FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penyakit TB : Tuberkulosis tegar dan masih bertahan

Go down

28032008

Post 

Penyakit TB : Tuberkulosis tegar dan masih bertahan Empty Penyakit TB : Tuberkulosis tegar dan masih bertahan




Tuberkulosis tegar dan masih bertahan

Oleh: DATUK DR. ABDUL RAZAK MUTTALIF (Pakar Perunding Perubatan Respiratori Hospital Pulau Pinang)

Penyakit TB : Tuberkulosis tegar dan masih bertahan Kn_02_big
IMBASAN sinar-X dada pesakit merupakan antara kaedah yang boleh menunjukkan tahap kerosakan paru-paru akibat jangkitan tibi.


Penyakit TB : Tuberkulosis tegar dan masih bertahan Doktor-menulis-logo

AZMI mengalami batuk berpanjangan sejak dua minggu lalu dan hilang
selera makan. Doktor yang ditemuinya pula hanya memeriksa menggunakan
stetoskop dan kemudian memberikan ubat batuk, ubat demam dan
antibiotik.
Azmi bagaimanapun masih batuk selepas seminggu mengambil ubat dan
berat badannya turun sebanyak tiga kilogram. Secara tiba-tiba Azmi mula
batuk berdarah menyebabkan isteri dan bapa mentuanya bertambah risau
melihatkan keadaan Azmi yang semakin teruk.
Bapa mentua Azmi menyatakan kemungkinan dia telah disantau orang
dengki terhadapnya dan mengajak Azmi berjumpa bomoh. Bomoh yang ditemui
itu pula menyokong kemungkinan Azmi disantau dan melakukan upacara
untuk mengeluarkan santau di samping memberi air jampi dan herba akar
untuk rawatan.
Namun, keadaan Azmi semakin teruk selepas sebulan sementara rawatan
dari doktor dan bomoh berkenaan tidak menampakkan sebarang kesan kepada
Azmi. Akhirnya, Azmi dibawa ke hospital untuk rawatan. Selepas
pemeriksaan sinar-X dan kahak, dia didapati telah dijangkiti kuman
tuberculosis (tibi).
Imej imbasan sinar-X Azmi menunjukkan keadaannya sangat teruk
sementara kahaknya pula didapati mempunyai kuman tibi yang banyak di
samping mudah menjangkiti orang terdekat. Imbasan sinar-X ke atas
keluarga Azmi mengesahkan isterinya turut dijangkiti tibi tetapi pada
peringkat awal.
Azmi dimasukkan ke wad dan diberi ubat untuk membunuh bakteria tibi.
Selepas dua minggu, keadaannya semakin pulih dan cukup kuat untuk
berjalan sebelum dibenarkan keluar dari hospital. Doktor menasihatkan
Azmi supaya menyambung rawatan berkenaan selama enam bulan.
Isteri Azmi pula hanya menerima rawatan pesakit luar memandangkan
jangkitan padanya lebih mudah dirawat. Selain isterinya, terdapat
kemungkinan besar anak Azmi juga dijangkiti kuman tetapi belum
menunjukkan sebarang gejala.
Ini adalah satu senario di mana pesakit tibi lewat mendapatkan
rawatan sewajarnya sehingga menyebabkan ahli keluarga dijangkiti.
Pengalaman semasa bertugas di Kuala Terengganu dan lawatan ke
hospital-hospital di Kelantan telah mengenalkan saya kepada begitu
banyak senario seperti Azmi yang menyedihkan kerana penyakit tibi
adalah penyakit yang boleh dirawat. Rawatan awal boleh mengelakkan
kerosakan teruk kepada paru-paru dan mengelakkan orang-orang terdekat
daripada dijangkiti.
Seperti Azmi, ramai di kalangan masyarakat kita yang masih percaya
pada perbuatan santau dan akibatnya banyak penyakit yang boleh dirawat
pada peringkat awal tidak dapat dikesan atau gagal dirawat dengan
efektif. Pada zaman moden ini, penyakit tibi boleh dikesan pada
peringkat awal dengan adanya alatan yang serba canggih sementara
rawatan pula dapat diberikan dengan lebih cepat.
Namun, ada juga pesakit yang telah terbukti dijangkiti tibi melalui
imbasan sinar-X dan ujian ke atas kahak tetapi masih enggan menerima
rawatan kerana kepercayaan kuat terhadap santau dan ‘buatan orang’.
Sejarah tibi
Penyakit tibi telah dikesan pada tulang mumia dari zaman Firaun
merupakan antara punca kematian utama di Eropah pada kurun ke-16 dan
ke-17. Pada zaman itu, masyarakat Eropah juga berpendapat penyakit ini
berpunca daripada perbuatan syaitan.
Hanya pada 1882, seorang saintis, Dr. Robert Koch dari Jerman telah
menemui kuman tibi, Mycobacterium tuberculosis. Walaupun bakteria ini
telah dikenal pasti, rawatan tibi tidak ditemui sehingga ubat suntikan
Streptomycin diperkenalkan Salman Walksman pada 1943.
Ini diikuti suntikan BCG yang dimulakan oleh Calmette dan Geurin.
Dengan adanya ubat-ubat baru, rawatan tibi sekarang hanya mengambil
masa selama enam bulan. Ubat yang sama telah digunakan untuk rawatan
tibi sejak 60 tahun lalu di seluruh dunia sementara ubat-ubat baru
masih dalam peringkat kajian yang mungkin membolehkan rawatan tibi
dikurangkan kepada empat atau dua bulan sahaja.
Kuman tibi, selalunya masuk ke badan pesakit melalui udara dan
seterusnya ke dalam paru-paru. Dari sini, kuman tibi boleh merebak ke
seluruh badan melalui saluran darah atau saluran limfatik dan boleh
mengakibatkan tibi di seluruh badan.
Akibat penyebaran kuman tibi, terdapat tibi kelenjar, tibi selaput
otak, tibi tulang, tibi jantung dan tibi organ-organ lain. Untuk
mengesan kuman tibi di anggota-anggota berkenaan, doktor perlu
mengambil sampel biopsi organ tersebut.
Di Malaysia, 85 peratus kes tibi melibatkan paru-paru sementara 15 peratus lagi melibatkan tibi pada anggota badan lain.
Tanda-tanda tibi
Antara tanda tibi adalah batuk berlarutan (lebih dua minggu), demam
berpanjangan, badan berpeluh pada waktu malam, susut berat badan,
selera berkurangan dan batuk berdarah.
Dalam satu kajian yang saya jalankan di Hospital Pulau Pinang, hanya
20 peratus pesakit yang mengalami gejala-gejala tersebut dalam tempoh
kurang dua minggu menerima rawatan awal menyebabkan ada pesakit yang
hanya dikesan selepas batuk selama lebih satu tahun.
Lebih lambat penyakit tibi pesakit dikesan, lebih ramai yang akan dijangkiti kuman tibi.
Seorang pesakit tibi yang gagal dikesan boleh menjangkiti 20 individu lain setiap tahun.
Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan perlu menjalani ujian kahak dan imbasan sinar-X dengan segera.
Pemeriksaan dada biasa mungkin tidak menunjukkan sesuatu yang luar
biasa kerana penyakit tibi di peringkat awal agak sukar dikesan melalui
pemeriksaan fizikal sahaja.
Kebanyakan doktor gagal mengesan tibi kerana tidak mempunyai
kemudahan mesin imbasan sinar-X dan juga makmal untuk pemeriksaan kahak.
Diagnosis tibi
Pada 1882, Dr. Robert Koch mengesan kuman tibi dengan menggunakan
mikroskop dan kaedah ini masih digunakan dalam pemeriksaan kahak kerana
ia sangat berkesan dan murah. Dengan mikroskop yang semakin canggih,
kuman tibi juga boleh dikesan dengan lebih pantas, sekitar 30 minit
sahaja.
Ujian Mantoux adalah satu lagi kaedah yang boleh dilakukan untuk
mengesan jangkitan kuman tibi dengan memberikan suntikan cecair Mantoux
pada lengan kiri pesakit. Reaksi suntikan ini boleh dibaca selepas tiga
hari dengan melihat kepada kehadiran pembengkakan pada tempat suntikan
sebesar 10 milimeter.
Jika ujian Mantoux ini positif, doktor akan melakukan imbasan
sinar-X pada dada pesakit dan juga pemeriksaan kahak (jika batuk
berkahak). Ujian positif Mantoux menunjukkan kuman tibi telah memasuki
badan pesakit tetapi belum aktif.
Kuman tibi akan menunggu masa untuk menjadi aktif dan ini boleh
memakan masa antara satu bulan hinggalah berpuluh tahun lamanya,
bergantung kepada jumlah bakteria tibi dan daya tahan (imuniti) badan
pesakit.
Di dalam senario Azmi, anak-anak Azmi berkemungkinan besar mempunyai
ujian Mantoux positif memandangkan keadaan penyakit Azmi yang teruk
ketika didiagnosis.
Imbasan sinar-X pula merupakan cara yang mudah dan cepat untuk
mengesan jangkitan kuman terhadap paru-paru. Jika imej yang diperoleh
didapati tidak normal, kahak perlu diperiksa selama tiga hari
berturut-turut untuk mengesan kuman tibi.
Ujian darah untuk mengesan kuman tibi adalah sangat mahal dan hanya dilakukan untuk kes-kes tertentu sahaja.
DOT dan rawatan tibi
Bakteria tibi mempunyai dinding sel yang tebal dan amat sukar untuk
dibunuh menggunakan antibiotik. Kuman ini juga boleh hidup di dalam
sel-sel darah dan di dalam tisu anggota badan lain.
Oleh itu, rawatan tibi perlu terus diberikan selama enam bulan
supaya semua kuman di dalam dan di luar sel dapat dibunuh sepenuhnya.
Cara rawatan adalah dengan memberikan empat jenis antibiotik
sekaligus kepada pesakit. Ini adalah untuk mengelakkan kuman tibi
menjadi kebal kepada ubat (multidrug resistance TB). Pesakit perlu
mengambil ubat-ubat ini setiap hari bagi dua bulan pertama, sehinggalah
pemeriksaan doktor dijalankan.
Sekiranya pemeriksaan doktor menunjukkan kemajuan dari segi simptom,
imej imbasan sinar-X dan pemeriksaan kahak, cara pengambilan ubat akan
diubah kepada dua kali seminggu untuk empat bulan seterusnya. Imbasan
sinar-X dan ujian kahak perlulah dijalankan setiap dua bulan sepanjang
tempoh rawatan, sehinggalah pesakit didapati sembuh sepenuhnya
(selalunya hanya dalam tempoh enam bulan).
Seperti antibiotik lain, ubat-ubat untuk tibi juga mempunyai kesan
sampingan seperti loya, muntah, rasa gatal badan dan letih. Adalah
sangat penting pesakit memaklumkan doktor atau jururawat jika terjadi
sebarang kesan sampingan yang teruk.
Bagi memastikan pesakit mengambil ubat seperti yang diarahkan,
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperkenalkan kaedah rawatan
‘Directly Observed Treatment’ (DOT) pada awal tahun 1990-an. Kaedah DOT
memerlukan semua pesakit mengambil ubat di hadapan kakitangan kesihatan
(doktor, jururawat atau penolong pegawai perubatan) bagi memastikan
ubat dimakan setiap hari seperti yang ditentukan.
Ini juga akan memudahkan pesakit memaklumkan sebarang kesan
sampingan yang dialami ketika permulaan rawatan. Kaedah ini telah
dibuktikan berkesan di banyak negara, di mana peratusan kes sembuh tibi
meningkat sementara kadar kematian semakin berkurangan dan turut
mengurangkan kejadian kuman tibi menjadi kebal kepada ubat.
Kejadian kuman tibi yang kebal kini didapati meningkat di beberapa
negara di rantau Asia. Kuman jenis ini amat sukar dihapuskan dan kadar
kematian pesakit akibat jangkitan kuman tibi kebal adalah setinggi 80
peratus.
Bagi mengelakkan keadaan ini, adalah amat penting bagi semua pesakit
untuk mengambil ubat sambil diawasi oleh kakitangan kesihatan.
Kaitan Tibi, HIV dan Diabetes
Dalam kajian saya di Hospital Kuala Terengganu dan Hospital Pulau
Pinang, sebanyak 20 peratus (satu daripada lima) pesakit tibi yang
dikesan turut menghidap penyakit diabetes mellitus (kencing manis).
Ini bermakna, semua pesakit diabetes yang diserang batuk
berpanjangan atau simptom lain yang telah dinyatakan perlu menjalani
pemeriksaan kahak.
Kajian saya juga menunjukkan kuman tibi lebih senang menyerang paru-paru pesakit yang gagal mengawal diabetes.
HIV dan tibi pula adalah dua penyakit yang sukar dipisahkan.
Kebanyakan kematian di kalangan pesakit HIV adalah disebabkan oleh
jangkitan kuman tibi.
Memandangkan HIV menyebabkan sistem imuniti badan menjadi lemah,
kuman tibi amat mudah menjangkiti setiap anggota badan pesakit HIV,
selain dari paru-paru.
Sejak 20 tahun kebelakangan ini, bilangan penyakit tibi juga didapati meningkat sejajar dengan peningkatan jangkitan HIV.
Ini membawa kepada satu polisi baru dalam sistem kesihatan kita di
mana semua pesakit HIV perlu diperiksa untuk tibi dan semua pesakit
tibi perlu menjalani pemeriksaan HIV.
Hari Tibi Sedunia 2008
Tarikh 24 Mac diumumkan sebagai Hari Tibi Sedunia bersempena tarikh
Dr. Robert Koch menemui kuman tibi pada 1882. Tema Hari Tibi Sedunia
2008 adalah ‘I am stopping TB’ sesuai dengan usaha semua orang untuk
menghentikan penyakit zaman purba ini dari terus merebak.
Bagi pesakit tibi, tema ini bermakna mereka perlu mengambil ubat
seperti diarahkan doktor supaya penyakit ini dapat disembuhkan di
samping mengelakkan jangkitan kepada orang lain.
Setiap anggota kesihatan pula perlu memastikan pengesanan penyakit
ini dapat dibuat pada peringkat awal dan secara tidak langsung dapat
mengelakkan jangkitan kepada orang lain.
Bagi pihak kerajaan, tema ini bermakna setiap ahli politik dan
kementerian yang terlibat perlu memberi sokongan kewangan dan
pendedahan sewajarnya supaya usaha menghentikan tibi dapat dijalankan
dengan berkesan.
Orang awam juga boleh memainkan peranan dengan menolong pesakit tibi
mendapatkan dan meneruskan rawatan mereka dan mengambil inisiatif
membawa pesakit yang disyaki mempunyai tanda-tanda tibi ke hospital
terdekat untuk ujian lanjut.
“I am stopping TB” adalah satu mesej yang cuba ditampilkan supaya
setiap individu pelbagai peringkat memainkan peranan masing-masing
dalam menghentikan penularan penyakit tibi.
Perlu diingat, seorang pesakit mati akibat tibi setiap saat di
seluruh dunia sementara satu pertiga penduduk dunia kini dijangkiti
kuman tibi. Dengan wujudnya penyakit HIV dan kuman tibi kebal, penyakit
ini berkemungkinan menjadi pembunuh utama kelak. Oleh itu, doktor di
sektor swasta atau kerajaan, ahli politik, pengamal perubatan
tradisional dan masyarakat perlu bekerjasama menentang ancaman
kesihatan ini. Sama-samalah kita hentikan TB.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Penyakit TB : Tuberkulosis tegar dan masih bertahan Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8100

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Share this post on: reddit
- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum