Lebih 30 Peratus Rakyat Malaysia Hidap Darah Tinggi - Liow
Lebih 30 Peratus Rakyat Malaysia Hidap Darah Tinggi - Liow
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kira- kira 32.7 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas kini menghidap penyakit darah tinggi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata ini dikesan melalui kajian rintis mengenai pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan kaedah analisis air kencing selama 24 jam pada tahun lepas.
"Kandungan purata pengambilan garam oleh rakyat Malaysia ialah 8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram sehari.
"Dalam kajian yang sama, didapati sos kicap soya merupakan makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam yang tinggi dan kaum lelaki merupakan golongan yang mengambil lebih banyak garam berbanding wanita," katanya dalam perutusan sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2013.
Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melaksanakan langkah pengurangan garam dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin dan menyasarkan tekanan darah (BP) pada paras optimal iaitu 120/80 mmHg atau kurang.
"Selain itu, hadkan pengambilan garam kepada kurang daripada satu paras sudu teh sehari semasa penyediaan makanan, memasak dan di meja makan.
"Gunakan perisa asli seperti rempah ratus, daun sup atau limau untuk menambah perisa berbanding penggunaan garam, sos atau penambah perisa yang lain," katanya.
Liow juga menyeru orang ramai supaya mengambil dua sajian buah-buahan dan tiga sajian sayur-sayuran sehari, amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan dan pupuk minda sihat melalui penanganan stres, tidak merokok dan sihat tanpa alkohol.
Katanya pengambilan garam secara berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan berkait rapat dengan kejadian penyakit darah tinggi.
"Pengurangan pengambilan garam boleh mengurangkan tekanan darah dan kejadian strok serta penyakit jantung," katanya.
Kempen Minggu Kesedaran Garam Sedunia ke-6 yang akan berlangsung pada 11 hingga 17 Mac, ditujukan khusus kepada industri makanan, katering, pengusaha atau pengendali makanan (chef) dan tukang masak di restoran dengan tema " Less Salt Please" (Kurangkan Garam).
Kata Liow, pihak kementerian sedang berusaha merangka strategi pengurangan garam untuk Malaysia.
"Antaranya sebanyak 16 item makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi iaitu daripada kategori biskut, kicap, mi segera, makanan ringan dan daging beku telah diturunkan kandungan garamnya sebanyak dua hingga 40 peratus daripada tahap asal sejak tahun 2011 hingga 2012," katanya.
-- BERNAMA
Similar topics
» Lebih 270,000 tidak sedar hidap sakit mental???
» Ibu hamil waspada darah tinggi
» Rawatan pilihan tekanan darah tinggi
» 2 juta rakyat Malaysia diabetis
» Kurang Garam, Jauhi Risiko 'Darah Tinggi'
» Ibu hamil waspada darah tinggi
» Rawatan pilihan tekanan darah tinggi
» 2 juta rakyat Malaysia diabetis
» Kurang Garam, Jauhi Risiko 'Darah Tinggi'
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak