FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tuberkulosis / Penyakit Tibi

Go down

16042009

Post 

Tuberkulosis / Penyakit Tibi Empty Tuberkulosis / Penyakit Tibi




ARKIB UTUSAN : 14/04/2009

Betulkan stigma pesakit tibi


Tuberkulosis / Penyakit Tibi Hospitalized_woman-apha-090927

TANGGAPAN bahawa pesakit tibi perlu diasing dan dipinggirkan daripada masyarakat untuk jangka masa yang lama perlu diperbetul.

Seringkali pesakit tibi dipinggirkan sehingga bertahun-tahun dan stigma ini boleh membuatkan mereka yang dijangkiti kadang kala berat hati untuk mendapatkan rawatan.

"Ada yang selepas beberapa tahun pun masih makan minum guna bekas berbeza. Hingga hendak bergaul dengan keluarga pun sukar," kata Setiausaha Agung Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia (MAPTB), Sahul Hamid A.Karim

Sebenarnya pesakit tibi boleh bergaul kembali dengan masyarakat seperti biasa setelah dua hingga tiga minggu mula mendapat rawatan.

Tetapi pesakit mestilah mendapat rawatan segera serta menghabiskan rawatannya selama enam bulan untuk memastikan mereka pulih sepenuhnya. "Apabila seseorang pesakit tibi sembuh sepenuhnya, sekiranya dia dijangkiti tibi lagi, maknanya itu simptom baru," katanya kepada Bernama selepas majlis sambutan Hari Tibi Sedunia 2009 baru-baru ini.

Penyakit berjangkit berbahaya

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan sempurna.

Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit. Kehadiran penyakit ini dalam kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Tibi ini berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa. Seseorang yang terdedah kepada udara yang tercemar dengan kuman tibi akan menghidu kuman ke dalam saluran pernafasan melalui hidung, mulut dan kuman boleh hinggap di mana-mana sahaja bahagian berkenaan.

Tanda dan gejala penyakit tibi paru-paru ialah batuk berterusan lebih daripada dua minggu, kahak yang mengandungi darah, demam dan peluh lazimnya pada sebelah petang dan malam, susut berat badan dan hilang selera makan, sakit dada apabila batuk atau menarik nafas panjang dan mudah letih.

Kes baru tibi meningkat

Tahun lepas sebanyak 17,496 kes baru tibi dikesan di Malaysia dengan 1,523 kematian. Pada tahun 2007 kira-kira 16,000 kes baru dikesan dan tahun 2006 pula sebanyak 14,000 kes. Pada tahun 2006, nisbah pesakit tibi di Malaysia ialah 61 orang setiap 100,000 penduduk. Nisbah ini lebih rendah dibandingkan dengan Filipina (171), Thailand (89), Indonesia (121) tetapi lebih tinggi berbanding Singapura (30).

Melihat kepada pencapaian Program Kawalan Penyakit Tibi untuk Malaysia pada tahun 2008, kadar insiden ialah 63.1 kes untuk 100,000 penduduk. Ini jauh daripada sasaran yang ditetapkan pada 2008 iaitu 47.5 kes untuk 100,000 penduduk.

Di Malaysia, kes paling tinggi dicatatkan di Sabah, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Selangor. "Walaupun jumlahnya tidak membimbangkan tetapi trendnya meningkat serta menyerang golongan yang lebih muda. Kalau dulu kebanyakan pesakit tibi berusia antara 40 tahun ke 60, sekarang ramai dalam kalangan mereka berusia lingkungan 30 tahun," kata Sahul. Faktor peningkatan ialah kerana kurangnya kesedaran dan peningkatan penghidap sakit buah pinggang, diabetis dan HIV. Warga asing turut menyumbang dalam peningkatan kes tibi sebanyak 10 peratus.

Dalam pada itu, sasaran untuk mengawal penyakit tibi, malaria dan HIV secara global telah digubal berdasarkan Sasaran Pembangunan Milenium (MDG) oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2000.

Presiden MAPTB, Datuk Seri Yeop Jr. Yeop Adlan berkata, di bawah MDG, PBB menetapkan insiden penyakit tibi hendaklah dikurangkan menjelang 2015. Sasaran Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 70 peratus sputum positif pesakit tibi dikesan dan dirawat dengan Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus (DOTS) serta menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus kes yang dikesan, telah berjaya dicapai.

DOTS merupakan strategi yang disarankan oleh WHO untuk merawat penyakit tibi. Prinsip DOTS ialah pesakit perlu mengambil ubat selama enam bulan. Pada dua bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih. Pada peringkat sambungan selama empat bulan, pesakit perlu mengambil ubat dua kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik.

Rawatan pesakit

Sementara itu Institut Perubatan Respiratori (IPR) akan terus memainkan peranan utama sebagai pusat kecemerlangan dalam rawatan pesakit tibi. IPR diterajui oleh ketua yang berperanan sebagai Penasihat Teknikal Rancangan. Perkara yang harus dititikberatkan oleh IPR ialah meningkatkan kesedaran pegawai perubatan dalam sektor kerajaan dan swasta dalam pengesanan kes-kes tibi pada peringkat awal serta memastikan mereka merawat pesakit dengan sempurna supaya dapat mengelakkan berlakunya drug resistance.

Kadar pengesanan di klinik primer dan klinik swasta masih lagi rendah iaitu 14 peratus daripada keseluruhan kes tibi yang direkodkan di Malaysia. Di Wilayah Persekutuan dan Selangor pula berbeza kerana lebih ramai pesakit mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta. Kementerian Kesihatan telah merangka Pelan Strategik Menghentikan TB
Malaysia 2009-2015 dan meminta kerjasama IPR dalam mengukuhkan pelan ini.

Tahun ini, 'Saya Mampu Hentikan Tibi' menjadi tema untuk sambutan Hari Tibi Sedunia. Tema ini bertujuan memperkasa semua pihak dalam memainkan peranan mereka menghentikan jangkitan tibi. Kata Yeop Jr., pesakit boleh memainkan peranan aktif dalam rejim rawatan mereka dengan mengambil semua ubat yang ditetapkan dengan betul.
Anggota kesihatan pula boleh menghentikan tibi dengan sentiasa

berwaspada akan tanda-tanda penyakit ini dan segera menjalankan diagnosis serta cepat memberi rawatan. Di samping itu pemeriksaan saringan terhadap tahap kesihatan haruslah dijalankan pada kesemua anggota kesihatan yang mempunyai tanda-tanda penyakit tibi serta bagi kes yang berisiko tinggi seperti di penjara dan pusat serenti. Selain itu pemeriksaan tibi adalah mandatori bagi semua kes HIV dan kepada semua pekerja asing melalui Fomema. Ini bertujuan bagi mempertingkat aktiviti pencarian kes secara aktif juga mengesan kes pesakit tibi yang terhenti rawatan.

Selain itu pengecualian caj bayaran hospital dan ubat-ubatan percuma akan diberikan kepada pesakit tibi yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan. Ini bagi menggalakkan pesakit untuk mendapatkan rawatan sehingga mereka betul-betul sembuh. MAPTB juga menyediakan bantuan kepada pesakit tibi.

--- UTUSAN MALAYSIA
liza
liza
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Tuberkulosis / Penyakit Tibi Perak_10
Jawatan : PPF u29
Gender : Female
Jumlah Post : 80
Umur : 45
Tarikh Register : 25/07/2007
Reputation : 3
Points : 6436

Character sheet
Mutiara Kata saya: whom we love best, to them we can say least..

http://www.flickr.com/photos/seroja/

Back to top Go down

Share this post on: reddit

Tuberkulosis / Penyakit Tibi :: Comments

avatar

Post Wed 06 Jun 2012, 1:50 pm by shuhada

salam..
saya nk tnya..mngkinkah penyakit tibi akan bertindak selepas lbih kurg 6 thun?atau pnyakit ni mengambil masa yg singkat utk menyerang ?lagi satu sy nk tnya bolehke penyakit ni berjangkit bila bercium dgn pasangan yg ada penyakit ini?

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum