abi Talib mengenai taubat.
Beliau menyebut enam perkara yang menjadikan taubat itu benar:
menyesal terhadap perbuatan yang lepas, berazam tidak akan kembali
kepada kancah maksiat, mengembalikan hak orang yang dizalimi, meminta
halal pemilik barang sekiranya diambil tanpa izin pemiliknya,
melangsaikan ibadat fardu yang tertinggal, mendidik diri dalam mentaati
Allah s.w.t seperti mana dididik berbuat maksiat kepada Allah.
Solat itu adalah tiang agama pelihara ia nescaya kita dipelihara
Allah. Bagi sesetengah orang solat fardu pun sudah cukup berat
ditunaikan inikan pula mengqada yang tertinggal, pasti sukar.
Oleh yang demikian jangan sekali-kali bersikap malas atau alpa
daripada solat. Allah berfirman yang bermaksud, (Kalau orang Yang
demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka
Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang, (iaitu) mereka Yang
berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (al-Maa’un:4-5).

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» Jururawat wajib ikuti program CPD
» Rahsia Solat
» Asal Usul Solat
» Contohi solat Rasulullah
» Solat rendahkan kolesterol
» Rahsia Solat
» Asal Usul Solat
» Contohi solat Rasulullah
» Solat rendahkan kolesterol
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak