Kamar tidur anak berbeza ikut usia
2 posters
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Kamar tidur anak berbeza ikut usia
Kamar tidur anak berbeza ikut usia
Bersama Hamidon Abdullah (Ketua Program Diploma Reka Bentuk Dalaman, UiTM)
KAMAR tidur anak adalah ruang yang tidak kurang pentingnya
kerana anak-anak memerlukan ruang privasi bagi membolehkan mereka
menikmati aktiviti seperti bermain, berehat dan tidur tanpa gangguan.
Kamar tidur ini perlu disediakan perabot, kelengkapan
permainan yang semuanya khusus untuk peringkat kanak-kanak dari segi
bentuk, bahan, ukuran dan juga pemilihan warna.
Perkembangan kanak-kanak berbeza mengikut usia,
begitu juga dengan ruang mereka. Oleh itu, penyediaan ruang kamar tidur
mereka berbeza mengikut usia dan menyesuaikan dengan keperluan.
Penyediaan ruang mestilah bersifat dinamis dan mengikuti perkembangan
anak-anak bagi memenuhi pertumbuhan mereka.
Berdasarkan kepada perkembangan usia anak-anak, ruang tidur juga berbeza dan dikategorikan kepada empat peringkat:
Ruang tidur bayi.
Ruang
tidur peringkat usia ini hanya berfungsi untuk tidur kerana pada
peringkat ini mereka tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti selain dari
tidur, menyusu dan menangis.
Kebiasaannya, ruang ini memerlukan dua jenis perabot iaitu
perabot untuk bayi seperti tempat tidurnya, almari pakaian dan
peralatan serta perabot untuk orang dewasa. Ini kerana pada peringkat
ini mereka masih tidur bersama penjaganya.
Ruang tidur kanak-kanak peringkat usia satu hingga enam tahun.
Ruang tidur peringkat usia ini, selain daripada tidur, biasanya
digunakan untuk bermain kerana kanak-kanak sudah boleh melakukan
kegiatan seperti berjalan, berlari dan memanjat. Dengan aktiviti itu,
ruang tidur mestilah dapat menyediakan kemudahan yang membolehkan
bergerak dengan selesa.
Ruang tidur kanak-kanak peringkat usia enam hingga 12 tahun.
Ruang tidur peringkat ini biasanya digunakan untuk belajar dan
bermain. Selalunya, mereka mempunyai banyak aktiviti apabila berada di
peringkat sekolah. Ruang perlu dilengkapi dengan perabot dan keperluan
lain bagi mendukung kegiatan anak serta membantu mereka mengekspresikan
diri seperti menampal poster pemain bola atau apa saja idola yang
menjadi minat mereka.
Selain tempat tidur, ruang ini perlu dilengkapi meja belajar
yang sempurna bagi memudah mereka belajar. Oleh kerana mereka sudah
memasuki alam baligh, sebaiknya dipisahkan ruang ini antara anak lelaki
dan perempuan.
Ruang tidur kanak-kanak peringkat pra-remaja dan remaja.
Pada peringkat usia ini kanak-kanak mula meningkat dewasa dan
kegiatannya mula tertumpu kepada minat dan hobi. Kegiatan bermain hanya
dilakukan di luar rumah.
Anak pra-remaja memerlukan keperluan perabot dan ruang
penyimpanan yang besar kerana mereka mempunyai peralatan dan simpanan
koleksi hobi yang jika tidak disusun atur dengan baik akan membuatkan
ruang kelihatan semak.
Selain itu, meja belajar mestilah selesa dan sesuai bagi membantu memberi tumpuan menghadapi peperiksaan seperti PMR dan SPM.
Mereka bentuk dan merancang ruang kanak-kanak
Keupayaan mereka bentuk ruang kanak-kanak adalah impian setiap
penjaga dan ibu bapa. Ibu bapa mana yang tidak mahu mereka bentuk dan
merancang ruang anak kesayangan mereka bagi melihat mereka membesar
dengan ruang selesa.
Setiap ibu bapa pasti berasa amat bahagia dan gembira
melihat perkembangan pembesaran anak-anak mereka berdasarkan kepada
perubahan pada ruang bilik atau kamar tidur mereka.
Ruang kanak-kanak perlu dikemaskini dari segi dekorasi reka
bentuk dan perancangan ruang sekurang-kurangnya tiga kali sepanjang
tempoh pembesarannya di rumah.
Ia bermula dari kanak-kanak peringkat bayi sehingga menjadi
remaja. Ruang kanak-kanak perlu dirancang mengikut kesesuaian
perkembangan fizikal dan minda mereka. Dua perkara perlu ditekan iaitu
ruang dan kandungannya.
Dalam ruang, kanak-kanak pra-sekolah memerlukan bilik yang
luas untuk aktiviti fizikal spontan. Oleh itu lantai mestilah lapang
tanpa halangan. Bagi mereka yang bersekolah pula, mereka mula
diorientasi kepada tugas spesifik dan memerlukan perabot yang mempunyai
fungsi.
Seterusnya apabila kanak-kanak semakin membesar ruang lantai
semakin kurang kerana keluasan lantai digunakan untuk meletakkan
perabot yang diperlukan oleh mereka.
Ruang kanak-kanak seharusnya mengikut pelbagai fungsi
berdasarkan keperluan menyediakan kawasan berasingan untuk tidur,
bermain dan belajar membenarkan setiap aktiviti dapat dilakukan secara
efektif. Selain itu membantu ruang kelihatan menjadi lebih kemas dan
teratur.
Faktor paling utama dalam merancang ruang kanak-kanak adalah
memastikan ruang berkenaan selamat dan sihat. Pastikan ruang mempunyai
aliran ventilasi yang sempurna dan tidak terdedah kepada punca
kecelakaan dan kecederaan.
Pergerakan dan aktiviti kanak-kanak yang kasar dan lasak
memerlukan bahan kemasan dan perabot yang digunakan juga tahan lasak,
mudah dibersihkan dan tidak menyebabkan kecederaan.
Warna memainkan peranan penting dalam mereka bentuk ruang
kanak-kanak yang berjaya. Gunakan warna terang supaya dapat
merangsangkan minda dan pergerakan mereka. Warna menarik dengan lukisan
mural pada dinding akan membantu menggalakkan kreativiti kanak-kanak.
Pemilihan perabot yang sesuai dengan saiz ketinggian fizikal
mereka amat penting supaya kanak-kanak tidak menjadi mangsa. Perabot
seharusnya ringan dan mudah alih supaya boleh dialih mengikut kehendak
mood dan aktiviti.
Terdapat perabot yang direka bentuk menyerupai bentuk
tertentu supaya menarik minat kanak-kanak dan membantu membentuk
imaginasi yang tinggi.
Dalam mereka bentuk dan merancang ruang kanak-kanak,
kepuasan antara ibu bapa dan kanak-kanak adalah penting. Ruang
berkenaan mestilah jelas milik anak-anak bukan ruang yang terpaksa
dikongsi pula dengan orang dewasa.
Selain itu, ruang berkenaan tidak asing kepada ruang yang
ada di dalam rumah. Kehidupan kanak-kanak penuh dengan perubahan dan
perkembangan. Oleh itu, ruang mereka seharusnya melambangkan bentuk
positif, imiginatif dan kreatif.

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Kamar tidur anak berbeza ikut usia
saya amat mementingkan kamar tidur. rasanya segalanya bermula dari kamar tidur yang selesa. kita orang dewasa pun kadang2 tak selesa berkongsi dengan kanak2. kanak-kanak mesti lagi tak selesa kot.
dhiyamirza- KERABAT SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender :
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6367
Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....
Similar topics
» 40 kesilapan dalam mendidik anak-anak
» anak-anak buah mama leong group 1/03
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» CADAR CERIA SERIKAN KAMAR SI KECIL
» anak-anak buah mama leong group 1/03
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» CADAR CERIA SERIKAN KAMAR SI KECIL
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak