Prosedur Perubatan : Lebih murah di Malaysia
Page 1 of 1

Lebih murah di Malaysia
Oleh Hafizah Iszahanid dan Norakhmah Mat Youb
Prosedur perubatan termasuk pembedahan jantung, penggantian pinggul dan lutut, rawatan barah serta pembedahan kosmetik pilihan pelancong asing
KOS perubatan 65 peratus lebih rendah dari negara jiran dan ditawarkan di 35 hospital swasta seluruh negara. Bayangkan kelebihan Malaysia.
Justeru, selain mempromosikan keindahan pantai atau mencabar ketahanan diri meneroka gua dan hutan belantara, pelancongan kesihatan semakin mendapat tempat di negara ini.
Walaupun termasuk dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005), sebenarnya pelancongan kesihatan bermula seawal 1998. Ketika itu hanya tujuh hospital swasta memberi maklum balas cadangan Kementerian Kesihatan untuk menjadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan.
Bagaimanapun tujuh hospital berkenaan menawarkan kos 14 kali lebih murah berbanding Amerika Syarikat (AS) dan 65 peratus lebih rendah dari negara jiran.
Ahli Lembaga Persatuan Hospital Swasta (APHM) khusus untuk pelancongan kesihatan, Datuk Dr Kulaveerasingam, berkata Malaysia adalah destinasi pelancongan kesihatan popular di kalangan warga asing.
Sehingga kini sasaran utama APHM adalah negara Asean terutama Indonesia, Vietnam, Kemboja, Brunei dan Singapura.
“Ada 35 hospital swasta berdaftar dengan APHM dan terbabit dengan pelancongan kesihatan. Bukan semua hospital itu di Kuala Lumpur. Sebaliknya hampir di seluruh negara.
“Misalnya, hospital swasta di Johor, kebanyakan pesakit adalah dari Singapura dan Indonesia,” katanya.
Kos lebih murah mungkin menjadi sebahagian faktor, tetapi kadangkala di negara Asean lain, penantian lama untuk mendapatkan rawatan berikutan peralatan yang terhad menyebabkan pesakit datang ke Malaysia.
“Vietnam antara negara yang berpotensi dalam promosi pelancongan kesihatan ini. Ekonomi mereka meningkat tetapi tidak selari dengan kemudahan perubatan,” katanya.
Selain itu doktor dan petugas perubatan di Malaysia memiliki kelulusan yang diiktiraf dan kemudahan canggih. Ini ditambah faktor kebanyakan pusat perubatan swasta memiliki sijil pencapaian pengiktirafan antarabangsa seperti MS ISO 9002 atau akreditasi dari Malaysian Society for Quality of Health (MSQH)
Seawal persetujuan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan satu jawatankuasa ditubuhkan antara Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelancongan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Kementerian Kewangan dan Imigresen bagi memberi laluan mudah kepada pesakit dari negara luar yang mendapat rawatan di Malaysia.
Mereka diberi kelebihan melalui ‘fast lane’ di kaunter imigresen berdasarkan maklumat yang diberikan pihak hospital.
Dr Kulaveerasingam berkata, di Malaysia, pakej pelancongan kesihatan ini juga disertakan dengan terapi kecergasan dan rawatan di spa.
“Dalam istilah perubatan hari ini, kita juga perlu menekankan pengurusan tekanan (stress management). Spa dan urutan tradisional juga sebahagian daripada pelancongan kesihatan,” katanya.
Selain itu, dengan kerjasama ejen pelancongan, ahli keluarga pesakit juga dibawa menginap di hotel berdekatan dan ruang untuk membeli belah dan bersantai di lokasi menarik.
Katanya, antara prosedur perubatan yang menjadi pilihan pesakit dari luar negara termasuk pembedahan jantung, penggantian pinggul dan lutut (hip and knee replacement), rawatan barah dan pembedahan kosmetik.
Sekarang ini, rawatan pergigian seperti pemutihan gigi turut menarik perhatian pelancong asing.
Bagi kebanyakan prosedur ini, pembedahan jantung setakat ini banyak dilakukan pesakit dari Indonesia, penggantian pinggul dan lutut untuk pesakit dari Timur Tengah begitu juga untuk rawatan pergigian.
Manakala untuk pembedahan kosmetik, ia menjadi pilihan utama pelancong dari Australia dan England.
Diimbas permulaan pelancongan kesihatan 10 tahun lalu, tiada siapa peduli mengenai potensi pelancongan kesihatan.
Thailand yang cukup terkenal dengan pembedahan plastik mengorak langkah menyuntik elemen komersial dalam dunia perubatannya. Pada 1997 misalnya, Bumrungrad Medical Center di Bangkok menerima 850,000 pesakit dari luar negara. Selari dengan kemasukan pesakit asing ini, Bumrungrad Medical Center turut disuntik semangat barat dengan kewujudan kafe Starbucks dan McDonalds di ruang lobinya.
Laba dari industri ini cukup besar dan ia menarik perhatian banyak negara di Asia termasuk Malaysia.
Sebelum ini juga di kalangan pelajar perubatan, ‘bekalan’ untuk kelas klinikal mereka (sebelum adanya pembelajaran klinikal secara maya) datang dari India.
Kerana itu selain Thailand, India juga melengkapkan diri menjadi antara destinasi pelancongan kesihatan. Dianggarkan tahun lalu, India menerima setengah juta pelancong hanya untuk berubat.
Tetapi berbanding dua negara itu Malaysia mempunyai lebih peluang untuk meraih lebih banyak perhatian. Antaranya kestabilan politik dan terlindung dari ancaman bencana alam.
Justeru, apabila bilangan warga asing semakin bertambah mendapatkan rawatan di Malaysia apa perlunya warga Malaysia mendapatkan rawatan di luar negara?
FAKTA
Memutihkan gigi - RM1750
Prosedur membentuk kelopak mata - RM2,000-RM2,500
Prosedur membesarkan payudara - RM9,800-RM11,550
Membuang lemak di paha - RM5,250-RM9,800
Penggantian lutut - RM21,500-22,750
Sedut lemak di perut - RM5,250-RM9,800
Pembedahan jantung - RM15,000-RM22,000
Pelancongan Kesihatan
Kebanyakan pesakit datang dari negara Asean terutama Indonesia, Brunei, Singapura dan Vietnam
Pelancong Australia dan England lebih cenderung memilih prosedur pembedahan kosmetik
Pembedahan jantung adalah prosedur perubatan penyakit yang popular
Secara perbandingan, kos perubatan di Malaysia 65 peratus lebih rendah dari negara jiran
Kemudahan kelengkapan, kakitangan terlatih dan kos yang murah berupaya menjadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan utama di Asean.

Lord Vlad- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender :
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7900
Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy
Similar topics
» Malaysia perlu lebih ramai tenaga jururawat mahir (Utusan Malaysia)
» Pergabungan Juruteknologi Makmal Perubatan dengan Pegawai Sains di Kementerian Kesihatan Malaysia jadi Pegawai Patologi Makmal Perubatan
» Lebih 30 Peratus Rakyat Malaysia Hidap Darah Tinggi - Liow
» Malaysia Lebih Buruk Daripada Bangladesh Dan Palestin Dalam Ranking FIFA
» PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI POLITEKNIK SELURUH MALAYSIA

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak